Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah, Industri Homestay kembali rancak semula dalam seminggu dua ini. Ramai rakyat Malaysia sudah mula mencari homestay untuk pelbagai tujuan samada untuk bercuti bersama keluarga, melawat saudara mara, balik ke kampung, menghantar anak masuk ke IPT/IPTA/IPTS dan sebagainya.
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
Tentu ramai pengusaha homestay sudah mula menarik nafas lega, terutamanya bagi pemilik homestay yang dah lama tidak menerima penyewa (dalam tempoh lebih setahun kita berada dalam fasa PKP/PKPD/PKPB/PKPP).
Jadi, sementara ada rezeki melalui sewaan homestay sekarang ini, kita cubalah gunakan sebahagian daripada rezeki tersebut untuk mendalami ilmu berkaitan dengan pengurusan Homestay, strategi pemasaran dan pelaburan hartanah. Tak rugi pun kita melabur ke atas ilmu tersebut. In Shaa Allah, dengan ilmu yang diperolehi akan dapat membantu kita meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan kita, lebih-lebih lagi sekiranya ilmu tersebut diperolehi melalui pengalaman mereka yang telah berjaya.
Berikut kami kongsikan 10 Rujukan Berkaitan Dengan Homestay untuk Owner Homestay dan Bakal Penyewa Homestay.
1. Ebook Senarai Homestay di Malaysia
Ebook senarai Homestay Malaysia ini telah dilancarkan pada 16 September 2019 bersempena dengan Hari Malaysia. Tujuan ebook ini dihasilkan adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin homestay-homestay yang terdapat di seluruh Malaysia sebagai rujukan kepada mereka yang mencari homestay semasa kempen Tahun melawat Malaysia 2020.
Hasilnya, terdapat lebih 2000 senarai homestay berjaya dikumpulkan pada ketika itu dan telah diasingkan mengikut negeri dan daerah supaya dapat memudahkan orang ramai untuk mencari homestay di kawasan-kawasan tertentu.
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
Video : Awas! Scammer Homestay semakin berleluasa
Semoga anda dapat kongsikan post ini atau video ini supaya dapat memberi kesedaran kepada lebih ramai orang tentang kewujudan Scammer homestay yang semakin berleluasa pada ketika ini.
Satu "share" yang anda buat, kemungkinan akan dapat menyelamatkan 10 orang kenalan anda.
Kemudian, bila kenalan-kenalan anda kongsikan lagi post/video ini ia akan dapat menyelamatkan 100 orang kenalan anda. Begitulah seterusnya sehingga kesemua 32 juta rakyat Malaysia sedar dan tahu tentang kewujudan scammer-scammer homestay ini.
"Memerangi Scammer homestay adalah tanggungjawab kita bersama."
"Ebook Buat Duit dengan Rumah Tamu : Rahsia Jana 5 Angka dengan Hartanah Sublet" merupakan antara ebook terawal yang ditulis dalam Bahasa Melayu tentang cara buat bisnes rumah tamu (homestay) tanpa memiliki rumah (hartanah) sendiri.
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
Kisah kejayaan beliau dalam bisnes homestay telah mendapat liputan akhbar Sinar Harian sehingga beliau mendapat undangan dan jemputan untuk berkongsi kejayaan beliau dalam program-program keusahawanan di seluruh Malaysia termasuk di Institusi Pengajian Tinggi.
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
Ini berdasarkan beberapa real case study yang dikongsikan oleh penulis ebook ini (Tuan Shafie Bustan) yang berjaya membeli rumah lelong di Langkawi dan Port Dickson untuk dijadikan sebagai homestay:
- Modal Beli Hartanah Dan Buat Homestay Di Langkawi Tak Sampai RM11 Ribu
- Homestay di Ehsan Water Park : Harga Beli Cuma RM39 ribu, kadar sewa RM160 untuk 2 hari 1 malam.
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
Kebetulan pula selepas PKP ini, demand homestay yang ada swimming pool sangat tinggi. Dalam group-group homestay di facebook, kebanyakan orang mencari homestay yang ada swimming pool.
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
Kepada rakan-rakan pengusaha homestay yang berhajat untuk membina swimming pool di homestay anda, sangat sesuai untuk membaca panduan ini. Trend penyewa homestay sekarang ini nakkan homestay yang ada swimming pool.
Homestay yang tiada swimming pool akan menjadi pilihan yang kedua, selepas penyewa dah puas mencari dan tak dapat nak sewa homestay yang ada swimming pool. Jadi, kalau nakkan homestay anda menjadi pilihan pertama penuewa, memiliki swimming pool di homestay sendiri merupakan satu kelebihan.
![]() |
Sumber : Klik Di Sini |
Melalui Ebook ini, penulis ingin berkongsi Ilmu & Pengalaman sepanjang beliau terlibat mendapat keuntungan dalam pelaburan hartanah sehingga membolehkan beliau:
- Menyelesaikan hutang kereta (bernilai puluhan ribu) dalam masa 2 tahun.
- Berjaya meningkatkan pendapatan bulanan dari golongan M40 kepada golongan T20.
- Berjaya miliki wang simpanan "cash reserved" berjumlah 6 angka, dan berjaya membeli 2 buah hartanah dengan jumlah nilai lebih sejuta ringgit.
Saya rasa cukup setakat ini sahaja perkongsian saya tentang 10 Rujukan Berkaitan Dengan Homestay untuk Owner Homestay dan Bakal Penyewa Homestay. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Sekiranya info yang dikongsikan bermanfaat, boleh kongsikan kepada mereka yang memerlukan.
Sekian, terima kasih.
Info Berkaitan:
- Senarai Lebih 2000 Homestay Di Malaysia
- Homestay yang ada Swimming Pool menjadi pilihan utama Rakyat Malaysia semenjak dibenarkan merentas negeri....
- Homestay di Ehsan Water Park : Harga Beli Cuma RM39 ribu, kadar sewa RM160 untuk 2 hari 1 malam.
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- Kisah Inspirasi : Cara Smart Beli Rumah Lelong Berharga RM30K Tanpa Sebarang Loan untuk dijadikan sebagai homestay
- Rahsia Beli Tanah dan Jadikan Homestay di Atas Tanah Sendiri