Rahsia Beli Tanah dan Jadikan Homestay di Atas Tanah Sendiri
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam ramai-ramai pengusaha homestay yang saya kenal, saya suka dengan cara tuan Shafie Bustan. Suka tengok cara beliau menguruskan homestay-homestay beliau yang kebanyakannya dibina di atas tanah sendiri.
Salah satu Homestay milik tuan Shafie Bustan yang dibina di Atas Tanah Sendiri |
Ciri-Ciri 5 Jenis Kurma Yang Menjadi Pilihan Ramai Rakyat Malaysia Pada Masa Kini
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Untuk makluman anda, terdapat 5 Jenis Kurma yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia pada masa kini iaitu:
1) Kurma Ajwa
- Juga dikenali sebagai Kurma Nabi
- Ditanam di Madinah, Arab Saudi
- Kurma berwarna hitam, rasanya manis dengan rasa buah yang segar
- Kurma ini bersaiz sederhana tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil dan mempunyai tekstur isi yang lembut
- Kurma ini juga dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W berikutan terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang kurma ini
- Kurma ini hanya sesuai di tanam di rantau Tanah haram Madinah sahaja.
Baca juga : Jom Kenali Jenis-Jenis Kurma Ajwa
Pengalaman Merentasi 14 Buah Negara Dengan Basikal....
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam keadaan kita di Malaysia masih lagi tidak dibenarkan untuk merentas negeri, saya rasa terpanggil untuk kongsikan pengalaman Ustazah Adilah dan suaminya yang telah merentasi 14 buah negara dengan menaiki basikal.
Basikal yang telah digunakan untuk merentasi 13 buah negara |
3 Cara Pantas Kumpul Modal Beli Rumah Lelong
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Semenjak saya berkongsi info tentang rumah lelong, ramai pembaca blog saya sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara membeli rumah lelong. Sehinggakan ada yang PM saya, disebabkan mereka menyangka saya salah seorang ejen rumah lelong.
Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca post tersebut, anda boleh membacanya di sini -> Senarai Rumah Yang Akan Dilelong Oleh LPPSA Pada 10 April 2021
Sebenarnya saya hanya seorang penulis blog biasa yang ingin berkongsi cara-cara membeli rumah lelong dengan harapan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Sekiranya anda nak mencari ejen rumah lelong atau mereka yang ada pengalaman dalam selok belok rumah lelong, saya boleh rekemenkan 2 nama setakat ini, iaitu tuan Shafie Bustan dan tuan Fairus Mohd Tabiee.