Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ada sorang kawan saya ni... Asalnya dia beli dan duduk kat rumah flat je.. Lepas beberapa tahun, Alhamdulilah, murah rezeki dia.. Dia dapat beli rumah teres dan dia pun pindah rumah teres yang baru tu.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ada sorang kawan saya ni... Asalnya dia beli dan duduk kat rumah flat je.. Lepas beberapa tahun, Alhamdulilah, murah rezeki dia.. Dia dapat beli rumah teres dan dia pun pindah rumah teres yang baru tu.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Seperti yang pernah saya kongsikan dalam Post pada tahun lepas... Kebiasannya banyak senarai rumah lelong lepas raya.
Sekiranya anda kali pertama mengunjungi blog ini, boleh baca Post Rumah Lelong pada Musim Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas
-> Ratusan Rumah Di Lelong Menjelang Dan Semasa Musim Perayaan Aidilfitri..... (Klik Di Sini)
Nampaknya pada tahun ini juga tidak kurang hebatnya... Terdapat banyak lambakan Rumah Lelong dalam Pasaran Selepas hari Raya Aidilfitri..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Saya tertarik dengan salah satu tajuk berita dalam Akhbar Harian Metro pagi ni iaitu 'Sukar Untuk Halang Harga Rumah Naik'.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam post sebelum ini ada kongsikan tentang Risiko Membeli Hartanah Di Kawasan Pelancongan.... (Klik Di Sini)
Sekiranya anda terlepas membaca post sebelum ini, boleh klik pada link di atas.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Selain berkongsi info-info tentang Homestay yang terdapat di seluruh Malaysia.. Kalau anda perasan... Blog ini juga turut berkongsi info-info tentang rumah-rumah lelong.
Bagi pembaca yang baru pertama kali mengunjungi blog ini tentu rasa terkejut.. Kata blog Carian Homestay Malaysia... Kenapa ada juga berkongsi info-info berkaitan dengan rumah lelong?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dalam post pada kali ini saya nak update lagi tentang senarai rumah/hartanah lelong. Senarai hartanah Lelong pada kali ini dikeluarkan oleh UOB BANK DAN MBSB, BSN yang akan dilaksanakan sesi lelongan tersebut pada 24 Mac 2022.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pagi ini kita nak borak-borak tentang rumah lelong. Soalan yang biasa di tanya berkaitan dengan rumah lelong ini...
"Kenapa saya beli unit lelong tak de pun free gift ???....
Tak macam gambar yang biasa Encik Shafie Bustan share "
Contoh free gift yang Encik Shafie Bustan dapat semasa membeli rumah lelong |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Ada yang bertanya, Ada tak rumah teres 2 tingkat bawah harga RM300 ribu??
Kalau di negeri Selangor biasanya memang susah nak dapat, Tapi nak kena tengok juga area mana ...
Ini ada rumah teres 2 tingkat yang bersesuaian dengan budget yang ramai orang cari. Harga lelong rumah ialah RM243 ribu. Rumah teres intermediate dengan keluasan 20x70 beralamat di Puncak Alam.
Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu |
Rumah-rumah baru yang ada sekarang ni mana nak dapat harga macam ni dah untuk rumah teres. Untuk harga macam ni biasanya boleh dapat apartment 3 bilik sahaja.
Kalau anda nak rumah yang selesa dan besar kenalah berkorban tinggal jauh sedikit dari bandar KL. Kalau nak cari rumah betul-betul tengah bandar KL mana boleh dapat harga macam tu.
Puncak Alam antara tempat yang menjadi pilihan untuk membeli rumah bagi mereka yang bekerja di kawasan KL |
Siapa yang beli rumah masa mula-mula dulu di Puncak Alam, rasa macam lambat jer nak naik harga rumah di kawasan ini. Betul tak ??
Rasa jauh sangat. Bertahun-tahun menunggu tempat tersebut matang. Sekarang ni banyak dah pembangunan dilaksanakan di area belah-belah sana. Siapa yang pernah pergi ke Puncak Alam 5 tahun lepas, cuba bandingkan dengan keadaaan di sana sekarang. Semakin ramai penduduk atau semakin sikit penduduk disana??
Persekitaran Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu |
Kalau nak tahu, pergilah survey sendiri. Buat site visit, buat kira-kira. Mungkin dah bertahun kosong unit ini. Semakin lama semakin kurang rumah-rumah kosong di kawsan ini sebab dah semakin ramai yang berminat nak tinggal di sini.
Sesuai atau tidak dengan anda?, mampu atau tidak untuk bayar?
Anda tentu lebih faham dengan kedudukan kewangan korang anda.
Tengok berapa modal ada?
Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu |
Sekiranya anda belum bersedia tidak mengapa, Boleh baca dulu panduan beli rumah lelong.
Macam mana step-step yang terlibat?
Apa kos yang terlibat?
Semuanya ada terdapat dalam link dibawah ...
Sempena minggu terakhir bulan Merdeka dengan sukacita ingin kongsikan berita gembira iaitu pemberian discount sebanyak 25% bagi setiap karya tuan Shafie Bustan.
Anda cuma perlu masukkan sahaja promo code di bawah:
PROMO CODE : merdeka25%
Tawaran ini sah sehingga 31 ogos 2021 sahaja.
Semua karya penulisan ada dibawah ini.
Belajar tentang process flow dan risiko, boleh dapatkannya menerusi masuk link yang dikongsikan dibawah:
Semoga bermanfaat.
Tolong share kan jika anda rasakan info ini bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Info Berkaitan:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pagi ini jom kita lihat salah satu property yang dilelongkan oleh pihak Hong Leong bank. Project ini siap pada tahun 2017, terletak berhampiran dengan AEON dan ada terdapat stesen MRT tidak jauh dari kawasan ini.
Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Seperti biasa jika ada kesempatan, saya akan melihat data-data lelong dari pihak bank dan juga pelelong berlesen diluar sana.
hari ini hati saya sedikit tersentuh, sedih melihat satu unit ini. Bila tengok nama orang kita tertera di proclamation of sale (POS) ini. Melihat umur peminjam yang sangat muda. Lahir pada tahun 1992, maknanya sekarang ini umur beliau baru sahaja 29 tahun. Kesian sungguh, muda-muda lagi sudah ada property yang kena lelong oleh pihak bank ...
Proclamation Of Sale (POS) Rumah Lelong di Shah Alam, mempunyai keluasan 829 sqt dilelong pada hara rezab RM315,900.00 |
Unit ini adalah SOHO unit. Boleh tengok pada layout dibawah:
Mempunyai kemudahan Gym dan Swimming Pool |
Mempunyai keluasan 829sqt (Rujuk pada Proclamation Of Sale (POS)) |
Melihat kepada keluasan unit ini iaitu 829sqt, menunjukkan ia adalah unit yang mempunyai keluasan paling besar.
Jom kita tengok pula sejarah unit ini semasa launching. Harga jualan dari RM240,000 hingga RM500,000. Dan sqt yang paling kecil bagi unit ini adalah 430sqt.
Analisa harga dan info unit ini semasa Launching |
Disebabkan harga paling mahal semasa launching ialah RM500,000 dan unit yang paling luas ialah 839 sqt, bermaksud harga jualan unit yang kena lelong ini adalah sekitar RM500,000 juga.
Tetapi sekarang ini unit ini telah di lelong dengan harga rezab RM315,900 (Rujuk pada Proclamation Of Sale (POS))
Perghhh.. Jauh betuk perbezaan harga tu.
Unit ini dilelong pada harga RM315,900 |
Berbalik semula kepada layout studio ini. Keluasan 829sqt besar sangat tu untuk sebuah unit studio.
Kalau kita beli apartment 3 bilik tidur pun ada yang 800sqt. Mungkin pembeli ini membut perancangan untuk buat partition bilik. Kalau kosong macam tu jer sapa pula nak sewa. Family tak akan sewa. Mungkin kalau ada yang nak sewa pun, syarikat yang nak buat work station.
Kalau nak di tambah dengan partition bilik, agak-agak berapa kos 1 partition?. Nak kena tambah bilik air lagi. Sebab bila dah ada banyak bilik, tentu bilik air sedia ada tidak mencukupi. Jadi macam duduk dekat asrama pula nanti, Kena que semasa nak mandi.
Apa pun perancangannya bila membeli unit begini, mesti ada kira-kira. Berapa kos tambahan yang diperlukan.
Boleh ada demand atau tidak ..
Berapa rental boleh dapat?
Reality tidak sama seperti di atas kertas. Kita forecast sewa yang tinggi, Kita forecast harga rumah naik banyak. Kita jangkakan sesuatu yang indah. Hakikatnya menjadi sebaliknya.
Sebab itu kita perlu prepare worst case scenario..
Jom tengok berapa iklan-iklan sewa disini. Range sewa antara RM800 ke RM1200 sebulan. Anda boleh survey sendiri yang mana buat tambahan bilik-bilik mungkin boleh dapat lebih.
Berbalik semula kepada unit ini. Jika harga belian semasa launching duluRM500,000. Andaikan loan dapat penjimatan contohnya RM450,000, sebulan kena bayar sebanyak RM2200 untuk loan bank.
Itu belum termasuk lagi dengan kos Maintenance. Katakan RM300 sebulan. Dekat situ sudah ada komitmen hutang sebanyak RM2500 sebulan. Berapa pula sewa boleh dapat.
Kalau tengok butiran dari pelelong, Unit ini adalah vacant ...
Perghhh ...
Bagi saya, bab cashflow bulanan tu tak kisah sangatlah. Yang kritikal adalah bab nak top up baki loan tu nanti.
Itu baru jadi satu masalah besar, jika baki loan tu masih ada lagi RM450,000, dan harga terjual pada lelongan awam adalah RM320,000.
Seleps rumah selesai di lelong, peminjam ini masih ada hutang lagi dengan bank sebanyak RM130,000.
Kena ingat segala kos melihatkan lelongan awam akan bank caj ke loan peminjam. Antara kos yang terlibat ialah:
Jangan terkejut jika baki loan tu naik.
Pada usia yang muda, nak cari duit untuk top up baki loan tu bukan senang.
Ada ke simpanan ratusan ribu ringgit?
Nak top up katakan RM150,000 ker, Itupun dengan andaian lelongan ini akan ada pembida yang berminat.
TAPI, saya jangkakan harga akan turun lagi disebabkan tiada pembida yang berminat dalam lelongan pada kali ini. Ramai yang akan tunggu harga rezab turun bawah RM300,000 disebabkan ini unit studio sahaja. Tak berbaloi nak beli SOHO lebih mahal daripada harga RM300,000.
Nak tambah bilik pun perlukan kos juga. Sama samalah kita saksikan nanti.
Jika lelongan kali ini tiada pembida, maka harga rezab tersebut akan turun lagi. Makin rendah harga rezab tersebut turun, semakin banyaklah owner ini kena top up baki loan tersebut di bank.
Jika tidak, bank akan proceed pada legal action dan boleh menyebabkan owner rumah di bankrupt kan.
Okay lah.. Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai data hartanah lelong.
Pesanan saya, nak beli hartanah biar dalam kemampuan kita.
Bacalah real case study diluar sana. Jadikan sebagai pengajaran. Belajar dulu process flow dalam hartanah supaya kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
P/s : Sekiranya anda nak beli rumah lelong yang harga murah-murah di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahLelong
P/s/s : Sekiranya anda nak beli rumah subsales di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahSubsale
Info Berkaitan:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Betul ker harga rumah turun ???
Ini antara persoalan yang sering timbul sekarang ini ...
Betul ker harga rumah turun??
Tak kanlah harga rumah boleh jatuh pulak..
Ramai cakap setiap tahun harga rumah naik..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pelaburan hartanah pada situasi sekarang dah tak sama dengan pelaburan hartanah 2 tahun sebelum ini. Ini berdasarkan kepada pemerhatian saya dan situasi yang sedang dihadapi oleh ramai pelabur hartanah, sehingga ada rumah-rumah mereka yang dilelong oleh pihak bank.
Siapa Kata Harga Rumah Tak Akan Turun? (Gambar hiasan) |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dah lama tak semak listing rumah lelong terkini disebabkan MCO/PKP/Lockdown. Dalam tempoh tersebut, banyak listing rumah lelong di postpone.
Macam mana anda nak beli?
Stamping pun tak boleh, Office lawyer pun tutup, pejabat tanah pun tutup dan segala urusan tergendala.
Lot Kedai Untuk Dilelong dekat JB harga RM68,850 pun ada |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Waktu dalam keadaan ekonomi begini memang ramai nak guna duit...
Calculator DSR Refinance Rumah, Sumber : Klik Di Sini |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur Alhamdulillah...
Saya dah baca keseluruhan ebook Susah ke? Beli Rumah Dari kacamata perunding hartanah.
Untuk makluman, ramai orang mempunyai keinginan untuk membeli rumah, tapi ramai yang tak berjaya disebabkan tidak melepasi kelayakan yang ditetapkan.
Susah ke? Beli Rumah Dari kacamata perunding hartanah, Sumber : Klik Di Sini |
Berdasarkan pengalaman perunding hartanah, kebanyakan pembeli yang tidak berjaya nak beli rumah disebabkan mereka tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang cara-cara untuk membeli rumah.
Jadi, dengan membaca ebook ini ianya sangat membantu mereka yang nak membeli rumah terutamanya bagi mereka yang nak membeli rumah pertama.
Dalam ebook ini ada dikongsikan cara-cara nak beli rumah:
Sekiranya anda berjaya memilih perunding hartanah yang betul, ia akan dapat membantu anda untuk memilih rumah yang betul dan dapat memberi keuntungan dalam pelaburan hatanah pada kemudian hari.
Selain itu, dalam ebook ini juga turut mengandungi:
Dalam ebook ini juga turut dikongsikan Tips-tips yang perlu dilakukan oleh pembaca sebagai persediaan supaya berjaya membeli rumah pertama.
Isi kandungan ebook ini bagi saya ringkas dan padat serta mudah difahami. Pastinya akan dapat membantu pembaca untuk melakukan tindakan yang tepat dalam setiap urusan untuk membeli rumah.
Jangan lupa juga untuk membaca ebook 22 Kesilapan Sewaktu Berurusan Dengan Perunding Hartanah yang turut dipakejkan bersama dengan ebook Susah ke? Beli Rumah Dari kacamata perunding hartanah
22 Kesilapan Sewaktu Berurusan Dengan Perunding Hartanah, Sumber : Klik Di Sini |
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga info-info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua…
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Roda kehidupan itu bulat. Sekejap kita berada di atas dan sekejap kita berada di bawah. Itu merupakan lumrah dalam kehidupan. Sebab tu kita perlu sentiasa beringat pada waktu susah ataupun senang. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada.
Putaran ekonomi paling memberi kesan dalam tempoh PKP |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Raya ini pastinya ramai orang tak boleh nak keluar ke mana mana akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Bosan-bosan duduk dekat rumah, Jom kita tengok listing rumah lelong yang bilangannya, semakin lama semakin banyak..
Melambak melambak bank lelong rumah secara dalam talian di musim perayaan ini. Macam tahu-tahu jer raya kali ni nak PKP. ;)