Cukup ke Wang KWSP tu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


"Tinggal berapa tahun lagi anda nak pencen?"

"Ada 20 tahun lagi? 30 tahun? 40 tahun?"

"Tinggal berapa lagi duit dalam KWSP sekarang??"


Antara soalan-soalan cepu emas yang sering di tanya sejak akhir-akhir ini, berikutan pihak kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP dalam akaun 1.   


Pengeluaran KWSP akaun 1
Pengeluaran KWSP akaun 1


Masa anda pencen nanti, agaknya sama ke nilai RM1000 sekarang dengan RM1000 pada masa itu?


Harga barang dan servis pada masa itu gerenti sangat tinggi dan RM1000 pada masa itu tidak setinggi nilainya dengan RM1000 sekarang.


Duit makin lama makin murah. Barang dan servis makin mahal.


Jadi jika anda rasa anda akan dapat ratusan ribu RM duit KWSP anda pada masa pencen anda jangan sangka ianya banyak.


Silap-silap cukup-cukup makan sahaja pada masa itu.


Sebab itu anda kena bersedia dari sekarang. 


Nak bersedia macam mana?


Cara mudahnya kita bersedia dengan melakukan Pelaburan Saham.


Mudah ke pelaburan saham ni?


Mudah kepada yang tahu caranya.


Potensi Keuntungan Pelaburan Saham boleh jadi Berlipat Kali Ganda.


Pelaburan Saham boleh memberikan sehingga ribuan peratus keuntungan kepada pelabur.

Tidak seperti pelaburan lain seperti Saham Amanah, hartanah, dan deposit tetap 


Sebagai contoh: 

Syarikat TOPGLOVE mula disenaraikan di pasaran saham pada tahun 2002 dengan nilai di bawah RM0.10.

Sehingga hari ini bulan Julai tahun 2020 harga saham TOPGLOVE telah pun mencecah RM25.00.


Kenaikan sehingga 190000% dalam tempoh 18 tahun.  


Pendek kata sekiranya anda membeli saham TOPGLOVE dengan modal sebanyak RM1000.00 pada tahun 2002, 

dan masih pegang saham ini sehingga tahun 2020, anda telah pun bergelar seorang jutawan pada waktu ini. 


Lihat dengan hanya bermodalkan RM1000 sudah boleh bergelar jutawan.


Berapa Nilai Saham Yang Dimiliki Oleh 10 Lelaki Terkaya Di Dunia (Update Januari 2021)


10 Lelaki Terkaya Di Dunia (Update Januari 2021)
10 Lelaki Terkaya Di Dunia (Update Januari 2021)

Kesemua 10 lelaki terkaya di dunia ini mempunyai kekayaan yang luar biasa berikutan saham mereka dalam syarikat-syarikat tertentu melambung naik. 


  1. Elon Musk pemegang Saham Tesla sebanyak 20% yang bernilai USD$141 Billion
  2. Jeff Bezos pemegang saham Amazon sebanyak 11% yang bernilai USD$165 billion
  3. Bill Gates pemegang Saham Microsoft Corp sebanyak 1.3% yang bernilai USD$22 Billion
  4. Bernard Arnault pemegang saham Christian Dior sebanyak 97.5% yang bernilai USD$92.8 billion
  5. Mark Zuckerberg pemegang Saham Facebook sebanyak 13% yang bernilai USD$92.5 Billion
  6. Warren Buffet pemegang saham Berkshire Hathaway sebanyak 38% yang bernilai USD$87.1 billion
  7. Zhong Shanshan  mempunyai pegangan saham Nongfu Spring sebanyak 84% dengan nilai USD$76.5 billion
  8. Larry Page mempunyai pegangan saham Alphabet sebanyak 6% dengan nilai USD$69.2 billion
  9. Sergey Brin mempunyai pegangan saham Alphabet sebanyak 5% dengan nilai USD$66.5 billion.
  10. Larry Ellison mempunyai pegangan saham Oracle sebanyak 35.4% dengan nilai USD$51.5 billion.


Dalam senarai di atas, saya tertarik dengan 2 pemegang saham syarikat yang sama iaitu Larry Page (Kedudukan ke 8) dan Sergey Brin (Kedudukan ke 9). Kedua-duanya merupakan Co-Founder dan Board Manager bagi syarikat Alphabert. 


Nilai kekayaan mereka jadi berbeza antaranya disebabkan oleh peratus pegangan saham mereka dalam Alphabet. Larry Page mempunyai pegangan saham sebanyak 6% dengan nilai $69.2 billion, manakala Sergey Brin mempunyai pegangan saham sebanyak 5% dengan nilai $66.5 billion.


Walaupun cuma berbeza sebanyak 1% sahaja, tapi nilainya hampir melibatkan $3 billion USD. Kalau tukar kepada ringgit Malaysia, boleh jadi sehingga RM10 billion.   


Alangkah bagusnya jika kita juga mempunyai saham-saham syarikat yang bernilai tinggi seperti itu. Yang penting patuh Syariah..


Masa beli saham pada harga murah. Berikutan prestasi syarikat yang melonjak naik dan berjaya meraih keuntungan yang luar biasa menyebabkan nilai saham-saham syarikat mereka juga melonjak naik sehingga beratus-ratus ke beribu-ribu kali ganda. Menyebabkan ramai di antara mereka berjaya menjadi jutawan segera dalam sekelip mata.


Saya berharap melalui perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada anda tentang kelebihan dalam pelaburan saham yang dapat mengatasi beberapa pelaburan lain seperti emas, Fix Deposit, Hartanah, Unit Trust dan lain-lain.

 

Ada banyak teknik yang boleh anda miliki dengan melakukan pelaburan saham.


Berminat nak belajar tak?


Jika berminat boleh klik link di bawah ini ya

-> www.jomlabursaham.com


Semoga dapat memberi manfaat...


Sekian, terima kasih


Info Berkaitan:




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)