Kisah Inspirasi : Cara Smart Beli Rumah Lelong Berharga RM30K Tanpa Sebarang Loan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dalam Post kali ini saya nak kongsikan satu kisah yang dapat memberi inspirasi, di mana sahabat saya tuan Shafie Bustan, berjaya membeli sebuah rumah lelong di Tiara Bay yang kini dikenali sebagai Ehsan Waterpark tanpa menggunakan sebarang loan. 


Jom kita baca, bagaimana cara beliau boleh beli rumah lelong dengan hanya menggunakan duit trade FCPO sahaja.


Tengoklah statement pelaburan beliau pada 24 Mac 2021, yang mana beliau berjaya mendapat keuntungan yang besar dan beliau withdraw duit tersebut tanpa berfikir panjang.


Beli rumah Lelong Dengan Menggunakan Keuntungan FCPO
Beli rumah Lelong Dengan Menggunakan Keuntungan FCPO, Sumber : Klik Di Sini

Kebetulan pada masa ini beliau ada ternampak listing rumah lelong di Tiara Bay yang kini dikenali sebagai Ehsan Waterpark. Harga rezab untuk rumah tu RM30,000. Bagi beliau memang murah sangat harga rumah tu untuk keluasan 414sqt. Beliau membuat keputusan untuk membeli rumah ni disebabkan tempat yang sangat strategik.


Lalu beliau Withdraw sedikit profit trade FCPO untuk sediakan deposit sebanyak 10% dari harga rezab. Jadi beliau withdraw RM4,000 dulu dah cukup untuk buat bank draft lelongan unit ini.


Withdraw sedikit profit trade FCPO sebanyak RM4,000 untuk sediakan deposit sebanyak 10% dari harga rezab.


Dalam kawasan rumah tersebut sahaja dah ada waterpark sendiri walaupun berbayar. Kalau orang penat dan nak cari homestay, boleh saja check in di sini. Bukan setakat itu sahaja, kawasan ini terletak dalam 10 minit untuk pergi ke Pantai Blue Lagoon dan Pantai Telok Kemang. Memang tempat ini adalah tumpuan dan tarikan pelancong luar dan dalam negara.


EHSAN WATERPARK Port Dickson yang dahulu dikenali sebagai Tiara Bay kini berwajah baru
EHSAN WATERPARK Port Dickson yang dahulu dikenali sebagai Tiara Bay kini berwajah baru


Security di sini memang terjamin. Sangat okay dengan harga yang beliau menang
Security di sini memang terjamin. Sangat okay dengan harga yang beliau menang, Sumber : https://ezy.la/RumahLelong


Taman permainan untuk kanak-kanak sementara menunggu ibu bapa boleh membeli makanan di gerai-gerai yang disediakan
Taman permainan untuk kanak-kanak sementara menunggu ibu bapa boleh membeli makanan di gerai-gerai yang disediakan


Kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Kolam ni untuk kanak-kanak rasai sendiri laluan air yang agak mencabar
Kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Kolam ni untuk kanak-kanak rasai sendiri laluan air yang agak mencabar


Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai permainan yang menarik disediakan dan ada juga maskot-maskot untuk menghiburkan anak-anak. Fuhh bukan biasa-biasa.


Maskot yang sedang menghiburkan anak-anak di Tiara Bay yang kini dikenali sebagai Ehsan Waterpark
Maskot yang sedang menghiburkan anak-anak di Tiara Bay yang kini dikenali sebagai Ehsan Waterpark


Disebabkan terlalu banyak kemudahan yang disediakan dan tempat pula sangat strtegik, tuan Shafie Bustan pun mengambil keputusan untuk sertai lelongan ini. Harga rezab untuk rumah ni adalah RM30,000.00. Jadi beliau pun guna duit yang dah withdraw sebagai deposit 10% bersamaan dengan RM3,000.00. 


Baki selebihnya iaitu RM1,000.00 digunakan untuk beli barangan keperluan. Duit dapat, rumah pun In Sha Allah dapat.


Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T kemenangan berpihak kepada beliau. Beliau membida dengan harga yang sangat murah dan penambahan harga hanya dalam RM9,000.00 sahaja. 


Beliau berjaya memenangi lelongan tersebut pada harga RM39,000.


Kontrak rumah lelong yang berjaya di menangi bertarikh 10 April 2021 pada harga RM39,000


Selepas di tolak dengan wang deposit RM3,000, wang yang perlu ditambah untuk membeli rumah ini lebih kurang RM36,000.00. 


Beliau dah plan nak beli rumah lelong ini dengan cash dan menggunakan duit dari hasil keuntungan trade FCPO. Jadi beliau kena buat kiraan dari hari beliau menang lelong. Biasanya pihak pelelong bagi tempoh 120 hari untuk selesaikan bayaran keseluruhan harga rumah semasa menang lelong.


Jadi, jom tengok macam mana beliau nak tambahkan pendapatan untuk bayaran rumah lelong ni dengan menggunakan hasil keuntungan daripada trading ini.

Tanpa buat sebarang pinjaman/loan.


Dalam POS rumah lelong ada disenaraikan syarat-syarat belian rumah dan untuk rumah ni, bayaran kepada pihak bank perlu diselesaikan dalam masa 120 hari (lebih kurang 4 bulan). 


Jadi dengan usaha, keyakinan dan komitmen, perjuangan harus diteruskan. Cergas!


JOURNEY 120 HARI


Pengiraan yang beliau lakukan ini mudah sebenarnya.


Jumlah yang diperlukan = RM36,000.00


Hari yang boleh trade dalam masa 120 hari = 90 hari


  36,000     =   RM400.00 sehari

-----------

   90


Dalam masa sehari beliau  memerlukan lebih kurang RM400.00 keuntungan melalui trade FCPO.


Kalau dibahagikan kepada RM25 yang berasamaan dengan 1 point, beliau hanya perlukan keuntungan dalam 16 point untuk setiap lot. 


Bukan kerja mudah dan bukan juga kerja susah bagi beliau. Cuma beliau perlu berikan komitmen pada setiap hari untuk tengok chart selalu.

Usaha Trade sehingga berjaya untuk dapatkan hasil RM36,000 dalam tempoh 120 hari.


Itulah ultimate sasaran beliau yang sebenar.


Kuasai LONG TERM & SHORT TERM INVESTMENT !!!


  • LORG TERM INVESTMENT - Pelaburan Hartanah
  • SHORT TERM INVESTMENT - Pelaburan FCPO atau Saham


Rumah lelong yang dibeli ini boleh dijadikan sebagai sebuah homestay, berikutan lengkap dengan segala kemudahan yang ada.

Pasti ramai yang berminat nak menyewa homestay ini, bila tamat PKP nanti.

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada kita, terutamanya kepada mereka yang masih lagi belum membeli rumah


Kerajaan dah bagi bermacam-bermacam insentif semenjak PKP1.0 pada 18 Mac 2020, Apa yang Berlaku kepada wang tersebut?

Kalau dikumpulkan duit-duit intensif yang pihak kerajaan dah bagi semenjak PKP1.0, saya rasa setiap daripada kita tentu dah ada cash sebanyak RM10,000 dalam tangan.


Ialah dengan bantuan-bantuan untuk "makcik kiah" lagi, duit Moratorium lagi, pengeluaran wang KWSP lagi, dan lain-lain.


Bagi mereka yang ada ilmu pengurusan wang dan pelaburan seperti tuan Shafie Bustan, duit tersebut tentu dah berganda nilainya.


Bagi mereka yang tiada ilmu pengurusan wang dan pelaburan, duit tersebut tentu dah habis begitu sahaja.


Sebagai contoh, boleh tengok jadual kenaikan harga minyak sawit mentah dalam jadual di bawah. Di Saat ramai orang marah disebabkan harga minyak sawit naik harga, ada orang buat duit senyap-senyap dengan  trade dalam FCPO. 


Harga Minyak Sawit Mentah Sepanjang Tahun 2021, Sumber : Klik Di Sini




ALTERNATIF PELABURAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA TABUNG HAJI DAN ASB

Tahun 2020 menyaksikan penurunan agihan keuntungan Tabung Haji dan ASB.
Pulangan Pelaburan ASB dan Tabung Haji Bagi Tahun 2020
Pulangan Pelaburan ASB dan Tabung Haji Bagi Tahun 2020
 
Bertahun-tahun kita meletakkan simpanan kita dalam platform pelaburan yang memberi dividen dan keuntungan setahun sekali sahaja iaitu Tabung Haji dan ASB.

Bila ekonomi terjejas, dividen ASB turun, dividen tabung haji turun. Sedangkan mereka yang ada ilmu dalam pengurusan kewangan dan pelaburan tahu nak "park" duit dekat mana supaya dapat memberikan keuntungan berpuluh kali ganda kepada mereka.


Perbandingan Pulangan Pelaburan ASB, Tabung Haji Dan Saham
Perbandingan Pulangan Pelaburan ASB, Tabung Haji Dan Saham
 
Masih melakukan pelaburan yang sama. Cuma bezanya keuntungan secara mingguan berbanding tahunan. Setahun ada 52 minggu. Kita boleh dapat pulangan 52 kali dalam tempoh setahun berbanding sekali dalam setahun. Mana yang lebih baik?

Dalam panduan pelaburan Saham yang ditulis oleh Abang Ensem, nak melabur dalam saham tak perlu jadi tamak. Beli beberapa saham (berdasarkan kriteria yang diajar). Kemudian bila saham-saham tersebut telah mencapai keuntungan 6%. Jual! -> https://ezy.la/SahamAbangEnsem

Kemudian ulang lagi proses yang sama. Dapat hasil jualan saham, beli lagi kaunter lain mengikut kriteria yang diajar. bila saham-saham tersebut telah mencapai keuntungan 6%. Jual! -> https://ezy.la/SahamAbangEnsem

Pelaburan Saham Mingguan selama 52 minggu (setahun)
Pelaburan Saham Mingguan selama 52 minggu (setahun)
Pelaburan Saham Mingguan selama 52 minggu (setahun)

Ulang lagi proses yang sama pada setiap minggu sehingga cukup 52 minggu (setahun). Rekod setiap transaksi jual beli saham untuk kita melihat hasil pulangannya dalam tempoh setahun. -> https://ezy.la/SahamAbangEnsem

Berdasarkan result student-student Abang Ensem semenjak PKP1.0 hingga sekarang. Pulangan melalui pelaburan saham dengan mensasarkan keuntungan 6% seminggu telah memberikan keuntungan melebihi 300% setahun. 

Mulai sekarang cubalah ikhtiarkan teknik ini dalam salah satu portfolio pelaburan kita. Tak salah pun kalau kita mencuba sesuatu yang lebih baik berbanding sebelum ini. 

Itu tekni yang dipraktikkan oleh Abang Ensem.
Tapi, ada setengah orang dapatkan keuntungan secara bulanan seperti dalam contoh di bawah.

CONTOH KEUNTUNGAN BULANAN DALAM PELABURAN SAHAM

10 Saham patuh syariah Paling Untung Bulan Mei 2021
10 Saham patuh syariah Paling Untung Bulan Mei 2021, Sumber : Klik Di Sini

Sebagai contoh, anda mempunyai modal sebanyak RM10,000.
Kemudian anda membeli 10 saham di atas pada 3 mei 2021 dengan pecahan seperti berikut:
  1. Sedania Innovator Bhd - RM0.26 X 4000 unit = RM1040.00
  2. Kumpulan Jetson Bhd - RM0.24 X 4000 unit = RM 960.00
  3. Privasia Technology Bhd - RM0.15 X 7000 unit = RM1050.00
  4. Pharmaniaga Bhd - RM3.38 X 300 unit = RM1014.00
  5. Amcorp Properties Bhd - RM0.51 X 2000 unit = RM1020.00
  6. Tanco Holdings Bhd - RM0.085 X 11000 unit = RM 935.00
  7. Y&G Corporation Bhd - RM0.55 X 2000 unit = RM1100.00
  8. Progressive Impact Corporation Bhd - RM0.135 X 6000 unit = RM810.00
  9. Saudee Group Bhd - RM0.185 X 5000 unit = RM925.00
  10. Systech Bhd - RM0.22 X 5000 unit   = RM1100.00
-----------------
JUMLAH RM9,954.00
------------------

Kemudian saham-saham ini dijual semula pada 31 Mei 2021. Jom kita lihat berapa keuntungan yang diperolehi.
  1. Sedania Innovator Bhd - RM1.38 X 4000 unit = RM5520.00
  2. Kumpulan Jetson Bhd - RM0.58 X 4000 unit = RM2320.00
  3. Privasia Technology Bhd - RM0.30 X 7000 unit = RM2100.00
  4. Pharmaniaga Bhd - RM6.57 X 300 unit = RM1971.00
  5. Amcorp Properties Bhd - RM0.89 X 2000 unit = RM1780.00
  6. Tanco Holdings Bhd - RM0.145 X 11000 unit = RM1595.00
  7. Y&G Corporation Bhd - RM0.93 X 2000 unit = RM1860.00
  8. Progressive Impact Corporation Bhd - RM0.19 X 6000 unit = RM1140.00
  9. Saudee Group Bhd - RM0.26 X 5000 unit = RM1300.00
  10. Systech Bhd - RM0.305 X 5000 unit   = RM1525.00
-----------------
JUMLAH RM21,111.00
------------------

Berdasarkan contoh di atas, sekiranya semua saham yang kita pilih boleh memberika keuntungan. Dalam masa satu bulan sahaja, kita boleh menggandakan wang kita.

Dalam contoh di atas, dengan modal RM10,000 kita beli 10 kaunter saham dengan peruntukan RM1,000 untuk setiap kaunter saham. Hasilnya dengan modal RM10,000 dapat digandakan jadi RM21,111.00 (Untung 111%) dalam tempoh satu bulan sahaja.

Ini antara kelebihan pelaburan saham dan FCPO berbanding pelaburan dalam ASB atau Tabung Haji yang mana dividen dan keuntungan cuma dinikmati setahun sekali sahaja.

Sedangkan dalam pelaburan saham keuntungan boleh dinikmati samada 2 hari sekali, seminggu sekali, sebulan sekali, dan sebagainya bergantung kepada matlamat pelaburan kita.

Dalam pelaburan saham, sama juga dalam pelaburan FCPO. Kalau ada ilmu tak mustahil boleh Beli Rumah Lelong Berharga RM30K Tanpa Sebarang Loan

Sekiranya perlukan ilmu-ilmu pelaburan, boleh belajar dengan individu-individu berikut:

Semakin lambat kita belajar daripada mereka, selagi itu kita akan sentiasa berada dalam keadaan ekonomi yang sedang kita lalui sekarang. Kalau nak berjaya memperbaiki keadaan ekonomi kita, tiada pilihan lain ialah dengan mencari ilmu.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga info-info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua…

In Shaa Allah...


Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)