Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya harap semua pembaca blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam tempoh Perintah Kawal Pergerakan, PKP-COVID19.

Semenjak Coronavirus dan COVID19 meniti dibibir-bibir masyarakat seluruh dunia, Industri pelancongan di Malaysia sangat terkesan.

Kebanyakan Bilik-bilik hotel, resort dan homestay mulai kosong tanpa kehadiran penyewa. Pemilik-pemilik homestay mula kehilangan sumber pendapatan. 

Tarikh-tarikh Homestay yang telah ditempah oleh penyewa sebelum ini terpaksa dibatalkan. Ianya secara tidak langsung memberikan tekanan yang cukup hebat kepada pemilik-pemilik homestay. Terutamanya mereka yang bergantung 100% kepada pendapatan melalui homestay.


Jadi, persoalannya.. Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19?

Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19?

Satu soalan yang pastinya ada jawapannya bagi mereka yang berpengalaman mengendalikan homestay dalam tempoh masa yang agak lama, dan bagi mereka yang mempunyai sedikit ilmu berkaitan dengan "segment pelanggan". 

Tetapi, bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang ini, mungkin agak mencabar untuk menghadapi situasi sukar seperti sekarang.


Takper kita sama-sama belajar daripada pengalaman ini.

Walaupun saya mempunyai pengalaman selama 10 tahun mengendalikan homestay, tetapi saya juga turut terkesan dengan situasi yang sedang melanda negara pada masa ini. Cuma dalam situasi sekarang saya agak bernasib baik disebabkan telah menyediakan "payung sebelum hujan" terlebih dahulu.


1. Manfaatkan Database pelanggan dengan sebaik mungkin

Kekuatan yang perlu ada pada ketika ini ialah database pelanggan.

Soalan yang pertama: sudahkah anda mempunyai database pelanggan untuk homestay anda?

Soalan yang kedua : Apa sistem yang anda gunakan untuk menghubungi semula database pelanggan anda?

Kedua-dua soalan di atas merupakan klue yang dapat anda gunakan untuk terus bertahan dalam tempoh PKP-COVID19.

Contoh databse pelanggan Myhomestay4u.net


Setakat ini database pelanggan yang saya ada masih terlalu sedikit. Baru ada 3880 list (orang). Untuk lebih selamat sebaiknya perlu mempunyai lebih daripada 10,000 database orang (list).

Sistem database pelanggan ini sebenarnya yang dapat menyelamatkan bisnes homestay anda. Sebab anda boleh menghubungi mereka secara serentak pada masa-masa tertentu dengan menggunakan kaedah Blast SMS ataupun menghantar email secara pukal kepada semua list yang anda ada. 

Bagaimana cara nak mengumpul List?

Saya ada kongsikan cara mengumpul list dalam ebook Belajar Buat Blog dan Real Case Study : List Kecil Income Besar. Boleh rujuk semula ebook tersebut. Kepada yang belum pernah lagi membaca ebook tersebut, saya syorkan anda dapatkan ebook tersebut dan gunakan masa yang ada sekarang ni untuk membacanya.


Cara paling mudah nak mengumpul List ialah dengan memberikan sesuatu yang berharga secara Percuma kepada pengunjung blog anda, sebagai contoh anda boleh klik link ini -> MaherSaham.com

Kali petama saya mengunjungi laman web tersebut, saya rasa macam tak percaya dengan tawaran yang diberikan. 

Biar betul dia nak bagi percuma macam tu jer?
Takkan tak kena bayar satu sen kot?

Mula-mula timbul perasaan ragu-ragu dalam hati kecil saya.. Sekali saya dah masukkan maklumat yang diperlukan untuk "Dapat Percuma"... Rasa syukur sangat... Alhamdulillah.. betul-betul dapat percuma... Yahooo!!!

Sesuatu "benda" percuma sebegini yang perlu anda berikan kepada pengunjung laman web/blog anda supaya anda boleh mengumpul "list".. Sesuatu yang sangat bernilai sehinggakan pengunjung akan berasa berat hati untuk menolak pemberian percuma tersebut.


2. Tawarkan Bantuan kepada List (Suscriber) anda 

Bantuan bagaimana yang boleh anda tawarkan kepada list anda?.

Dalam keadaan Tempoh PKP-Covid19 ni semua orang mempunyai masalah.
Terlalu banyak masalah yang sedang dihadapi oleh semua orang antaranya: 
  • masalah kena duduk di rumah lama-lama
  • masalah tak boleh nak keluar "mengeteh" seperti biasa
  • masalah nak beli barang keperluan dapur
  • masalah nak pergi bercuti
  • Masalah nak dapatkan makanan yang diingini di lokasi-lokasi tertentu
  • Masalah kehabisan stok Roti Gardenia dekat kedai
  • Masalah kehabisan stok facemask
  • Masalah kehabisan stok Hand Sanitizer
  • Masalah makan kuat??
  • Masalah dekat dapur (faham-faham jerlah)
  • Masalah tak cukup duit
  • Masalah bayaran sewa rumah kepada pemilik rumah
  • dan lain-lain

Kalau anda rajin membaca status rakan-rakan anda di media sosial, terlalu banyak masalah yang semua orang sedang hadapi dalam tempoh PKP ini.

Jadi, inilah masa yang terbaik untuk anda menawarkan bantuan kepada List anda.

Contoh bantuan yang boleh anda berikan ialah menawarkan bantuan menghantar "makanan istimewa" yang terdapat di tempat/lokasi anda dengan penghantaran melalui pos. 

Saya ambil satu contoh. Ramai orang kalau pergi ke Terengganu suka membeli keropok Lekor Terengganu, Betul tak?

Dalam tempoh PKP ini agak mustahil orang dari Kedah, Penang, Perak, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis nak pergi ke Terengganu. Bukan setakat nak pergi ke Terengganu, nak pergi ke daerah sebelah menyebelash pun tidak dibenarkan. 

Ada abang polis, abang askar yang buat roadblock. Baru jer lalu kena buktikan samada melalui IC, surat, bil api, bil air dan sebagainya baru boleh melepasi roadblock tersebut. Kalau tak cukup bukti atau alasan tak cukup kukuh anda diminta untuk berpatah balik. 

Macamana orang dari Perak nak makan keropok lekor Ghanu kalau macam tu?
Baru jumpa satu roadblock pun dah kena patah balik. Belum jumpa dua tiga roadblock lagi sepanjang perjalanan.

Jadi, inilah masa yang paling sesuai untuk menawarkan bantuan kepada list anda dengan menulis:

"Sepanjang PKP-COVID19 ini kami ada menyediakan perkhidmatan menghantar keropok leko Ghanu ke seluruh Malaysia melalui pos. Ini betul-betul keropok lekor original yang hanya boleh diperolehi di negeri Terengganu sahaja (kalau ada nama kedai yang femes lagi bagus). Kami faham, sepanjang tempoh PKP ini anda tentu teringin nak makan keropok Lekor makcik Kiah yang paling sedap di Terengganu. Kalau berminat.......... "

Pandai-pandailah anda tulis ayat yang seterusnya.. 

Sekiranya, dalam list anda memang ada yang suka sangat makan Keropok Lekor Ghanu makcik Kiah.  Mahu tak dapat tidur malam dibuatnya bila teringat email atau SMS yang anda hantar tu. Esoknya tentu dia akan order terus dengan anda.

Nak lebih cun lagi buatlah satu laman web e-commerce yang mempunyai sistem notifikasi untuk "collect order" daripada list anda. Tentunya lebih memudahkan kerja anda.

Sebagai contoh, anda boleh tengok sebuah laman web e-commerce simple yang menjual Hand Sanitizer.


Sekiranya kena dengan cara anda dan sasaran anda, In Shaa Allah anda boleh survive sepanjang tempoh suram ini.

Sebagai contoh, anda mempunyai 10,000 list dan anda blast email kepada semua list tersebut. Dalam 10,000 katakan cuma ada 1% sahaja yang berminat nak beli keropok lekor Ghanu Makcik Kiah. Anda sudah berjaya mendapat 100 tempahan. Banyak ke sikit 100 tempahan sehari?   


3. Ambil Tempahan Pelanggan/Jualan dengan menggunakan sistem e-Commerce 

Kelebihan menggunakan system e-commerce, selain memudahkan ia juga akan dapat menarik minat orang untuk membeli sebab ia kelihatan "smart" (professional). Nampak kesungguhan anda untuk menjual dan membantu list anda dengan cara yang sistematik.

Sebagai contoh, saya berjaya buat sales untuk "produk X" semalam. 

Tapi, ini bukan produk yang saya jual.. Saya cuma bertindak sebagai ejen jualan sahaja.

Dalam tempoh 1 hari, saya berjaya membuat 86 jualan.

Jumlah jualan sehari ialah sebanyak RM8,755.00 dan komisyen sebanyak RM2,266.00

Saya mula mendaftar jadi ejen jualan "produk X" pada hari Isnin (6 April 2020). Saya mulakan aktiviti mempromosi pada malam tersebut. dan berterusan selama satu hari pada (7 April 2020).

Bagi sesetengah orang mungkin Komisyen yang saya dapat ni tidak sebanyak mana.. 

Tapi Alhamdulillah... bagi saya ia sangat-sangat memadai. Masih boleh digunakan untuk "Survive" sepanjang Tempoh PKP-COVID19.

Di sini saya nak kongsikan kelebihan anda menggunakan satu sistem e-commerce untuk mengambil tempahan/jualan berbanding anda mengambil tempahan melalui whatsapp sahaja. 

Sila lihat masa jualan yang terhasil.


Apa yang dapat anda lihat dalam transaksi di atas?

Cuba anda scroll sekali lagi dan semak masa-masa seperti berikut:

16:39:58
16:39:23
16:39:09
Dalam tempoh masa 41 saat 3 jualan terhasil.

16:30:10
16:30:03
Dalam tempoh masa 7 saat 2 jualan terhasil.

16:29:12
16:29:01
Dalam tempoh masa 11 saat 2 jualan terhasil.

16:24:33
16:24:33
Dalam tempoh masa 0 saat 2 jualan terhasil.

15:13:24
15:13:20
Dalam tempoh masa 4 saat 2 jualan terhasil.

Pada pendapat anda, tanpa bantuan sistem e-Commerce (100% menggunakan whatsapp) boleh tak anda membuat jualan sepantas ini?

Cuba anda fikir.. rasa-rasa boleh ke tak?

Bagi pendapat saya, Tentu mustahil bukan...

Jadi, anda memerlukan satu sistem yang dapat membantu anda untuk buat 6 perkara ini dalam satu masa:
  1. Kumpul list (Subscriber)
  2. Boleh Blast Email
  3. Boleh Blast SMS
  4. Boleh menjadi sebagai laman web jualan
  5. Mempunyai sistem ecommerce
  6. Mempunyai notifikasi jualan yang dapat menarik minat pelanggan untuk turut serta membeli

Satu "robot"/sistem yang dapat memudahkan kerja-kerja anda untuk menghasilkan jualan. 

Sekiranya anda minta pendapat saya, sudah tentu saya akan mencadangkan sistem onpay.

Ya, sistem Onpay sangat sinonim dengan diri saya. Setakat ini saya sudah mempunyai 4 Domain onpay dibawah seliaan saya iaitu:
  1. https://myhomestay4u.onpay.my/
  2. https://caturpoliteknik.onpay.my/
  3. https://kelabkkrpsis.onpay.my/
  4. https://kobistech.onpay.my/

Terdapat banyak lagi sistem e-commerce lain yang boleh anda gunakan di luar sana. Tetapi bagi pendapat peribadi saya, Onpay merupakan antara sistem yang terbaik setakat ini sebab ia didatangkan lengkap dengan satu pakej yang merangkumi 6 ciri-ciri yang saya senaraikan di atas.

"Macamana nak setup sistem Onpay encik Anuar? Saya buta IT"

Maaf!! buat masa ni memang saya tak dapat nak ajar anda cara nak setup sistem Onpay. 

Tapi, ada seorang sifu internet telah menyediakan satu panduan daripada A hingga Z bermula daripada setup Onpay sehingga anda mampu menghasilkan jualan 4 angka sebulan melalui sistem Onpay anda.

Saya syorkan anda belajar daripada beliau. Sebab beliau jauh lebih arif berbanding saya. Sekiranya anda berminat nak berguru dengan beliau, saya syorkan anda klik laman web ini -> OnpayMethod.my


4. Alternatif lain yang dapat membantu Pemilik Bisnes Homestay dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19?

Dalam point no 1 hingga no 3, saya cuma kongsikan 2 teknik yang dapat membantu anda (pengusaha Homestay) untuk "Survive" dalam tempoh PKP-COVID19. 

Setakat ni anda rasa ok tak?
Kalau anda gunakan teknik-teknik yang saya kongsikan tu anda rasa boleh bertahan tak Bisnes Homestay anda dalam tempoh yang agak lama?

TAPI...
Anda harus ingat, PKP-COVID19 (28 hari) mungkin hanya merupakan salam perkenalan atau persediaan untuk kita menghadapi gelombang yang lebih besar iaitu "RECESSION" 




Apa itu "Recession"?

"Recession" dalam Bahasa Melayunya dipanggil sebagai kemelesetan atau dikenali sebagai Kemelesetan Ekonomi… Dalam situasi yang berlaku sekarang, penganalisis ekonomi berpendapat kita sudah terlalu hampir dengan kemelesetan ekonomi global. Bukan sahaja di Malaysia, malah diseluruh dunia.

Namun begitu, ia bergantung kepada sejauh mana COVID-19 ini dapat diatasi. Lebih cepat ia berjaya di atasi mungkin lebih cepat kita dapat menyelamatkan negara daripada kemelesetan ekonomi.

Dengan erti kata lain, percaturannya begini… Negara mana yang pulih terlebih dahulu daripada Wabak COVID-19, negara tersebut mempunyai kebarangkalian lebih awal untuk menyelamatkan diri daripada kemelesetan ekonomi.

"Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion tentunya akan memberi sokongan dan mengelak penurunan mendadak ekonomi negara, namun kemelesetan teknikal khususnya pada separuh pertama tahun ini sukar dielakkan"- Penganalisis Ekonomi-

Pada pendapat saya, Penganalisis ekonomi juga belum dapat membuat jangkaan dengan tepat tentang keadaan ekonomi negara selagi kita "belum pasti", Bilakah Vabak COVID-19 ini akan berakhir...

Sebab tu seluruh rakyat Malaysia perlu beri kerjasama untuk membendung Wabak COVID-19 ini terlebih dahulu…selagi masalah ini belum selesai, akan ada masalah lain yang lebih besar bakal menanti kita…

Persoalannya...
Sudahkah Kita Bersedia untuk Menghadapi Gelombang "Recession"?

Tepuk dada, tengok kekuatan ekonomi masing2...

Langkah terbaik bermula dari sekarang, saya menyarankan supaya kita mengikut pesanan Tun M iaitu:
  • Kurangkan perbelanjaan
  • Berniaga secara online
  • Berusaha tingkatkan pendapatan
  • Tingkatkan lagi kebolehan diri
  • Jangan terlalu bergantung kepada orang lain
  • Jangan cuba cari jalan mudah


Jadi, Alternatif lain yang dapat membantu Pemilik Bisnes Homestay untuk Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19 dan persediaan menghadapi "Recession" ialah, tingkatkan lagi kebolehan diri untuk mempelbagaikan sumber pendapatan 

Bagaimana caranya?

Saya syorkan anda membaca ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan homestay..


Ya! Dalam ebook ini ada perkara yang saya kongsikan bertentangan dengan maklumat yang dikongsikan oleh geng-geng pengusaha homestay yang lain.

Sebagai contoh, saya tak syorkan kepada diri saya (dan pembaca) untuk iklankan homestay di laman web seperti Mudah, AirBnb, Agoda, Hoteldotcom dan  sebagainya… Nak tahu Sebab apa?

Sebabnya ada saya nyatakan dalam ebook tersebut.

Lepas baca, tentu anda akan kata..

"Kalaulah aku baca ebook tu lebih awal, tentu sekarang ni aku masih mampu tersenyum semasa berhadapan dengan musim tengkujuh macam ni"

Bagi saya, perkara yang dah lepas usah dikenang. Yang dah sudah tu, sudahlah... 
Sekarang ni PKP-COVID19 masih ada baki 7 hari lagi. Sempat lagi sekiranya anda nak memperbetulkan kesilapan yang pernah anda buat sebelum ini.


Sekadar berkongsi pengalaman


Muamad Anuar Bin marsib



Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)