CABARAN COVID-19, PKP, WFH DAN RECESSION => PRIHATIN DAN MORATORIUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, sekarang kita sudah berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke 4. Sepanjang tempoh PKP (Fasa 1-Fasa 4) dilaksanakan kita  tidak boleh ke sekolah, tidak boleh bekerja, tidak boleh berniaga seperti biasa, tidak boleh menerima pelancong dari luar negara, tidak boleh nak berhimpun beramai-ramai, tidak boleh nak bersukan seperti biasa, tidak boleh pergi ke masjid untuk solat berjemaah, dan lain-lain. Macam tak percaya kita akan melalui keadaan seperti ini pada tahun 2020.

Inilah yang dinamakan takdir! Segalanya berlaku di luar dugaan kita. Siapa sangka keadaan ini boleh berlaku?

COVID-19, PKP, WFH, RECESSION, PRIHATIN, MORATORIUM
COVID-19, PKP, WFH, RECESSION -> PRIHATIN, MORATORIUM

COVIC-19 Adalah pandemic (WHO)

Pada ketika ini masyarakat di seluruh sedang melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani penyebaran Covid-19. Tiada satu negara pun yang boleh dikatakan tidak terkesan secara langsung atau tidak langsung dari pandemic ini.


COVIC-19 Adalah pandemic yang telah berjaya menghuru-harakan seluruh dunia
COVIC-19 Adalah pandemic yang telah berjaya menghuru-harakan seluruh dunia

Pandemic ini telah mewujudkan rasa takut dan bimbang kepada semua manusia disebabkan belum ada vaksin yang dapat memulihkan mangsa yang terkena penularan virus tersebut.


Data 4 Mei 2020 (Sumber : Klik Di Sini)

Sehingga kini sebanyak 252,407 kematian telah direkodkan dan sebanyak 3,646,201 kes penularan COVID-19 di seluruh dunia. Paling menyedihkan sekali negara kuasa-kuasa besar dunia seperti USA, China, Rusia, Germany, Italy, France, UK antara yang terjejas terus pada ketika ini.

Langkah terbaik untuk menangani masalah ini adalah melalui pengasingan diri sama ada secara sukarela atau secara paksa rela melalui perintah atau perundangan tertentu. Ada sestengah negara seperti negara China mengambil tindakan yang sangat drastik untuk mencegah penularan virus ini dengan mengadakan "LockDown". Tetapi tidak semua negara berani untuk melakukan tindakan seperti itu termasuk juga negara kita Malaysia. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan terutamanya dari sudut ekonomi. Jadi, kita telah melakukan tindakan yang lebih bertimbangrasa iaitu dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau (MCO).

Setiap tindakan yang dilaksanakan samada "LockDown" atau PKP, tetap akan memberi kesan kepada ekonomi dunia  keseluruhannya jika masalah ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau pun paling cepat hingga bulan Ogos ini. 



Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 1 - Fasa 4)


Pada kali pertama Perdana Menteri mengumumkan tentang Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 1) pada 18-31 Mac 2020, saya percaya tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan yang sebenar pelaksanaan perintah tersebut.

Saya ingat lagi, pada ketika itu saya sedang bercuti di Seri Iskandar Perak. Saya dan isteri ambil cuti rehat selama 2 hari (Isnin dan Selasa) sempena musim cuti sekolah.


Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 1 - Fasa 4)
Perintah Kawalan Pergerakan

Dalam Group WhatsApp jabatan, pengarah dah arahkan semua staf supaya bekerja dari rumah dan "boleh dipanggil ke pejabat pada bila-bila masa sahaja sekiranya ada keperluan untuk berbuat begitu".

Bila baca "klausa" tu memang rasa tak sedap hati. Ada lebih 3,000 orang pelajar saya berada di Kolej Kediaman (asrama) dan rumah sewa. Kalau saya berada di Seri Iskandar Perak dan tidak boleh bergerak balik ke tempat kerja, macamana saya nak uruskan kebajikan pelajar-pelajar saya.

Sepanjang hari tersebut (17 Mac 2020) dari tengahari hingga ke petang rasa tak sedap hati. Kalau ikutkan hati memang tak nak bergerak ke mana-mana, supaya "dapat bekerja dari rumah di Seri Iskandar Perak". Tapi, bila memikirkan kebajikan pelajar-pelajar saya yang berada di kampus, kami gagahi juga untuk balik pada malam tersebut tanpa mengisi surat kebenaran merentasi negeri di Balai Polis.

Alhamdulillah.. Melalui tindakan nekad tersebut, kami Berjaya tiba di Sabak bernam hampir pukul 12.00 malam.. Lega..

Seperti yang saya jangka, memang banyak kerja yang perlu saya buat sepanjang PKP (Fasa 1). Walaupun arahannya bekerja dari rumah, tapi dalam sehari beberapa kali juga saya perlu masuk ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja. Termasuk pada hari Sabtu dan Ahad, juga pada waktu malam disebabkan dalam masa yang sama saya juga diarahkan untuk menjaga Pusat islam (memastikan azan berkumandang pada setiap waktu di Pusat Islam).

Pada ketika itu ramai yang berharap Perintah kawalan pergerakan ini cuma akan berlangsung dalam tempoh 2 minggu sahaja iaitu dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Tapi, siapa sangka ianya boleh berlarutan sehingga ke Fasa ke 4 pada ketika ini. Bayangkan kita perlu melalui kehidupan "New Normal" selama 8 minggu:
  • Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 1) 18-31 Mac 2020
  • Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 2)   1-14 April 2020
  • Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 3) 15-28 April 2020
  • Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 4) 29 April -12 Mei2020

Arahan Duduk di rumah Selama 8 Minggu (2 bulan) merupakan pengalaman pertama dalam hidup semua orang. Mujur pula ada sedikit kelonggaran pelaksanaan PKP dalam Fasa 4. Semua orang dah boleh mula menarik nafas lega. Semoga ada sinar positif berterusan supaya kita dapat mula menjalani kehidupan normal semula tidak lama lagi.

Sama-samalah kita doakan.  


Work From Home (WFH)

Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, ramai orang tidak boleh pergi bekerja seperti biasa. Bagi mereka yang bekerja makan gaji mungkin masih boleh bernafas lega dengan gaji yang masih diterima. Tetapi berbeza pula kisahnya bagi mereka yang menerima "gaji secara harian berdasarkan prestasi kerja mereka" sebagai contoh jurujual, pekerja kilang yang dibayar gaji mengikut syift, peniaga kecil-kecilan, pekerja syarikat penerbangan, pekerja di syarikat perhotelan, peniaga-peniaga restoran, peniaga sektor pelancongan (taman tema, Zoo, Muzium, dll), pemilik rumah sewa harian (homestay, guest house, rumah tamu), dan lain-lain.

Terlalu ramai pekerja yang terkesan berikutan banyak perniagaan yang terjejas kesan daripada COVID-19.

Work From Home
Work From Home

Jadi, Perdana Menteri menyarankan kepada semua orang supaya "work from home" dalam tempoh sepanjang PKP dilaksanakan. Tapi, bukan semudah itu, untuk melaksanakan kerja dari rumah ini. 


Setelah 8 bulan (PKP Fasa 1 - fasa 4) berlalu, apa yang lebih membimbangkan apabila "work from home" bertukar kepada 'no work stay at home' (i.e. jobless/retrenchment) disebabkan operasi syarikat terpaksa ditutup kerana tiada permintaan dari dalam dan luar negara. Banyak bisnes tidak mampu untuk bertahan selama 2 bulan tanpa sebarang jualan/keuntungan. Walaupun ramai majikan yang cuba untuk bertahan, tetapi tidak mustahil pemberhentian pekerja terpaksa juga dilakukan sedikit demi sedikit untuk mengurangkan Kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak majikan. Terlalu banyak kos yang perlu difikirkan oleh majikan pada ketika ini seperti bayaran sewa premis perniagaan, bayaran bil, bayaran sokso majikan, bayaran gaji pekerja, kebajikan pekerja, dan lain-lain.

Langkah terbaik yang semua orang perlu lakukan dalam tempoh PKP (fasa 1- fasa 4) ialah dengan melakukan kerja dari rumah seperti yang disyorkan oleh YAB Perdana Menteri.

Kata orang perlu sediakan payung sebelum hujan. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku tidak lama lagi sekiranya keadaan ini terus berlarutan. Semuanya masih menjadi tanda tanya... Antaranya
  • Adakah syarikat yang kita bekerja masih mampu bertahan?
  • Adakah jaminan bos masih nak kekalkan jawatan saya dalam syarikat?
  • Adakah jaminan gaji saya langsung tidak akan dipotong?

Sebagai contoh, bagaimana pengusaha Homestay perlu survive dalam tempoh 2 bulan tanpa sebarang penyewa...

Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay Dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19? (Baca di Sini)

Saya juga ada kongsikan pengalaman bagaimana Kerja Dari Rumah Sebenar yang perlu dilasanakan Dalam Tempoh PKP Fasa 3 (Klik Di Sini)

Sebenarnya ada banyak lagi senarai Kerja dari Rumah yang boleh kita laksanakan untuk memperolehi pendapatan dalam Tempoh PKP ini. Tapi musathil kita dapat buat kesemuanya sekali.

Jadi, boleh pilih kerja dari rumah terbaik yang mampu kita lakukan. Boleh tengok senarai Kerja dari rumah tersebut yang sesuai dengan diri kita.

Senarai 13 Kerja yg boleh dilakukan dari rumah dlm tempoh PKP (Fasa 4) (Klik Di Sini)


RECESSION

Dalam situasi yang berlaku sekarang, penganalisis ekonomi berpendapat kita sudah terlalu hampir dengan kemelesetan ekonomi global. Bukan sahaja di Malaysia, malah diseluruh dunia.


Snowball effect boleh berlaku kepada semua aktiviti ekonomi di semua negara. Amerika Syarikat, Europe, China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia akan lebih terkesan. Dan sudah tentu negara-negara yang bergantung kepada ekonomi mereka tersepit lebih teruk lagi. Krisis ini berbeza dengan krisis yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini  pada tahun 2008/09, tahun 1997/98, tahun 86/87, tahun 70an atau tahun 1929 great depression. Semua krisis-krisis ekonomi di atas menyaksikan kejatuhan tetapi kejatuhan kali ini bukan jatuh ditepi jalan (sidewalk) tetapi kejatuhan dari bangunan tinggi. IMF dan World Bank telah menyatakan dunia telah memasuki fasa recession!!!. 


Sudahkah Kita Bersedia untuk Menghadapi Gelombang "Recession"
Sudahkah Kita Bersedia untuk Menghadapi Gelombang "Recession"

Namun begitu, ia bergantung kepada sejauh mana COVID-19 ini dapat diatasi. Lebih cepat ia berjaya di atasi mungkin lebih cepat kita dapat menyelamatkan negara daripada kemelesetan ekonomi.

Dengan erti kata lain, percaturannya begini… Negara mana yang pulih terlebih dahulu daripada Wabak COVID-19, negara tersebut mempunyai kebarangkalian lebih awal untuk menyelamatkan diri daripada kemelesetan ekonomi.

"Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion tentunya akan memberi sokongan dan mengelak penurunan mendadak ekonomi negara, namun kemelesetan teknikal khususnya pada separuh pertama tahun ini sukar dielakkan"- Penganalisis Ekonomi-

Pada pendapat saya, Penganalisis ekonomi juga belum dapat membuat jangkaan dengan tepat tentang keadaan ekonomi negara selagi kita "belum pasti", Bilakah Vabak COVID-19 ini akan berakhir...

Sebab tu seluruh rakyat Malaysia perlu beri kerjasama untuk membendung Wabak COVID-19 ini terlebih dahulu…selagi masalah ini belum selesai, akan ada masalah lain yang lebih besar bakal menanti kita…

Persoalannya...
Sudahkah Kita Bersedia untuk Menghadapi Gelombang "Recession"?

Tepuk dada, tengok kekuatan ekonomi masing2...

Langkah terbaik bermula dari sekarang, saya menyarankan supaya kita mengikut pesanan Tun M iaitu:
  • Kurangkan perbelanjaan
  • Berniaga secara online
  • Berusaha tingkatkan pendapatan
  • Tingkatkan lagi kebolehan diri
  • Jangan terlalu bergantung kepada orang lain
  • Jangan cuba cari jalan mudah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

"Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion tentunya akan memberi sokongan dan mengelak penurunan mendadak ekonomi negara, namun kemelesetan teknikal khususnya pada separuh pertama tahun ini sukar dielakkan"- Penganalisis Ekonomi-
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Pihak kerajaan telah mengeluarkan kos yang sangat besar untuk menampung keperluan rakyat termasuk Industri Kecil dan Sederhana (SME) yang terkesan teruk akibat penularan wabak Covid-19 ini. 

Secara logiknya pakej Rangsangan ini merupakan satu keperluan yang WAJIB dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan kitaran ekonomi negara berjalan seperti biasa, berikutan kewangan kerajaan juga bergantung kepada pendapatan syarikat.

Cuba anda bayangkan apa akan berlaku sekiranya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) ini tidak dilaksanakan?
  • Ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai duit untuk berbelanja (membeli makanan dan keperluan harian)
  • Bila rakyat tidak dapat untuk berbelanja, menyebabkan banyak perniagaan akan gulung tikar
  • Bila banyak perniagaan gulung tikar semakin ramai orang akan kehilangan pekerjaan (kadar pengangguran yang tinggi)
  • Bila keadaan ini berlaku, kerajaan tidak dapat hasil bayaran cukai daripada peniaga dan dana-dana kerajaan seperti KWSP, Socso majikan dan lain-lain juga akan turut terjejas.
Namun begitu, rakyat Malaysia tidak boleh bergantung kepada pemberian kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) ini semata-mata. Sebab dana yang diberikan tak banyak, paling lama pun mungkin dapat bertahan selama 2 bulan sahaja.

Kerajaan tak mampu untuk terus menerus menanggung bebanan ini jika keadaan bertambah teruk. Jadi, antara inisiatif lain yang kerajaan boleh lakukan untuk membantu rakyat Malaysia ialah dengan membenarkan pengeluaran akaun 2 KWSP  sebanyak RM500 sebulan selama 6 bulan dan Moratorium (Penangguhan Pembayaran pinjaman selama 6 bulan)

Manfaatkanlah 2 "Talian hayat" yang ada ini dengan sebaiknya untuk kita lebih bersedia menghadapi "Recession" atau kemelesetan ekonomi dunia.

Kita pun tak tahu berapa lama lagi ekonomi negara akan pulih seperti sediakala. Dalam masa yang sama kita juga tidak tahu risiko dan kebarangkalian yang perlu kita hadapi pada masa akan datang terutamanya kepada mereka yang ada menjalankan perniagaan.


Moratorium (Penangguhan bayaran  pinjaman selama 6 bulan)

Pakar-pakar dan penganalisis-penganalisis ekonomi dah bagi tahu, Tahun 2020 kita akan menghadapi kemelesetan ekonomi Global paling teruk dalam Sejarah.
Diulang.. Kemelesetan ekonomi Global paling teruk dalam sejarah.

Sekiranya dalam kemelesetan ekonomi yang pernah berlaku sebelum ini seperti pada tahun 2008/09, tahun 1997/98, tahun 86/87, tahun 70an, tahun 1929 great depression telah memberi beberapa kesan negatif seperti:
  • Banyak syarikat perniagaan terpaksa menutup operasi perniagaan mereka
  • Berlaku Pembuangan pekerja secara besar-besaran menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi.
  • Ramai pemilik-pemilik perniagaan jatuh Muflis terutamanya peniaga kecil dan sederhana (SME)
  • Ramai orang terpaksa menjual aset untuk terus "survive" dalam meneruskan kehidupan.
  • Berlaku "food crisis" dan human crisis
  • Gaji kakitangan kerajaan pernah dipotong sebanyak 10%
  • Dan beberapa kesan yang lain lagi.
Apa yang saya senaraikan di atas merupakan kesan kemelesetan ekonomi yang pernah berlaku sebelum ini.
Jadi, untuk tahun 2020 ni ada terlalu banyak kebarangkalian dan kemungkinan yang perlu kita hadapi..

Sebab itulah pihak kerajaan membenarkan Moratorium (Penagguhan bayaran  pinjaman selama 6 bulan) dilaksanakan. 

Moratorium (Penagguhan pembayaran  pinjaman selama 6 bulan)
Moratorium (Penagguhan bayaran  pinjaman selama 6 bulan)
 
"Ramai yang tidak puas hati, sebab kena bayar Faedah walaupun tak bayar pinjaman selama 6 bulan."

Pada pendapat saya beginilah. Kalau kita memandang sesuatu perkara dari sudut negatif, akan negatiflah jadinya. Walaupun perkara itu sebenarnya merupakan bantuan yang cuba diberikan oleh pihak kerajaan dan institusi kewangan untuk membantu kita supaya dapat meneruskan kehidupan (bertahan) dalam tempoh kemelesetan ekonomi global.


Cuba anda bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya anda tidak mengambil Moratorium dan anda terkesan akibat kemelesetan ekonomi global? Sebagai contoh:

  • Anda ada bisnes, tapi bisnes anda Down
  • Anda ada idea nak buat bisnes baru untuk menggantikan bisnes anda yang sedang kerugian, tapi anda tiada modal
  • Anda ada homestay, tapi homestay anda tiada penyewa
  • Anda perlu membayar pinjaman perumahan
  • Anda perlu membayar pinjaman kereta
  • Anda tidak bernasib baik apabila anda dibuang kerja, Anda perlukan duit untuk menyara kehidupan sementara anda nak dapatkan pekerjaan yang lain 
  • Hutang rumah (and household debt) tidak dapat dibayar 

Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dijangka dapat meningkatkan ekonomi negara juga terpaksa dibatalkan disebabkan COVID-19
Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dijangka dapat meningkatkan ekonomi negara juga terpaksa dibatalkan disebabkan COVID-19

Sebab itulah semua orang disyorkan untuk mengambil Moratorium sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sekiranya anda kurang faham tentang moratorium, berikut merupakan ringkaskan yang dapat memudahkan pemahaman anda:

Moratorium secara asasnya Tempoh Pinjaman anda akan extand selama 6 bulan. Kalau sepatutnya tempoh pinjaman anda tamat pada bulan Disember 2030, tempoh pinjaman anda dilanjutkan kepada bulan Jun 2031

Sekiranya anda memiliki pinjaman kereta/motor/rumah anda semua boleh membuat 2 pilihan seperti dibawah :

1) Dalam tempoh 6 bulan (1 April-31 September) tak perlu bayar pinjaman tapi anda kena bayar interest secara lumsum. Sebagai contoh bayaran kereta bulanan RM500 dengan interest sebanyak 4% jadi RM500x4%=RM20/bulan. RM20 ni interest untuk 1 bulan so darab dengan 6 bulan jadi RM120. Jadi, pada 1 Oktober nanti anda akan kena bayar lumsum RM500 + RM120 = RM620

2) Dalam tempoh 6 bulan (1 April-31 September) tak perlu bayar pinjaman tapi anda kena bayar interest extra. Sebagai contoh bayaran kereta bulanan RM500 dengan interest sebanyak 4% jadi RM500x4%=RM20/bulan.
RM20 ni interest untuk 1 bulan so darab dengan 6 bulan jadi RM120. Jadi, pada 1 Oktober nanti anda akan kena bayar lebihan RM20 selama 6 bulan. Maknanya setiap bulan anda kena bayar RM520 selama tempoh 6 bulan.


Berikut pula merupakan cara pengiraan untuk Public Bank (Setiap bank mempunyai cara pengiraan yang berlainan)



Contoh:

  • Bayaran Ansuran Bulanan Kenderaan(Monthly Instalment Amount):RM1118
  • Jumlah Penangguhan Bayaran Ansuran Bulanan Untuk 6 Bulan:RM6708(RM1118 x 6)
  • Kadar Faedah Tahunan(Anual Percentage Rate):4.65%(Kadar faedah tahunan adalah berlainan untuk setiap orang | Public Bank)
  • Caj Faedah Tambahan:RM1585.60
Pengiraan Caj Faedah Tambahan 
  • Caj faedah tambahan yang perlu dibayar = Jumlah Tertunggak (Bayaran Ansuran Bulanan x 6 Bulan) x Kadar Faedah Tahunan (%) x Baki Tempoh Pinjaman (Tahun)
  • RM6708 x 4.65% x 5.083333 Tahun
  • = RM1585.60 (Caj Faedah Tambahan)
Caj faedah tambahan ini akan dibayar bersama dengan bayaran ansuran bulanan yang terakhir.
  • Bayaran Ansuran Bulanan Terakhir:RM2703.60(Bayaran ansuran terakhir + Caj faedah tambahan)
  • Baki Tempoh Pinjaman:61 Bulan(5.083333+ Tahun)
Setiap bank mempunyai cara pembayaran yang berbeza-beza. Anda boleh menghubungi pegawai bank masing-masing untuk membincangkan berkaitan kaedah pembayaran pengecualian pinjaman 6 bulan tersebut.
In Shaa Allah, akan ada situasi menang-menang untuk kedua belah pihak, peminjam dan Institusi kewangan (Bank)

Sekiranya dalam tempoh 6 bulan duit pinjaman yang anda dapat kesan daripada Moratorium tidak digunakan, anda boleh gunakan duit tersebut untuk membuat pelaburan seperti beli rumah lelong, beli saham, dan sebagainya yang dapat membantu anda untuk menggandakan duit tersebut.
Saya cadangkan kepada anda supaya dapatkan Senarai Rujukan Hartanah, Pelaburan dan Pengurusan Kewangan (Klik Di Sini) 


10 NASIHAT KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA


Sekarang ramai yang sudah terjejas pendapatan mereka. Akan datang pasti lebih ramai lagi. Sekiranya pendapatan anda masih belum terjejas, jangan selesa dengan kedudukan yang ada. Jika tidak berjaga-jaga, kelak akan merana.


COVID-19, PKP, WFH, RECESSION, PRIHATIN, MORATORIUM
COVID-19, PKP, WFH, RECESSION -> PRIHATIN, MORATORIUM

1) Ambil peluang untuk keluarkan wang KWSP RM500 sebulan untuk keperluan. Jika tiada keperluan, boleh juga dijadikan tabung kecemasan. Pastikan ia digunakan ketika kecemasan untuk keperluan, bukan untuk enjoy sakan. RM500 x 12 = RM6,000 kita dapat simpan dalam tempoh Kemelesetan Ekonomi global..

2) Dengan moratorium secara automatik juga kita boleh ambil kesempatan untuk tambah simpanan apabila tidak perlu membayar ansuran selama 6 bulan. Jika RM1,000 sebulan 6 bulan kita dapat tambah lagi RM6,000. Jika RM2,000 maka dapatlah kumpul sebanyak RM12,000 atau mungkin lebih lagi.

3) Hutang kad kredit sangat tinggi kadar keuntungan yang bank ambil. Lagi tinggi daripada personal loan dan hutang lain. Bincang dengan bank untuk buat penstukturan semula. Kemudian potong terus kad tersebut jika nak dapatkan impak yang lebih drastik.

4) Selepas tempoh 6 bulan moratorium berakhir, kita kena bayar balik ansuran kita tadi. Jika pendapatan kita terjejas, usahakan untuk berbincang dengan bank jalan terbaik untuk atasinya. Jangan lari daripada bank. Mereka boleh pertimbangkan untuk penstukturan semula atau pembiayaan semula hutang. Ia disebut juga RNR; refinance and restructure. Utamakan dulu untuk restructure balik hutang berbanding refinance.


Moratorium merupakan bentu "bantuan" yang diberikan oleh Bank negara Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia
Moratorium merupakan bentu "bantuan" yang diberikan oleh Bank negara Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia

5) Dalam tempoh PKP ini boleh belajar untuk bisnes online. Boleh mulakan dengan bisnes yang orang sedang cari sekarang seperti topeng muka, sanitizer, malah boleh juga perniagaan makanan. Atau paling kurang, jadi runner makanan dan barangan dapur. Boleh tambah duit dapur kita juga.



Sebagai contoh, bagaimana pengusaha Homestay boleh survive dalam tempoh 2 bulan tanpa sebarang penyewa...

Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay Dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19? (Baca di Sini)

Saya juga ada kongsikan pengalaman bagaimana Kerja Dari Rumah Sebenar yang perlu dilasanakan Dalam Tempoh PKP Fasa 3 (Klik Di Sini)

Sebenarnya ada banyak lagi senarai Kerja dari Rumah yang boleh kita laksanakan untuk memperolehi pendapatan dalam Tempoh PKP ini. Tapi musathil kita dapat buat kesemuanya sekali.

Jadi, boleh pilih kerja dari rumah terbaik yang mampu kita lakukan. Boleh tengok senarai Kerja dari rumah tersebut yang sesuai dengan diri kita.

Senarai 13 Kerja yg boleh dilakukan dari rumah dlm tempoh PKP (Fasa 4) (Klik Di Sini)

6) Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan McDonald dan KFC dalam tempoh setahun ini.

7) Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.

8) Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika sedang plan nak hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat penstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kepada protection. Rule of thumb: Caruman paling rendah, perlindungan paling tinggi.

9) Bagi peniaga kecil dan SME, model bisnes sebelum ini sudah tidak lagi relevan pasca Covid-19. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.

10) Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuannya. Hanya doa dan usaha yang mampu mengubahnya. Sepanjang tempoh PKP ini dan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, gunakan peluang yang ada untuk mendekatkan diri  dengan Allah S.W.T. Sesungguhnya setiap rezeki dan ketentuan datang daripada Allah S.W.T.

Sekadar itu sahaja perkongsian daripada saya pada kali ini.
Semoga Bermanfaat.