Ketika Ramai Orang Terjejas Sumber Pendapatan akibat COVID-19, Rezeki mereka pula semakin bertambah... Lihat apa yang telah mereka lakukan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semenjak Covid-19 menyerang satu dunia, ramai orang terjejas sumber pendapatan. Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 1 hingga Fasa 4) di Malaysia yang menyebabkan ramai orang tidak boleh bekerja seperti biasa. Bagi mereka yang bekerja "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" pendapatan mereka sangat terjejas pada ketika ini.

Sumber : Klik Di Sini


Boleh baca perkongsian daripada mereka yang telah hilang sumber pendapatan dalam tempoh pelaksanaan PKP Fasa 1 sehingga PKP Fasa 4. 

1) Apabila Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Dan PKPB Dilanjutkan Lagi 4 Minggu..

2) CABARAN COVID-19, PKP, WFH DAN RECESSION => PRIHATIN DAN MORATORIUM

3) Senarai 13 Kerja Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP (FASA 4)

4) KERJA DARI RUMAH SEBENAR YANG PERLU DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH PKP FASA 3

5) Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay Dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19?



Ya! Terlalu ramai yang terjejas sumber pendapatan pada ketika ini...

Tapi, berbeza pula halnya dengan 3 orang sahabat kita ini... 
Ketika Ramai Orang Terjejas Sumber Pendapatan akibat COVID-19, Rezeki mereka pula semakin bertambah... Lihat apa yang telah mereka lakukan?


Ketika Ramai Orang Terjejas Sumber Pendapatan akibat COVID-19, Rezeki mereka pula semakin bertambah... Lihat apa yang telah mereka lakukan?


Seperti yang pernah saya tulis dalam post sebelum ini, "jadikan setiap masalah yang ada sebagai peluang baru dalam hidup kita.


Ya! inilah yang telah dilakukan oleh Dimas Pratama, Sugu Pavithra, dan Sazali Adam Bahar dengan menggunakan kesempatan yang ada di saat ramai orang duduk di rumah, untuk membolehkan mereka menjana pendapatan.

Apa yang telah mereka bertiga lakukan?


1) Dimas Pertama

Rakam video buat kerja angkat buah sawit dan kait kelapa sawit sahaja view beribu-ribu hingga sampai ratus ribu!

Dengan youtube bernama Dimas Pratama, beliau yang merupakan orang Indonesia yang bekerja di Malaysia, mempunyai 153k Subscriber.

Sumber : Klik Di Sini

Perghh! anda tau apa dia buat?

Hanya rakam video dia buat kerja kait buah kelapa sawit sahaja dan naikkan kelapa sawit atas lori.

Sebab itulah kerjanya setiap hari. Ada 388 video dia upload kebanyakkannya angkat kelapa sawit.

Sumber : Klik Di Sini

Cara edit pun biasa-biasa sahaja dan rakam menggunakan handphone.

Dia juga merupakan Youtuber Sawit pertama mendapat Silver Play Button. Haaa.. Jangan main-main gaiss..

Sumber : Klik Di Sini

Video yang dia hasilkan, dia masukkan sekali dengan lagu. Konsisten upload. Tak perlu nak buat video cantik cantik.

Kalau dia boleh, anda pun tentu boleh. Apa sahaja kerja yang anda buat setiap hari, rakam dan upload sahaja di Youtube.

Mana tahu nanti jadi income macam Dimas Pratama.

Kunci utama adalah rakam dan upload secara konsisten bukan sebab duit tapi nak kongsikan apa yang anda buat.


Sumber : Klik Di Sini


2) Sugu Pavithra

Nama Sugu Pavithra semakin dikenali ramai apabila beberapa video masakan beliau mula tular di laman-laman sosial. 

Kisah beliau telah menarik perhatian beberapa media tempatan sehingga ada akhbar yang telah menulis kisah beliau. Sebagai contoh dalam akhbar harian Metro bertajuk "Sentuhan masakan Pavithra" laporan oleh wartawan Rosyahaida Abdullah.

Ketia di wawancara beliau memberitahu:
"Saya sendiri tidak tahu bagaimana secara tiba-tiba begitu ramai pengguna melanggan saluran Youtube kami sedangkan kami sangat baru, masih banyak kekurangan dalam kandungan video yang perlu kami perbaiki" Kata S Pavithra, 28

Semasa saya mula-mula tengok video beliau pada bulan Januari 2020, Subscriber baru 100 orang lebih.

View video pertama ikan talapia bakar pada masa tu dalam 300 lebih macam tu sahaja.

Ni cerita pada 3 bulan yang lalu.



Sumber : Klik Di Sini


Sekarang subscriber dia dah lebih 200K dah setiap video yang dia upload view mesti cecah puluhan ribu!


Sebelum ini tidak ramai yang mengenali Sugu Pavithra. Seorang suri rumah berbangsa India Malaysia yang tinggal dikampung hanya rakam video suka-suka untuk dikongsikan. Manakala suami beliau merupakan pekerja ladang kelapa sawit dan mereka tinggal di kuaters yang disediakan oleh majikan suami

Beliau hanya kongsikan Video Masakan untuk keluarga sahaja.


Sumber : Klik Di Sini

Kelebihan beliau ialah, beliau fasih berbahasa melayu menjadikan video dia yang rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton. Nampak real!

Rezeki Tak Salah Alamat

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, mereka sendiri terkejut apabila jumlah pelanggan saluran mereka meningkat sehingga 10,000 dalam tempoh sebulan saluran berkenaan diwujudkan.


Susulan itu, beliau menerima email daripada YouTube untuk menjadi rakan YouTube sekaligus membolehkan mereka memperolehi pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut Dolar Amerika Syarikat (AS).

Sumber : Klik Di Sini

Haaa.. Nampak tak? Dah dapat income dari Youtube. Tak perlu pandai sangat pun. Rakam dan upload saja.

Siapa yang hari-hari masak kat rumah tu, buat satu Channel Youtube dan upload la apa yang anda masak.


Sumber : Klik Di Sini

Tak rugi apa pun. Mana tahu lepas dua tiga bulan upload, boleh dapat duit.

Boleh jadikan Sugu Pavithra dan suami sebagai sumber inspirasi. 

Mereka mula upload video masakan yang dirakam dengan menggunakan telefon pintar suaminya yang dibeli secara berhutang. Kemudian pekakasan/peralatan memasak yang digunakan merupakan peralatan asas di dapur sahaja, tiada peralatan yang canggih. Berbekalkan dua periuk termasuk periuk untuk memasak nasi selain kuali dan sudip sudah cukup untuk beliau menghasilkan video masakan yang dapat dikongsikan di Youtube.

Sehingga kini terdapat lebih 200 ribu jumlah pelanggan saluran beliau di Youtube.  



3) Sazali Adam Bahar


Siapa kata seorang nelayan yang bekerja di laut, tidak boleh buat duit secara online??

Ini musim PKP weiii... Ramai orang duduk goyang kaki di rumah.. Bosan-bosan mereka tengok video di Youtube.. Setiap masalah yang ada pada hari ini boleh dijadikan sebagai peluang baru dalam hidup kita.

Kali ni saya nak kongsikan pula kisah seorang nelayan bernama Sazali Adam bahar. Beliau upload video tangkap ikan, tangkap udang, tangkap ketam dan lain-lain kisah benar kehidupan seorang nelayan.


Sumber : Klik Di Sini

Setiap video yang dimuatnaik di Youtube telah berjaya menjadi tontonan ramai sehinggakan ada video beliau yang mendapat lebih 700 ribu tontonan (view). Tidak hairanlah pada ketika ini beliau sudah mempunya lebih 150 ribu jumlah langganan di saluran Youtube beliau. 

Malah, kebanyakan video kisah hidup nelayan yang telah beliau upload di youtube telah berjaya mendapat puluhan ribu tontonan 

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Antara video beliau yang menarik perhatian saya ialah kisah Tangkap Ketam. Boleh tonton video di bawah:



Video ini telah ditonton hampir 700 ribu kali...

Kalau anda perhatikan betul-betul kualiti video beliau simple sahaja. Tak perlu susah-susah nak buat video yang gempak... 

Jadi, sekiranya anda mempunyai banyak persoalan tentang penghasilan Video di Youtube seperti :


"Nak buat youtube tapi tak pandai nak edit laaa..."

Sebenarnya Ramai yang saya jumpa bagitau macam ni.

Siapa kata kena pandai edit untuk mula buka Channel Youtube?

Video Sazali Adam bahar ni boleh katakan langsung tak edit.. Apa yang dia rakam, itu yang dia upload.

View video beliau boleh sampai PULUHAN RIBU hingga ke RATUSAN RIBU.....

Audio pun out. Tengok berapa subscriber dia sekarang?
Terkini 161K jumlah Subscriber

Alhamdulillah... Sekarang ni beliau dah pandai edit sikit berbanding masa awal-awal dulu.

Saya rasa income dia dekat youtube lagi banyak daripada pendapatan dia menangkap ikan. Kalau dulu tangkap ikan merupakan sumber pendapatan utama untuk menyara hidup. Sekarang ni menangkap ikan boleh menjadikan sebagai hobi untuk mendapat bahan video bagi siaran terkini saluran Youtube beliau.

Rakam dan upload sahaja untuk permulaan.

Nak daftar login pun guna akaun GMAIL sahaja. Lepas tu dah boleh masuk setup channel.

Upload gambar profile. Banner letak je apa pun dulu.

Lepas tu upload video. Masukkan Headline dan Description. Then upload.

TAPI untuk buat orang tau video kita upload ni, buatkan Headline dan Description yang menarik perhatian.

Barulah view naik.

Boleh belajar cara buat tajuk video bagi orang jumpa dan dapat banyak tontonan (Klik Di Sini)

Untuk berjaya kena belajar daripada mereka yang telah berjaya.

Selagi kita tak belajar sesuatu, selagi itu kehidupan kita akan kekal berada di tahap sekarang.

Sedangkan ramai orang di luar sana telah berjaya mengubah taraf kehidupan mereka, setelah mereka belajar sesuatu ilmu yang bermanfaat daripada orang lain. 

Saya rasa cukup saya bawakan 3 contoh sahaja dalam post ini iaitu:
  • Dimas Pratama- pekerja Sawit warga Indonesia yang bekerja di Malaysia
  • Sugu Pavithra - Surirumahtangga sepenuh masa kepada seorang pekerja di ladang kelapa sawit dan tinggal di kuaters yang disediakan oleh majikan
  • Sazali Adam Bahar - Seorang nelayan

Rezeki mereka bertiga telah bertambah dalam tempoh PKP, Ketika Ramai Orang Terjejas Sumber Pendapatan akibat COVID-19.

Banyak sifu-sifu Youtube yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan menyediakan panduan bagaimana untuk menjadi Youtuber berjaya. Sebagai contoh, boleh tengok 2 panduan di bawah:


Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Berikutan perkongsian sifu-sifu ini, jadi tidak hairanlah semakin ramai youtuber muncul sejak akhir-akhir ini dari kalangan rakyat biasa. Mereka bukan dari kalangan selebriti, mereka bukan artis, mereka bukan pemimpin negara, mereka bukan orang politik, mereka bukan model, mereka bukan ahli sukan ternama, malah mereka langusng tidak dikenali sebelum ini.

Tetapi disebabkan ilmu dan kemahiran yang dikongsikan oleh sifu-sifu Youtube, kehidupan mereka mula berubah 360 darjah.

Syukur Alhamdulillah... Walaupun tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, tidak berpakaian "Smart" untuk pergi ke pejabat, tetapi mereka mempunyai sumber pendapatan yang selesa.


Sumber : Klik Di Sini

Sekadar itu sahaja perkongsian daripada saya pada kali ini.
Semoga Bermanfaat.






Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)