Tips Beli Rumah Tanpa Modal (Khusus Untuk Kakitangan Kerajaan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebelum ni ada yang bertanya...

"Betul ke Encik, kakitangan kerajaan Boleh beli rumah tanpa modal?"

"Betul!" Saya jawab secara sepontan...

"Cer citer sikit macamana caranya? Teman teringin sangat nak tahu" Tanyanya lagi..

Dalam hati saya dah mula keluar loghat peraknya dah... hehehe


Antara jenis rumah yang sesuai untuk kakitangan kerajaan beli rumah tanpa modal ialah rumah di bawah harga RM200K 




Oklah… Disebabkan ramai yang berminat nak tahu, bagaimana cara beli rumah tanpa modal untuk kakitangan kerajaan… Jadi saya perlu tulis satu post khas berkaitan dengan Topik ini...

Untuk kakitangan swasta, anda tak perlu risau… Ramai sifu hartanah di luar sana dah pun kongsikan bagaimana beli rumah tanpa modal untuk kakitangan swasta..

Sekiranya anda berminat nak tahu, anda boleh klik link di bawah
-> Senarai Rujukan Homestay, Hartanah dan Pengurusan Kewangan (Klik Di Sini)

Sila klik link di atas, khususnya untuk kakitangan swasta. Saya kongsikan dalam post ini khusus untuk kakitangan kerajaan sahaja.. Sebab jarang sifu-sifu hartanah menulis tips hartanah khusus untuk penjawat awam. Mereka (sifu hartanah) lebih selesa tulis secara general berdasarkan pengalaman peribadi mereka sendiri, yang kebanyakannya bukan penjawat awam.




Tips Beli Rumah Tanpa Modal (Khusus Untuk Kakitangan Kerajaan)




1) Membeli rumah melalui LPPSA

Sekarang ni ada bermacam-macam skim pembiayaan pembelian rumah yang ditawarkan untuk kakitangan kerajaan. Termasuk juga pihak bank, mula menawarkan pelbagai inisiatif untuk kakitangan kerajaan. Banyak bank mensasarkan kakitangan kerajaan disebabkan kerja yang stabil (setiap tahun ada kenaikan gaji yang tak pernah miss), majikan yang stabil, dan pembayaran gaji 'on time' mengikut jadual.

Tapi, dalam banyak-banyak tawaran pinjaman perumahan yang disediakan oleh institusi kewangan (bank) kepada penjawat awam, setakat ini masih belum dapat menandingi kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Klik Di Sini).

Pinjaman LPPSA is number one setakat ini untuk kakitangan kerajaan disebabkan 
  • Interest yang rendah (4.0 % sahaja)
  • Pinjaman 100% mengikut harga rumah
  • LPPSA cover semua bayaran progress work kepada pemaju tanpa kenakan charge tersebut kepada pembeli
  • Tempoh pembayaran semula pembiayaan sehingga 35 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2019)
  • Penolakan bayaran bulanan rumah melalui potongan gaji selepas pembeli dapat kunci (selepas rumah siap)
  • Tidak perlu rekod CCRIS dan CTOS semasa memohon pinjaman rumah LPPSA
  • Syarat kelayakan yang tinggi untuk pembelian rumah.


Syarat kelayakan yang tinggi untuk pembelian rumah 




Sebagai seorang penjawat awam, sebaiknya anda gunakanlah kemudahan pinjaman yang disediakan oleh LPPSA. Rugi sekiranya anda tidak menggunakan kemudahan ini!!


2) Membeli rumah melalui Skim Zero Deposit di bawah Koperasi Hartanah Anggun Berhad (KOHAB)

Jika anda membeli rumah di luar sana, termasuk membeli rumah dengan pihak pemaju sendiri anda tetap masih perlu mengeluarkan kos seperti:
  • Booking Fee (biasa RM500 hingga RM1000 bergantung kepada pihak yang menjual rumah)- Bila dah bayar booking fee kemudian kita cancel begitu sahaja setelah peguam menyiapkan dokumen SPA, Duit tersebut akan 'burn' begitu sahaja. Dah rugi kepada pembeli! 
  • Deposit Rumah (Sekiranya pinjaman Bank, pembeli perlu menyediakan deposit sebanyak 10% daripada harga rumah)
  • Yuran guaman (bergantung kepada pihak yang menguruskan pembelian rumah anda)
  • dan lain-lain kos

Disebabkan perkara-perkara ini, orang akan kata...

"Mane ade kakitangan kerajaan boleh beli rumah tanpa modal?... 
"Aje ngecek bebenor mike ni.... Iiieee!! Tak sior teman nak layan kome ni.."
"Ngecek aje"

Hahahaha....

Ya betul!!
Memang tidak dinafikan semua tu kena bayar...

TAPI!!
Semua tu akan jadi percuma dengan pembelian rumah melalui Skim Zero Deposit yang diperkenalkan oleh pihak Koperasi Hartanah Anggun Berhad (KOHAB)

Pihak koperasi akan tanggung dan uruskan semua kos di atas supaya tidak membebankan kakitangan kerajaan untuk membeli rumah..

Melalui skim zero deposit yang diperkenalkan oleh KOHAB, pembeli boleh beli rumah:
  • tanpa mengeluarkan deposit (Zero Deposit)
  • Percuma yuran guaman
  • tanpa bayar booking fee (Zero Booking)
  • tanpa bayar lain-lain kos
  • Proses dokumen termasukkan matikan stamp semua diuruskan oleh pihak KOHAB tanpa sebarang bayaran.

Sebelum ni saya pun masih tak nampak apa kelebihan yang pihak KOHAB tawarkan, sehingga berebut orang nak beli rumah melalui KOHAB..

Kenapa mereka tak beli rumah dengan pihak lain?
Kenapa ramai orang yang membeli rumah dengan Kohab?

Akhirnya saya telah pun menemui jawapannya berdasarkan pengalaman saya sendiri... Berpunca nak tolong pembeli dapatkan rumah yang dihajati, lalu saya berurusan direct dengan pemaju disebabkan rumah yang pihak KOHAB jual semua dah Sold Out... Rumah yang tinggal untuk projek tu cuma ada baki unit milik pemaju sahaja...

Jadi, masa tu saya jadi orang tengah di antara pembeli dengan pemaju...

Pembeli nak rumah, tapi tak nak beli dengan pemaju disebabkan pemaju tidak menawarkan skim zero deposit...

Di pihak KOHAB pula, kami tawarkan skim Zero deposit tapi kami tak ada unit rumah yang available untuk dijual....

Oklah... Saya tak nak menulis panjang lebar berkaitan kisah ini...

Kalau anda nak tahu kisah sebenar, anda boleh baca sendiri di link ini

Bila anda baca kisah di atas, baru anda tahu kenapa ramai pembeli memilih untuk membeli rumah dengan KOHAB dan tidak membeli secara terus dengan pihak pemaju...

Sebab, membeli rumah dengan KOHAB 100% tanpa kos!!



3) Membeli rumah untuk tujuan pelaburan (Sewakan atau jadikan sebagai Homestay)

Dalam perkara pertama dan kedua telah saya jelaskan bagaimana anda beli rumah dengan kos percuma..

Sekarang saya akan menjawab soalan yang seterusnya...

"Habis kena bayor tiap-tiap bulan tu, Idokler percuma!!... Hmmm"

Dia punya Hmmm tu... Menusuk hingga ke kalbu.. 


Bang... Hari ni anda sign borang nak beli rumah, bukan "on the spot" hari ni terus tolak bayaran dalam slip gaji..



baca balik point nombor 1 di atas..
  • "Penolakan bayaran bulanan rumah melalui potongan gaji selepas pembeli dapat kunci (selepas rumah siap)"

Selepas dapat kunci (jangka 2 tahun) baru bayaran bulanan di tolak dari slip gaji anda. Dalam tempoh 2 tahun tu anda telah mendapat Dua kali kenaikan gaji tau!!.


Contoh kenaikan gaji tahunan bagi perkhidmatan pentadbiran dan sokongan
Contoh kenaikan gaji tahunan bagi kumpulan pengurusan dan profesional.

Saya ambil 2 contoh di atas merangkumi staf sokongan (kelayakan PMR, SPM, dan Diploma) dan kumpulan profesional (kelayakan Ijazah Sarjana muda, Sarjana dan PHD).

Setiap kakitangan kerajaan mempunyai kenaikan gaji setiap tahun. Jarang ada kakitangan kerajaan yang tak dapat naik gaji, melainkan tak datang kerja (ponteng) dalam tempoh masa yang lama tanpa sebab yang munasabah dan bos bagi penilaian SKT yang terlalu rendah.

Jadi, dalam tempoh 2 tahun katakan saya ambil purata kenaikan gaji RM150 setahun. Dua tahun dah ada kenaikan gaji sebanyak RM300. Pada ketika ini baru potongan pertama gaji anda bermula, selepas anda mendapat 2 kali kenaikan gaji.

Katakan anda membeli rumah berharga RM200,000, dengan potongan setiap bulan sebanyak RM1000...

Anda sewakan rumah tersebut pada kadar RM700 sebulan dan anda tampung baki lagi RM300 dengan kenaikan gaji anda sebanyak RM300 sebulan.... Selesai masalah...

Jadi, semasa anda isi borang pembelian rumah anda pada hari ini dah boleh nampak macamna nak selesaikan bayaran bulanan rumah tersebut tanpa perlu anda keluarkan duit yang anda ada sekarang... 

Dengan syarat, anda perlu bijak mengurus kewangan supaya dapat mengekalkan cara hidup anda sekarang untuk tempoh 2 tahun akan datang.

Selesai masalah bayaran bulanan untuk 2 tahun akan datang. Dan yang lebih menariknya rumah tersebut akan menjadi aset anda yang nilainya semakin meningkat pada setiap tahun

Katakan semasa anda mengisi borang membeli rumah, harga rumah tersebut ialah RM200,000. Dalam tempoh 2 tahun (walaupun rumah belum siap) harga rumah tersebut akan naik dalam lingkungan 8% setahun.

Pada ketika rumah tersebut siap, harga rumah kemungkinan dah naik menjadi RM232,000 

Seakan-akan anda telah mendapat keuntungan pelaburan sebanyak RM32,000 dengan Zero kos pelaburan

Cuba anda cari, mana ada pelaburan yang boleh memberi keuntungan seperti ini... Tanpa keluarkan sebarang kos, tiba-tiba dalam tempoh 2 tahun anda dah dapat keuntungan sebanyak RM32,000?


"Kalau Kome ada jumpa pelaburan yang lebih mengutungkan daripada ni, Kabo pada teman... Teman pun nak join sekali" Hah... Aku pun dah terkeluar logaht Perak sekali ni.. Hahaha


Berita gembira yang seterusnya, anda boleh naikkan kadar sewa rumah anda 2 tahun hingga 5 tahun sekali (mengikut keperluan anda).

Sekiranya anda membeli rumah berhampiran dengan istitusi pengajian tinggi, biasanya penyewa akan tinggal di rumah anda paling lama pun 4 tahun. 

Selepas penyewa sedia ada keluar rumah, biasanya pemilik rumah akan naikkan kadar sewa rumah.

Pada ketika ini "Masyuk" lagi, sebab bayaran ansuran perumahan sama sahaja anda bayar pada setiap tahun selama 35 tahun. 
Walaupun Sewa rumah anda naikkan! Tapi bayaran perumahan anda kepada LPPSA, tetap pada kadar yang sama!!. Takkan ada perubahan..
Untung ke untung??

Nampak tak kelebihannya di situ?

Situasi ini berbeza sekiranya anda membeli rumah berharga melebihi RM200,000...
Mungkin anda kena Topup juga lebihan bayaran bulanan rumah melalui duit gaji anda..

Dekat mana nak dapatkan rumah teres di bawah harga RM200,000?
--> Klik Sini Untuk dapatkan Rumah Teres di bawah harga RM200,000



Sebab tu penting, beli rumah lebih awal sementara umur masih muda. Sebaiknya beli rumah Sebelum usia 35 tahun, supaya berpeluang guna semaksimum mungkin kemudahan yang disediakan oleh pihak Kerajaan...

--> Baca Ni!! Rugi tak guna Loan LPPSA sebelum umur 35 tahun (Klik Di Sini)

Sebenarnya kalau nak lagi untung, jadikan rumah anda sebagai homestay. Dapat sewa secara harian..

Tapi, sebelum tu anda perlu ada ilmu terlebih dahulu!! jangan main hentam sahaja. Tersilap langkah anda akan menanggung kerugian yang besar!! 
-->> Dapatkan Ilmu tentang Homestay (Klik Di Sini)


Saya bercerita berdasarkan pengalaman peribadi saya yang pernah menguruskan 3 buah homestay dalam satu masa.

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang ketiga-tiga homestay yang pernah saya uruskan, boleh klik pada link di atas.

Tidak semua homestay yang saya senaraikan di atas tu memberikan keuntungan. Seperti biasa adat orang berniaga, Ada yang untung dan ada yang rugi.. 

Tempat pelaburan yang boleh memberikan keuntungan yang lumayan juga mempunyai kebarangkalian untuk menjadikan kita RUGI BESAR!!

Bak kata Orang Putih "High Risk, High Return!!"

Jadi, kalau takut dilambung ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai.

Tapi, disebabkan saya dah terlibat dalam bidang ini selama 10 tahun.. Saya perlu teruskan juga samada untung ataupun rugi. Sebenarnya kalau rugi pun cuma rugi atas kertas dalam bentuk aliran tunai. Tapi, tanpa saya sedari harga rumah-rumah ni terus meningkat naik. Untung yang tu, kita akan ambil kira di kemudian hari.

Baca perkongsian pengalaman Suka Duka saya terlibat dalam Bisnes Homestay selama 10 tahun.
->> Pengalaman 10 tahun dalam bisnes Homestay (Klik Di Sini)


4) Membeli rumah yang boleh dapat Rebate atau makup harga

Info ini merupakan sedikit info advance yang ingin saya kongsikan selain daripada 3 info utama di atas.

Info ini dikira bonus untuk orang yang bertanya...

"Encik Anuar, Encik ada Tips tak Macammana nak suruh bakal suami saya cepat kumpul duit supaya kami dapat lekas kahwin?" - Pelajar Perempuan

Ya! Itu tips yang pelajar perempuan ni minta daripada saya semasa di akhir semester pengajian beliau di politeknik. 

Pada masa tu saya bagi jawapan melalui pembacaan saya berdasarkan bahan-bahan rujukan yang terdapat dalam link ini (klik di sini).. 


Tapi tak tahulah samada dia ikut ke tak cadangan yang saya bagi tu... cuma yang pasti semasa hari Raya Aidilfitri 3 tahun lepas dia dah pun mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidupnya... Alhamdulillah...

Nasihat Saya Kepada Pelajar yang nak cepat Kahwin selepas menamatkan Pengajian
  1. Jangan Beli Kereta atau Motor terlebih dahulu
  2. Gunakan sahaja pengangkutan awam atau guna sahaja motor yang anda gunakan semasa belajar (Ramai pelajar ada motor semasa belajar di IPT)
  3. Tumpang rumah keluarga atau sewa rumah termurah (nak jimat sewa rumah dengan kawan-kawan bujang)
  4. Cuba kurangkan komitmen bulanan untuk sewa rumah.
  5. Elakkan buat aktiviti yang perlukan kos yang banyak supaya anda berpeluang untuk buat banyak simpanan daripada wang gaji anda
  6. Membeli rumah yang boleh dapat Rebate atau makup harga
Point yang ke 6 tu sangat penting!!

Sekiranya anda bekerja di sektor swasta, saya syorkan anda beli rumah Subsale dan 'kawtim' dengan tuan rumah, ejen dan peguam macamana nak sediakan 10% duit deposit dan 6% duit untuk perkhidmatan ejen (REN) dan peguam.

Bagi anda yang bekerja di sektor kerajaan, saya ada 'LIST Rahsia' rumah-rumah yang boleh anda dapat Rebate & Markup harga.


Projek List with Rebate & Markup:


1. Teres/semiD/banglo
Taman Koperat Putra, Besut Terengganu
- markup up to RM30k


2. Apartment
Apartment Samudera, Manjung, Perak
- markup up to RM40k


3. Teres setingkat/teres 2 tingkat
Taman Mahkota Aman, Kuantan Pahang
- Rm10k teres setingkat
- Rm20k teres 2tingkat



4. Teres setingkat
Taman Universiti, Tapah perak
- markup RM10k


5. Apartment
Seri Melaka Residensi, Melaka
- rebate rm30k (skim myHome)


6. Apartment 2 tingkat
Prima Soho Sri Iskandar, Perak
- cash back RM26k


7. Condominium
Condominium Acacia Sepang, Selangor
- **discount 10% non bumi
- **discount 15% bumi
**can claim cash back



8. Apartment
Apartment Salak Maju Sepang, Selangor
- rebate RM10k


9. Banglo
Taman Bukit Gedup Utama, Dungun Terengganu
- markup RM30k


10. Teres 2 tingkat/ semiD setingkat/ semiD 2tingkat/banglo
Taman Koperasi, Kemaman Terengganu
- markup RM30k


11. Teres 2 tingkat
Taman Tas Kuantan Pahang
- markup up to RM40k


12. Teres setingkat/2 tingkat
Taman Arowana Port Dickson Negeri Sembilan
- markup up to RM60k


13. Teres setingkat
Taman Mayong, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
-markup up to RM116k (bergantung pada kelayakan & PT unit)


Nak tahu berapa harga-harga rumah yang saya senaraikan di atas? 

Boleh Klik Link di bawah
Senarai Harga Rumah Yang Boleh Anda Miliki Di Bawah Koperasi Hartanah Anggun Berhad (Klik Di Sini)

Duit Rebate dan Markup tu anda akan dapat dalam bentuk cash!!
Nak buat apa Cash tu?


Gunakanlah duit tersebut dengan sebaiknya untuk tujuan kebaikan seperti mendirikan rumah tangga, melabur dalam saham, modal berniaga, beli perabut untuk homestay, bayar hutang personal loan, bayar hutang kad kredit, renovate rumah untuk keselesaan dan keselamatan dan sebagainya.

Jangan pula dibuat joli duit tu!!!

Gunakan duit tu kepada perkara-perkara yang berfaedah ok!!

Saya rasa cukuplah sekadar itu perkongsian saya pada kali ini..

Sekali lagi nasihat saya kepada yang belum membeli rumah, eloklah beli rumah pertama anda secepat mungkin..

Sekiranya perlukan bantuan saya untuk membeli rumah, boleh klik link whatsapp di bawah..

http://wasap.my/+601138221589/Semak+Kelayakan

http://wasap.my/+601138221589/Semak+Kelayakan
http://wasap.my/+601138221589/Semak+Kelayakan


Tolong Whatsapp saya untuk tujuan beli rumah sahaja yer...
Jangan sesekali whatsaap saya untuk tujuan tambah orang rumah...
atau nak kahwin ker, Jangan whatsapp saya..
saya bukan Tok kadi!! Hahaha..

Kalau whatsapp saya untuk tujuan berkahwin, lebih baik korang daftar kursus kahwin dulu melalui link ini
->> Nak Daftar Kursus kahwin (klik Di Sini)

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)