Dari seorang blogger nak jadi Youtuber...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hujung minggu ni PKPB di seluruh negeri Selangor...

Tak dapatlah nak pergi balik kampung atau jalan-jalan dengan anak-anak...


Jadi, kita duduk rumah sahaja dan baca buku...

Kali ni buku yang menjadi pilihan saya ialah "Jom Jadi Youtuber".

Ebook : Jom Jadi Youtuber


Baru nak belajar jadi youtuber.. ;)

Dari seorang blogger nak jadi Youtuber... hehehe..

Inilah hasilnya..


 

Video yang dihasilkan pada 18 Oktober 2020 


 

Video yang dihasilkan pada 13 Oktober 2020 


 

Video yang dihasilkan pada 11 Oktober 2020 


 

Video yang dihasilkan pada 6 Oktober 2020 


Video yang dihasilkan pada 5 Oktober 2020 


Jemput like video-video saya dan subscribe channel Youtube saya yer...

Terima kasih... 


Alhamdulillah... Makin lama semakin faham cara nak buat video Youtube. Walaupun masih agak kekok dan belum benar-benar mahir lagi..

Dan sofware yang saya gunakan sekarang ni bukanlah software yang dicadangkan dalam ebook "Jom Jadi Youtuber".


Dalam ebook tersebut mencadangkan apps yang paling sesuai untuk edit video ialah apps Kinemaster. Apps tersebut boleh di install di smartphone android secara percuma. Apps ini membolehkan anda untuk edit video hanya dengan menggunakan smartphone sahaja sepenuhnya. 


Dengan adanya apps ini, kita boleh edit video dan konten walau di mana sahaja kita berada. Lepas tu terus saja upload di youtube. Mudah bukan?


Untuk belajar cara-cara nak edit video sangatlah banyak di youtube. Anda boleh belajar sendiri cara-cara edit video di youtube. Cuba search video “How to use Kinemaster” di youtube. Maka anda akan dapati banyak youtuber ajar cara-cara edit video guna apps Kinemaster.


Namun begitu tips, trick dan teknik buat duit dengan youtube yang ada dalam E-Book "Jom Jadi Youtuber" kebanyakannya tak ada di youtube. Jika ada sekalipun, ianya tak menyeluruh dan tak lengkap. Tips dan teknik yang dikongsikan dalam ebook tersebut berdasarkan kajian, carian dan pemahaman penulis tentang undang-undang kerana beliau juga adalah merupakan seorang peguam. Tips dan teknik youtuber ini banyak yang berkaitan undang-undang dan peraturan.


Apabila bercakap tentang undang-undang dan peraturan, maka ia adalah “makanan” beliau.


“Salah satu sebab beliau berani buat kursus youtuber dan E-book ini ialah kerana, untuk berjaya monetize, ia melibatkan undang-undang seperti copyright, community guidelines, fair use dan sebagainya. Bila anda baca peraturan youtube, banyak tempat yang tertulis “please consult with your lawyer”.


Dengan itu, bila ianya berkaitan undang-undang, penulis rasa beliau harus ke depan. Sebab tulah ebook ini sangat membantu untuk dijadikan sebagai rujukan kepada youtuber baru seperti saya dari masa ke semasa.


Sumber : Klik Di Sini


Sepanjang Beberapa Minggu saya berjinak-jinak dalam bidang Youtuber ni, perkara yang paling susah sebenarnya nak mencari Idea untuk menghasilkan Konten yang boleh menarik ramai penonton (view).

Menulis konten di blog dan buat konten video tak sama..
Totally Different..

Menulis blog sekadar tulis... Tulis... Tulis dan Tulis.... Kalau salah boleh edit semula dan publish balik...

Tapi berbeza dengan konten video..
Terdapat beberapa faktor perlu diambil kira..
Idea -> Lagu latar -> Pengisian dalam tu (pelakon, kemahiran, video yang nak direkod -> Animasi -> Montaj -> Dan lain-lain

Kemudian bila nak buat pembetulan terhadap video yang telah dipublish, tu lagilah perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi... Nak upload sahaja memakan masa bergantung kepada kelajuan talian intenet. Kalau line internet laju, tak perlu nak tunggu lama....  Tapi kalau line internet slow macam siput, Sejam pun belum tentu selesai upload video.. 

Sekiranya anda juga seperti saya, yang selalu ketandusan idea nak buat konten video di youtube.. Saya cadangkan kepada anda supaya membaca ebook ni...
Dalam ni ada 107 Idea Konten Youtube yang disukai ramai.
Lepas tu anda pilih konten yang paling mudah untuk disediakan dan bersesuaian dengan minat anda.. 

Sumber : Klik Di Sini


Saya rasa cukup setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya doakan semoga sahabat-sahabat yang sudah memiliki saluran youtube berjaya mendapat hasil seperti yang diharapkan.

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)