Bantuan Kemanusiaan : Kempen Derma RM10 untuk Syria, dapat RM37

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini saya berpeluang mengikuti satu program berbentuk perkongsian ilmu mengenai penderitaan saudara-saudara kita yang berada di Syria. 
Mereka ditindas! 
Mereka dizalimi!
Mereka menjadi mangsa penganiayaan...

Apabila ada sebahagian antara mereka lebih mencintai dunia berbanding akhirat sehinggakan perasaan tamak terhadap kekayaan dan kekuasaan menguasai diri... Nauzubillah... Semoga kita dijauhi daripada perasaan seperti ini... 

Selain mendapat perkongsian ilmu dan pengalaman tentang penderitaan masyarakat Syria daripada penceramah, program ini juga bertujuan untuk mengutip derma bagi membantu masyarakat Syria, Palestin dan negara-negara lain yang mempunyai nasib yang sama.

Tabung Derma Bantuan Kemanusiaan. 

Rakyat dari negara-negara ini memerlukan bantuan dan sokongan daripada NGO-NGO di seluruh dunia termasuk Syarikat Global Ehsan Relief Malaysia yang merupakan sebuah badan NGO dalam misi bantuan kemasyarakatan.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fadzli Azli (duta syarikat Global Ehsan Relief Malaysia dan juga merupakan salah seorang selebriti bekas kumpulan nasyid UNIC) dan Imam Muda Fakhrul (bekas pelajar Malaysia yang pernah belajar di Syria) sangat menyentuh hati. 

Kedua-dua penceramah berkongsi pengalaman mereka yang pernah berada disana. Ustaz Fadzli Azli menceritakan pengalaman berada di Syria semasa perang sedang meletus, manakala Imam Muda Fakhrul menceritakan pengalaman berada di Syria ketika belajar di sana.

Ustaz Fadzli Azli duta syarikat Global Ehsan Relief Malaysia dan juga bekas kumpulan nasyid UNIC


Ustaz Fadzli Azli dan Imam Muda Fakhrul


Perkongsian Imam Muda Fakhrul tentang #Keajaiban_Bersedekah

Pada malam itu Imam Muda Fakhrul share #Keajaiban_Bersedekah berdasarkan pengalaman sebenar yang pernah beliau alami semasa belajar di Syria dulu...
...
..
Beliau sedekahkan satu-satunya wang kertas yang beliau ada dalam dompet.. dan yakin dengan kata-kata gurunya.. sekiranya kita berada di dalam kesempitan, jalan keluar yang terbaik adalah dengan bersedekah...
..
Hasilnya..
...
Setelah beliau sedekahkan sekeping wang kertas yang bernilai RM0.40 (sekiranya di tukar ke ringgit Malaysia)..
...
Beliau mendapat beberapa keping wang kertas hasil pemberian seorang warga Syria yang dermawan... nilai wang kertas yang diperolehi tersebut berjumlah dalam RM800 (sekiranya di convert ke ringgit Malaysia)...
..
Jadi, Malam tadi ramai hadirin yang mencuba tips tersebut... keluarkan wang kertas paling besar dalam dompet, kemudian masukkan ke dalam tabung derma Syria..
...
Bantu saudara kita di Syria yang sedang mengalami musim sejuk
...
Semoga keajaiban juga memihak kepada para dermawan semua... In Shaa Allah....

Bantuan Kemanusiaan : 
Kempen Derma RM10 Untuk Syria, anda dapat hadiah bernilai RM37





Keadaan Musim Sejuk di Yaman, Gaza dan Syria sekarang sehingga mencapai -13'C...
Mereka sangat-sangat memerlukan sumbangan

Apabila melihat keadaan umat Islam di sana, saya rasa terpanggil untuk mengadakan kempen bagi menggerakkan Bantuan Kemanusiaan ini.

Tak banyak pun duit yang saya minta dalam kempen ini..

Cuma RM10 sahaja!!

Sedekahkan RM10 secara online pada nombor akaun yang tertera.... In Shaa Allah, sekiranya diizinkan Allah S.W.T akan ada rezeki yang akan menanti anda..


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

(Surat al-Baqarah; ayat 261)


Bayaran RM10 kepada:
Global Ehsan Relief
CIMB BANK BERHAD
8603208949

Atau boleh buat sumbangan secara online menerusi laman web ini
www.global-ehsan-relief.org.my/donate

Atau boleh sumbangkan Wang Tunai Ke alamat Pejabat berikut: 
No 4-01, Jalan Padi Emas 4/1,
Bandar Baru Uda, 81200,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia

Atau sumbangan juga boleh diberikan kepada mana-mana akaun 
Humanitarian Care Malaysia Berhad di bawah:

1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904
3) CIMB: 8602- 135-592

Bagi menggalakkan lebih ramai orang supaya turut bersedekah, ada insentif khas yang disediakan khusus untuk para dermawan semua..

Setiap penderma layak mendapat Hadiah-hadiah berikut:

Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (berharga RM27)

Ebook Senarai Homestay di Malaysia (Edisi 3) (Berharga RM10)



Dengan bersedekah sebanyak RM10.. Anda akan mendapat hadiah yang bernilai RM37 ini..

In Shaa Allah, semoga kita dapat bersama-sama memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya...

Yakinlah dengan sepenuh hati... Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima...


Setelah anda melakukan bayaran, sila gunakan resit bayaran anda untuk menebus hadiah-hadiah dibawah yang berharga RM37.00 tersebut

Kedua-dua hadiah ini akan dihantar melalui email setelah pengesahan bayaran dilakukan. 

Nota : Isi maklumat-maklumat yang diperlukan berserta bukti bayaran dalam borang di bawah