Showing posts with label BANKRAP. Show all posts
Showing posts with label BANKRAP. Show all posts

Video : Kenapa 40% Pemain Bola Sepak Bankrap Selepas Bersara??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 


Demam World Cup belum habis lagi. Walaupun Final di antara pasukan Argentina menentang pasukan France telah 4 hari berlalu.


Final FIFA World Cup kali ini antara game paling gempak yang pernah saya tengok. Game yang sangat dramatik di mana pasukan France terus memberi saingan kepada Argentina sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Akhirnya, Argentina berjaya juga membawa pulang trofi World Cup 2022 selepas menang 4-3 menerusi sepakan penalti, sekaligus menyandang pasukan bola sepak terbaik dunia. 


Bukan itu sahaja, hadiah wang tunai yang berjaya mereka bawa pulang juga sangat lumayan. US$42 million bersamaan dengan RM185 juta... Kalau duit kemenangan tu dibahagikan sorang sikit diantara pemain, jurulatih, pengurus pasukan, medik, pasukan teknikal.. Dalam berjuta ringgit jugalah setiap seorang boleh dapat.


Senarai Hadiah yang dimenangi oleh setiap pasukan mengikut pencapaian dalam World Cup 2022

LABUR ATAU LEBUR - Bilangan rumah untuk dilelong bank meningkat, bilangan muflis bertambah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Inilah kisah pelaburan di zaman Pendemik juga di zaman endemik. Ramai orang sedang menghadapinya. Ramai orang sedang melaluinya.


LABUR ATAU LEBUR - Bilangan rumah untuk dilelong bank meningkat, bilangan muflis bertambah
LABUR ATAU LEBUR - Bilangan rumah untuk dilelong bank meningkat, bilangan muflis bertambah

Bankrap, Miskin, Tiada Duit : 4 Individu kongsi pengalaman Bagaimana untuk keluar daripada semua permasalahan tersebut?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bankrap, miskin dan tiada duit antara perkara yang sedang membelengu masyarakat kita pada hari ini. Terutamanya dalam tempoh Pendemik Covid 19 ini, yang terlalu ramai orang terjejas sumber pendapatan. Ada yang sebelum ini berada dalam golongan T20 jatuh Bankrap sehingga rumah kereta dan harta kena lelong. 

Sebagai hamba Allah, kita kena yakin dan percaya, setiap masalah atau musibah yang menimpa diri kita pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada jalan penyelesaian untuk keluar daripada setiap permasalahan tersebut. Antara cara yang terbaik ialah belajar daripada pengalaman orang-orang terdahulu yang pernah menerima nasib yang sama dengan diri kita. 

Jadi, di sini saya ingin kongsikan pengalaman 4 orang yang sebelum ini pernah hidup susah sehingga ada yang bankrap, tetapi kini menjadi antara usahawan berjaya di Malaysia.

Bagaimana BANKRAP menjadikan aku kaya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sinopsis Bagaimana BANKRAP menjadikan aku kaya.


Sumber : Klik Di Sini

"Akhirnya saya jatuh bankrap dalam usia yang muda di mana saya berhutang lebih Setengah Juta Ringgit!

Selepas hidup saya berhutang dengan banyak, saya kehilangan satu-persatu benda dalam kehidupan saya sehingga hidup saya kemurungan dan hidup saya jadi tak menentu.

Di sebalik masalah yang terjadi, saya berjaya bangun semula walaupun status masih bankrap sehingga kini.

Saya masih melangsaikan hutang, saya masih boleh buat duit puluhan ribu, masih boleh memiliki kereta dan masih boleh hidup berbelanja seperti biasa.

Apa yang saya buat?

Anda boleh belajar sesuatu dari Ebook saya ni. Semuanya saya kongsikan dalam Ebook ni termasuk gambar setiap perjalanan perniagaan saya sehingga berjaya membuka perniagaan.

Saya berkongsikan semuanya apa yang perlu anda buat dan tidak perlu anda buat untuk bangun semula."

Hafiz Mansor, penulis buku Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya.

Klik sini untuk download: https://bit.ly/daribankrapJadiKaya


Senarai 13 Hotel Terkenal Di Malaysia Yang DiTutup Kerana Covid-19

Sumber : Klik Di Sini

Dalam post kali ini, saya nak  menyentuh sedikit berkaitan dengan 2 topik di atas iaitu:
  1. Bagaimana BANKRAP menjadikan aku kaya?
  2. Senarai 13 Hotel Terkenal Di Malaysia Yang DiTutup Kerana Covid-19

Dalam tempoh KPK-Covid19 ni, terlalu ramai yang terjejas sumber pendapatan terutamanya dalam sektor pelancongan dan pengangkutan.

Terdapat ramai pekerja dalam sektor tersebut yang telah diberhentikan kerja berikutan majikan sudah tidak mampu lagi untuk menampung "Overhead cost". Dan yang lebih menyedihkan lagi terdapat Hotel Terkenal di Malaysia yang terpaksa ditutup akibat COVID19.

Selain hotel, taman-taman tema, panggung wayang, resort, tempat-tempat percutian, tempat-tempat peranginan, pulau-pulau, Zoo, Muzium dan pemilik Homestay/Rumah Tamu/Guest House juga turut terkesan disebabkan penularan COVID-19 di seluruh dunia...

Sebagai contoh, kami juga ada mengusahakan homestay untuk unit-unit seperti berikut:
  1. Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
  2. Pak Ya Homestay Di Batu Gajah Perak 2 (Rumah Corner Lot)
  3. Pak Ya Homestay Di Batu Gajah Perak 1 (Rumah Teres 1 Tingkat)
Sepanjang tempoh PKP (Fasa 1 hingga fasa 4), kemudian ditambah pula dengan tempoh PKPB semua tempahan homestay telah dibatalkan untuk kebaikan bersama

Jadi, sepanjang tempoh tersebut (18 Mac hingga sekarang 25 Mei 2020) homestay  tidak mendatangkan sebarang hasil selama hampir 3 bulan.

Cuba anda bayangkan, sewa rumah nak kena bayar melainkan anda buat pinjaman bank dan memenuhi syarat untuk dapat Moratorium. Kemudian kena bayar juga bil api, bil air, bil Astro, bil Indah Water, dan lain-lain (bergantung kepada jenis rumah).

Biasanya duit sewa homestay dapat digunakan untuk membayar kesemua sewa dan bil-bil di atas. Tapi, bila dalam tempoh 3 bulan langsung tiada sebarang hasil... nak cari duit dari mana nak bayar kesemua sewa dan bil-bil di atas?

Bila difikirkan masalah tentang wang ni ni boleh stress dibuatnya...
Jadi, tak hairanlah bila kita baca tajuk berita di atas ada 13 Hotel Terkenal Di Malaysia Yang DiTutup Kerana Covid-19.

Sebagai pemilik Hotel, sudah tentu lebih besar kos yang perlu mereka tanggung dalam tempoh 3 bulan tersebut termasuk bayar gaji dan jaga kebajikan pekerja. Kesian kan..


Cari Jalan Keluar Daripada Masalah Dengan membaca Pengalaman orang lain

Bila kita berhadapan dengan masalah besar seperti ini, kita tak boleh duduk diam dan berserah diri macam tu sahaja. Kita perlu mencari jalan keluar terhadap pemasalahan tersebut.

Salah satu cara untuk mencari jalan keluar ialah dengan mambaca kisah dan pengalaman orang lain.

Ya! Sepanjang tempoh 3 bulan ini, ada beberapa buku yang saya baca. Anda boleh tengok dalam senarai Bahan Bacaan saya (Klik Di Sini)

Salah satu bacaan yang saya rekemenkan ialah Buku Bagaimana BANKRAP menjadikan aku kaya?..

Anda boleh baca semula sinopsis tentang buku ini di atas.. Saya tak larat nak taip semula sinopsis buku ini di bawah...

Sumber : Klik Di Sini

Saya dah beli buku ini sejak dari tahun 2016 lagi kalau tak silap saya. Masa tu ada cetakan HardCopy (Buku Fizikal). Sekarang Buku Cetakan Hard Copy dah Sold Out.. Dah tak ada dijual di mana-mana lagi..

Kalau nak beli buku ini, kena beli secara Soft Copy (Digital) dalam format ebook.

Beza Buku Fizikal dan ebook ialah dari segi harga... Harga beli ebook jauh lebih murah berbanding semasa saya beli buku fizikal dulu...

Sekiranya anda mempunyai masalah tentang kewangan/perniagaan sepanjang tempoh PKP-COVID19 ini, saya syorkan sangat supaya anda baca ebook ini. 

Melalui buku ini secara tidak langsung akan dapat memberi semangat dan memotivasikan diri anda... Bila anda dapat tengok ada orang yang bernasib lebih teruk lagi berbanding anda sehingga diisytiharkan BANKRAP (Muflis)... tapi Alhamdulillah masih boleh berjaya sehingga sekarang..

Setelah bangkit daripada kegagalan tersebut, kini beliau banyak membuat perkongsian ilmu dengan harapan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia supaya tidak melakukan kesilapan demi kesilapan seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini.. 

Berikut merupakan senarai Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada beliau yang boleh dijadikan sebagai panduan:
Sumber : Klik Di Sini

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini...
Semoga dapat memberi manfaat kepada anda..

Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)