Eh! Boleh ke Nak Buat Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) Kali Ke 2?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rentetan daripada tiga post berkaitan hartanah yang telah saya tulis sebelum ini iaitu: 

(Sila klik dan baca ketiga-tiga post di atas terlebih dahulu untuk mendapatkan ilmu tentang hartanah.)

Dalam masa tak sampai 3 jam selepas post terakhir siap ditulis, ada seorang ejen baru KOHAB WhatsApp saya bertanyakan tentang Pinjaman LPPSA kali ke 2..


"Assalamualaikum Tn Anuar...saya *****.. ejen baru KOHAB..Saya nak tanya pasal LPPSA kali kedua.. macamana nak tau jumlah kelayakan ya? 1st loan dah settle smua"


Boleh ke Nak Buat Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) Kali Ke 2?
Boleh ke Nak Buat Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) Kali Ke 2?


Bila dapat soalan macam ni rasa Nerves pula nak jawab...
Tersalah jawab karang, kata aku pandai-pandai pula..

Eh! Boleh ke Nak Buat Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) Kali Ke 2?


Korang rasa boleh tak?


Kebetulan pula, saya baru sahaja selesai membaca ebook tuan Harith Faizal (Anak muda yang telah menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia disebabkan beliau celik ilmu kewangan dan hartanah)

https://hipsterhartanah.onpay.my/order/form/hh01tb/5
Sumber : Klik Di Sini

Saya cuba mencari jawapannya dalam "ebuku" tersebut.. Kot-kot terjumpa jawapan dan hujah yang lebih kukuh.. Untuk memberikan jawapan kepada yang bertanya..

Jawapannya...
Ya boleh buat pinjaman LPPSA kali kedua..
Tapi kena selesaikan dulu pinjaman LPPSA yang pertama...

Ini memang jawapan selamat daripada mana-mana sifu hartanah pun...

"Boleh mohon full loan?" Soalan Seterusnya yang ditanya..


Dan beberapa soalan lain yang turut ditanya..

Berpeluh Beb, saya nak jawab masa ni...
Belek punya belek ebook tuan Harith Faizal ni dari muka depan hingga ke muka belakang... Tapi tak jumpa juga jawapannya..


Cari pula rujukan-rujukan yang terdapat dalam Senarai Rujukan Hartanah dan Pengurusan Kewangan (Klik Di Sini)

.... namun belum juga ku temui jawapannya...


Lalu, saya pun mula mengoogle..

Dapatlah beberapa jawapan yang agak meyakinkan..
Tapi tak yakin 100% lagi masa ni...

Cuma, disebabkan brader ni WhatsApp saya pada hari Ahad, saya terpaksa bagi dulu jawapan yang saya dapat pada ketika itu.. 


Masa tu masih ada perasaan bersalah...
Sebab memberikan jawapan yang saya belum pasti 100% kebenarannya…

Jadi, nak sedapkan hati… Petang tadi saya dail nombor LPPSA..






Tutttt… Tuttt… Tutttt...
Terima kasih kerana menghubungi LPPSA..
Anda akan dilayan sebentar lagi… 
Sekarang anda berada di nombor giliran pemanggil yang ke 3...

Terus menunggu...

Tutttt… Tuttt… Tutttt...
Terima kasih kerana menghubungi LPPSA..
Anda akan dilayan sebentar lagi…
Sekarang anda berada di nombor giliran pemanggil yang ke 3...

Terus menunggu..

Tutttt… Tuttt… Tutttt...
Terima kasih kerana menghubungi LPPSA..
Anda akan dilayan sebentar lagi…
Sekarang anda berada di nombor giliran pemanggil yang ke 3...

Terus menunggu...

Tutttt… Tuttt… Tutttt...
Terima kasih kerana menghubungi LPPSA..
Anda akan dilayan sebentar lagi…
Sekarang anda berada di nombor giliran pemanggil yang ke 2...

Terus Menunggu..

Tutttt… Tuttt… Tutttt...
Terima kasih kerana menghubungi LPPSA..
Anda akan dilayan sebentar lagi…
Sekarang anda berada di nombor giliran yang ke 2...

..
..
Sehinggalah akhirnya...
Dapat juga saya berpeluang bercakap dengan pegawai LPPSA..
Perempuan pula tu… Alhamdulillah..

Adat kita berbual dalam telefon.. Biasanya lebih mudah kita berinteraksi jika berlainan jantina... Betul kan??

Siapa yang pernah menghubungi LPPSA melalui panggilan telefon tentu dah ada pengalaman ini...

Ada beberapa tapisan keselamatan yang perlu diberikan sebelum boleh dapat maklumat tentang Pinjaman LPPSA kali ke dua..

Antara soalan tapisan yang ditanya ialah;
  • No. Kad Pengenalan
  • Nama Penuh
  • Pernah beli rumah pertama?
  • Dekat mana lokasi pembelian rumah pertama?

Selepas semua maklumat ni diberikan dengan tepat, baru boleh "bersembang" tentang prosuder pembelian rumah menggunakan pinjaman LPPSA kali kedua.


Hasil maklumat yang saya perolehi melalui perbualan dengan pegawai LPPSA..


1. Syarat utama nak buat Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) kali Ke-2 ialah perlu selesaikan Pinjaman Perumahan Kali Pertama terlebih dahulu.

2. Sekiranya kedua-dua suami isteri bekerja di sektor kerajaan, kedua-dua suami isteri juga layak menggunakan pinjaman LPPSA kali ke dua dengan syarat kedua-dua Pinjaman Perumahan Kali Pertama telah selesai di bayar.

3. Pinjaman LPPSA kali ke 2 boleh diluluskan 100% mengikut harga rumah, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat seperti berikut:

  • Semak kelayakan pinjaman mengikut gaji terkini semasa hendak submit loan.
  • Tolak nilai pinjaman rumah pertama dengan kelayakan pinjaman terkini. Inilah jumlah maksimum kelayakan pinjaman perumahan anda
  • Bayaran bulanan pinjaman perumahan yang baru (Installment) tidak boleh melebihi separuh gaji pokok.

Sebagai contoh:



Sila Rujuk Jadual gaji anda seperti dua contoh di atas


Katakan anda membeli rumah pertama dengan menggunakan pinjaman LPPSA pada tahun 2010.

Pada ketika itu jumlah gaji + elaun tetap anda ialah RM2,300 dan anda layak membeli rumah berharga maksimum RM270,000.

Anda membeli rumah berharga RM200,000 dengan bayaran bulanan (Installment) sebanyak RM1,000
..
..

Selepas sepuluh tahun, anda jual rumah pertama sebab anda nak membeli rumah yang lebih besar untuk keselesaan keluarga. Anda berjaya menyelesaikan kesemua hutang pinjaman LPPSA untuk rumah pertama. Hasil jualan rumah pertama, katakan anda mempunyai lebihan cash money dalam akaun sebanyak RM150,000.

.. Pada tahun 2020, katakan jumlah gaji + elaun tetap anda berjumlah RM4,300.00.

Mengikut kelayakan maksimum Pinjaman LPPSA kali kedua anda ialah RM510,000.

Tapi, anda layak membuat pinjaman maksimum sebanyak RM310,000 sahaja! 

Formulanya begini:

Kelayakan pinjaman semasa - nilai Pinjaman LPPSA rumah pertama 
= Kelayakan LPPSA pinjaman kedua

RM510,000 - RM200,000 = RM310,000

Syarat seterusnya ialah instalment baru tidak boleh melebihi separuh gaji pokok.

Semak adakah bayaran bulanan (Instalment) RM310,000 tersebut melebihi separuh daripada gaji pokok terkini?.


Contoh:

Instalment untuk pinjaman rumah kedua RM310k = +-RM1550 sebulan

Jika kelayakan terkini RM510,000, maknanya gaji POKOK adalah RM3600++ (Anggaran).

Separuh daripada RM3,600 ialah RM1,800

Jadi, instalment bulanan sebanyak RM1,550 tersebut boleh diluluskan oleh LPPSA.

Untuk pengiraan yang lebih tepat, rujuk calculator pinjaman perumahan yang terdapat di laman web LPPSA (Klik Di Sini).

Tetapi harus juga diingat, faktor usia juga memainkan peranan dalam menentukan tempoh pinjaman.

Tempoh masa terakhir pinjaman yang dibenarkan ialah sehingga berumur 70 tahun sahaja!!.

Sekiranya anda memohon pinjaman LPPSA kali ke dua ketika berumur 50 tahun, tempoh masa pinjaman anda akan jadi maksimum 20 tahun sahaja. Tak boleh buat pinjaman sehingga 30 tahun!
Bila tempoh masa pinjaman semakin singkat, maka intsallment bulanan anda akan menjadi semakin besar.

Macamana nak selesaikan masalah tersebut?

Salah satu caranya ialah dengan menggunakan 'Cash money' yang anda perolehi hasil daripada penjualan rumah pertama.


Jadi, nasihat saya... 


Jika nak guna pinjaman LPPSA 2 kali, sila rancang nilai pinjaman untuk pembelian rumah pertama. Jika anda telah menggunakan semaksimum mungkin kelayakan semasa pembelian rumah pertama, berkemungkinan besar tidak banyak kelayakan nilai pinjaman yang tinggal untuk membeli rumah kedua. 

Sebab tu anda perlu bijak merancang!

Sekiranya anda ingin menjadi seorang pelabur hartanah yang genius, saya sangat rekemenkan anda membaca rujukan terkini pelaburan hartanah.

Antara rujukan yang boleh saya cadangkan ialah 
-> http://hipsterhartanah.com


Serius! Sebagai seorang penjawat awam, anda juga layak untuk memiliki lebih daripada 2 buah rumah dengan menggunakan strategi yang dikongsikan oleh anak muda ini..


Selamat membaca dan selamat beramal..