Macamana Nak Beli Rumah Kalau Tak Ada Duit??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dalam post kali ni saya sekadar ingin kongsikan beberapa dialog menarik yang dapat saya kumpulkan untuk tatapan pembaca blog ini...

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua..

..

"Rajin encik Anuar update tentang Hartanah sekarang ni ye?" Soalan
..
"Betul tu.. Saya rasa dah tiba masanya untuk memberi kesedaran kepada rakan-rakan saya terutamanya penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri.." Jawapan


..

"Encik Anuar rasa, Kenapa ramai penjawat awam Tak beli rumah lagi hingga sekarang?" Soalan
..

"Berdasarkan hasil tinjauan yang pernah dibuat, banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan rakan-rakan penjawat awam masih belum terbuka hati untuk membeli rumah sendiri. Antaranya:
  • Selesa tinggal di kuaters yang disediakan, sebab dekat dengan tempat kerja
  • Sayang nak berpindah dari rumah yang di sewa
  • Belum jumpa rumah idaman
  • Sering berpindah randah tempat bertugas, jadi Tak tahu nak beli rumah dekat mana
  • Dan lain-lain" Jawapan






"Jadi, apa saranan encik Anuar untuk memberi kesedaran kepada mereka untuk membeli rumah?" Soalan

"Bukan mudah sebenarnya untuk menyedarkan mereka supaya membeli rumah.. Sebenarnya Kalau mereka tak dapat nak tinggal di rumah yang di beli sekarang pun, boleh jadikan rumah tu sebagai pelaburan. Boleh disewakan, boleh dijadikan sebagai homestay, boleh refinance kalau nak guna cash, boleh dijual semula bila sampai masanya nak beli rumah yang lebih besar, dan lain-lain" Jawapan


"Berapakah umur terbaik yg encik Anuar sarankan untuk Kakitangan kerajaan membeli rumah?" Soalan

"Sebaik sahaja selepas sah dalam jawatan. Sebaiknya sebelum berumur 35 tahun" Jawapan


"Kenapa pula 35 tahun?"Soalan

"Sebab nak gunakan kemudahan pinjaman LPPSA. Boleh buat pinjaman maksimun sehingga 35 tahun, dengan interest yang rendah, dapat pinjaman 100% mengikut harga rumah dan di Tidak perlu rekod CCRIS dan CTOS semasa memohon pinjaman rumah LPPSA." Jawapan

Sumber:
"Apa yang akan berlaku, kalau dah lebih umur 35 tahun baru timbul kesedaran nak membeli rumah?" Soalan

"Loan LPPSA Tidak boleh digunakan hingga ke tahap maximum 35 tahun. Syarat LPPSA, tempoh terakhir (bulan terakhir) pinjaman ialah apabila genap umur 70 tahun. Kalau nak guna loan LPPSA semasa berumur 50 tahun, boleh. Tapi tempoh pinjaman akan jadi singkat maksimum 20 tahun sahaja. Bila tempoh pinjaman singkat, bayaran bulanan akan jadi semakin tinggi. Dalam link di atas, Saya Ada kongsikan case study berdasarkan pengalaman Saya sendiri" Jawapan


"Menarik tu. Ada Tak inisiatif lain yang encik Anuar rekemenkan supaya dapat memudahkan urusan Kakitangan kerajaan untuk membeli rumah?" Soalan

"Ada! Beli rumah melalui Skim Zero Deposit yang diperkenalkan oleh pihak Koperasi Hartanah Anggun Berhad (KOHAB). Pihak koperasi akan tanggung dan uruskan semua kos pembelian rumah selain pinjaman rumah yang dibiayai oleh LPPSA.. Tujuan Koperasi sediakan kemudahan ini supaya tidak membebankan kakitangan kerajaan untuk membeli rumah.. Melalui skim zero deposit yang diperkenalkan oleh KOHAB, pembeli boleh beli rumah:-
  • tanpa mengeluarkan deposit (Zero Deposit)
  • Percuma yuran guaman
  • tanpa bayar booking fee (Zero Booking)
  • tanpa bayar lain-lain kos
  • Proses dokumen termasukkan matikan stamp semua diuruskan oleh pihak KOHAB tanpa sebarang bayaran. Cuma perlu sediakan dokumen sahaja.. selebihnya kami yang akan uruskan" Jawapan

Sumber:


"Encik Anuar kata tadi, salah satu cara dalam pelaburan hartanah ialah beli rumah sebaik sahaja selepas di sahkan jawatan. Tapi gaji penjawat awam kan masih Tak banyak pada masa tu. Jadi, macamana mereka nak beli rumah yang sesuai dengan citarasa mereka?" Soalan

"Ukur baju di badan sendiri. Beli rumah mengikut kemampuan terlebih dahulu sebagai pelaburan. Kemudian selepas 10 atau 15 tahun, boleh jual atau refinance rumah tu untuk membeli rumah yang lebih besar".. Jawapan

"Tapi encik Anuar, lepas dah jual rumah pertama boleh ke kalau Saya nak beli rumah yang lebih besar dengan menggunakan pinjaman LPPSA?" Soalan

"Boleh.. Pinjaman LPPSA boleh di buat kali kedua. Dengan syarat pinjaman rumah pertama telah selesai (tiada bayaran bulanan dalam slip gaji)" Jawapan


" Kalau macam tu, bolehlah Saya nak beli rumah lagi selepas ini?" Soalan

"Boleh.. sebenarnya ramai yang Tak tahu sebelum ni.. Termasuk juga diri saya sendiri. Tapi selepas menyertai Koperasi Hartanah, Alhamdulillah banyak ilmu baru yang Saya dapat. untuk rujukan boleh baca dalam pautan di bawah:Eh! Boleh Ke Nak Buat Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) Kali Ke 2? (Klik Di Sini)" Jawapan
..


Macamana Nak Beli Rumah Kalau Tak Ada Duit??

"Ramai penjawat awam Tak mampu beli rumah sebab lebihan gaji terlalu kecil. Ada Tak cara nak Bantu mereka beli rumah?" Soalan
"Ada. Boleh sertai kami sebagai ahli Koperasi Hartanah Anggun Berhad (KOHAB). Jadi Ahli Koperasi Hartanah ni untung. Lebih untung berbanding melabur dalam Amanah Hartanah Bumiputra (AHB). Dalam AHB, pelabur cuma park Duit sahaja sebagai pelaburan. Tiada peluang untuk belajar tentang ilmu hartanah. Tiada peluang juga untuk dapat komisyen dengan menjual rumah. Tapi di KOHAB, setiap ahli koperasi boleh menjadi pelabur, boleh menjadi ejen hartanah untuk dapatkan komisyen sehingga 5 angka (bergantung kepada projek), boleh jadi projek manager/share partner untuk membangunkan projek2 Hartanah di bawah KOHAB. Dan yang Paling best sekali, berpeluang untuk jadi Developer di bawah KOHAB. Berminat nak jadi Ahli KOHAB, boleh klik link di bawah http://www.wasap.my/+601138221589/Daftar+Ahli+KOHAB
Ada ahli KOHAB yang sebelum ni Tak mampu beli rumah disebabkan gaji kecil... Tapi Alhamdulillah, selepas mendaftar jadi ahli KOHAB Dan rajin datang ke kelas2 Hartanah yang KOHAB anjurkan secara Percuma pada setiap minggu.. Mereka dah mula berjaya buat sales. Bila dah buat sales dapat komisyen.. Boleh gunakan komisyen tu untuk bayar hutang-hutang jahat sehingga selesai... Lepas tu bila dah slip gaji cantik, dengan senang hati ahli KOHAB dapat beli rumah. Untuk rekod, Pada tahun lepas ada ahli KOHAB berjaya dapat komisyen lebih RM300 ribu. Kalau beli rumah teres satu tingkat di Teluk Intan pada masa tu dengan RM300 ribu, boleh dapat beli 2 buah rumah teres" Jawapan



"Boleh tak Saya nak tengok senarai rumah yang masih lagi available?. Nak buat survey dulu" Soalan

"Dipersilakan. Kami Ada 60 projek perumahan di seluruh Malaysia. Boleh tengok dalam list di bawah" Jawapan



Semoga sedikit perkongsian saya pada Kali ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia..

Pada Hari ini ramai orang berjaya mengubah keadaan ekonomi keluarga melalui hartanah.. Tapi ramai penjawat awam tersilap langkah dengan membeli kereta terlebih dahulu, buat personal loan, guna kad kredit macam guna cash, dan lain-lain jerat kewangan... Sebenarnya ini juga yang pernah berlaku kepada diri saya sendiri...

Jadi, sama-samalah kita bermuhasabah diri untuk membaiki semula keadaan ekonomi kita Dan keluarga kita..

Salam kesedaran


Perkongsian Ikhlas daripada saya


Muhamad Anuar Marsib
Ejen hartanah yang Dah tua baru nak sedar diri..



#Kesedaran_Memiliki_Rumah_Sendiri
#Sampai_Bila_Nak_Menyewa
#MampuBeli

#Setkan_Matlamat_Beli_Rumah_Sendiri



Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)