Rahsia Penulis Buku Travel Capai Jualan RM1 Juta Semasa PKP..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Syukur Alhamdulillah... Malam tadi berkesempatan mendengar satu perkongsian daripada seorang penulis buku travel tuan Ahmad Isa atau juga dikenali sebagai tuan Ahmad BMI.


Untuk makluman, nama sebenar beliau ialah Ahmad. Isa merupakan nama ayah beliau, manakala Ahmad BMI merupakan gambungan nama beliau dan ayah beliau yang disingkatkan. 

Rahsia Penulis Buku Travel Capai Jualan RM1 Juta Semasa PKP
Rahsia Penulis Buku Travel Capai Jualan RM1 Juta Semasa PKP, Sumber : Ahmad Isa

Ok.. Berbalik semula kepada Rahsia bagaimana Penulis Buku Travel bertajuk Ustazah Basikal Capai Jualan RM1 Juta Semasa PKP?

Jual buku jer pun boleh capai jualan RM1 juta.  Waktu PKP Pulak tu..

Bukan ada banyak buku!, cuma ada satu buku sahaja untuk membolehkan beliau menghasilkan jualan sebanyak itu bermula daripada beliau membuat preoder pada bulan Julai 2019 sehingga awal bulan Mac 2021. Dalam tempoh 20 bulan.

Real Case Study Hasil Jualan Yang diperolehi setakat ini
Real Case Study Hasil Jualan Yang diperolehi setakat ini, Sumber : Ahmad Isa

Jualan keseluruhan setakat ini dari Bulan Julai 2019 sehingga awal Jun 2021 dah hampir RM1.5 juta. 

Tentu ramai yang berminat nak tahu, Apa Rahsia kejayaan beliau sehingga berjaya menghasilkan jualan sebanyak itu semasa PKP??


Pertama : Perlu ada impian dan tulis impian tersebut.


Perlu ada impian dan tulis impian tersebut
Perlu ada impian dan tulis impian tersebut, Sumber : Ahmad Isa


Impian Tuan Ahmad BMI ialah untuk mendapatkan RM1 juta pertama pada bulan Disember 2018. Tapi tak berjaya pada masa itu, dan Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T impian beliau untuk mendapat RM1 juta pertama dimakbulkan pada bulan Mac 2021. Lewat 2 tahun 3 bulan daripada impian asal.


Menurut satu kajian di barat yang dilakukan kepada 3 kumpulan pelajar yang telah tamat pengajian daripada Universiti:

  1. Kumpulan pertama : Tiada Impian
  2. Kumpulan kedua : Ada Impian tapi tak tulis impian tersebut
  3. Kumpulan ketiga : Ada Impian dan Tulis Impian tersebut pada sebuah buku/kertas


Hasil kajian tersebut mendapati:

  • Kumpulan Tiada Impian - Tiada sebarang impian yang dapat dicapai.
  • Kumpulan Ada impian tapi tak tulis impian - Berjaya capai impian dalam tempoh 10 tahun
  • Kumpulan Ada impian dan tulis Impian - Berjaya capai impian dalam masa 2 hingga 3 tahun


Tuan Ahmad BMI kongsikan tips kejayaan ialah tulis 10 impian bersekali dengan harga.

Tulis impian secara detail bila nak capai dan nilai impian yang kita nak capai.

Sekiranya impian kita tak berjaya capai dalam tempoh yang ditetapkan, kita tengok balik progress kita samada kita masih berada pada track yang betul?

Kalau kita masih berada dalam track yang betul. Teruskan!

Sebagai contoh semasa Tuan Ahmad BMI dan ustazah Adila mengayuh basikal nak pergi ke Mekah. Dalam perjalanan yang sangat jauh, mereka pernah terjatuh dari basikal. Ustazah Adila pernah sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Walaupun terdapat pelbagai dugaan besar yang mereka hadapi, tapi mereka sentiasa bermuhasabah diri. Adakah perjalanan mereka pada ketika iti masih menuju ke Mekah??


Jawapannya YA!!


Ini bermakna mereka masih berada dalam landasan yang betul untuk capai impian tersebut. Impian ke Mekah!


Impian itu adalah sebagai pembakar semangat kepada kita setiap kali kita rasa Down. Bila kita tahu apa matlamat kita? Dan matlamat tersebut jelas untuk kita capai, kita akan usaha juga untuk mencapai matlamat tersebut.


Kedua : Bayar Zakat Terlebih Dahulu Pada Awal Bulan Ikut Sasaran Jualan Yang Kita Nak Capai



Bayar Zakat terlebih dahulu pada awal bulan mengikut sasaran jualan yang kita nak capai pada bulan tersebut, Sumber : Ahmad Isa


Bayar Zakat terlebih dahulu ikut sasaran jualan yang kita hajatkan pada bulan tersebut.. 

Contohnya beliau sasarkan jualan sebanyak RM10 ribu pada bulan tersebut. Jadi, untuk capai jualan sebanyak RM10 ribu, Tuan Ahmad BMI bayar zakat dulu 2.5% iaitu sebanyak RM250.

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T pada bulan tersebut beliau beliau berjaya mendapat jualan sebanyak RM11,000. Allah maha pemurah bagi lebih RM1,000 daripada apa yang dihajatkan.


Pada bulan depannya pula, beliau sasarkan nak buat jualan sebanyak RM20,000. Jadi, bayar bayar zakat 2.5% sebanyak RM500 pada awal bulan.


Sekiranya tak berjaya capai sasaran jualan pada bulan tersebut, beliau akan bawa bawa sasaran jualan ke bulan depan pula.


Pada bulan depan, sekali lagi beliau bayar bayar zakat 2.5% sebanyak RM500 pada awal bulan. Dan sekiranya beliau berjaya capai jualan sebanyak RM20,000 seperti yang disasarkan, beliau akan naikkan lagi sasaran jualan pada bulan berikutnya termasuk menaikkan nilai bayaran zakat pada bulan berikutnya.


Begitulah seterusnya apa yang dilakukan oleh Tuan Ahmad BMI, sehingga berjaya mencapai jualan RM80,000 pada bulan Disember 2020. Dan seterusnya meningkat lagi pada tahun 2021.


Ketiga : Tahu Flow/Strategi Untuk Menghasilkan Jualan


Nak berjaya dalam perniagaan kena ada ilmu.

Kena tahu strategi untuk menghasilkan jualan.


Tahu Flow/Strategi Untuk Menghasilkan Jualan
Tahu Flow/Strategi Untuk Menghasilkan Jualan, Sumber : Ahmad Isa


Teknik yang beliau lakukan simple sahaja:

  1. Ada produk - kena ada produk yang kita nak jual
  2. Distribute - Memasarkan produk samada menggunakan sistem atau ejen
  3. Collect Money - Dapatkan wang daripada pelanggan.


Menjual produk sama dengan perkahwinan.. Iaitu perlu melalui proses ini untuk menghasilkan jualan yang banyak dan berterusan.

  • Nampak
  • Kenal
  • Suka
  • Percaya
  • Kahwin/Beli


Di luar sana ada ramai stranger iaitu orang yang tak kenal kita dan tak kenal produk kita.

Kalau market kita di Malaysia, ada 32 juta stranger iaitu populasi rakyat Malaysia.

Daripada 32 juta stranger ini, bagaimana untuk membolehkan mereka mengenali kita dan mengenali produk kita?

Nak kenal kita, kena bagi mereka nampak kita. (Dapatkan trafik)

Caranya ialah dengan membuat copywriting atau buat buat samada secara live ataupun tidak di Youtube dan di facebook.  

Bila (trafik) dah kenal kita, perlu wujudkan perasaan suka mereka kepada kita. Nak bagi mereka suka kena wujudkan lebih banyak perkongsian.

Bagi hadiah percuma kepada mereka supaya kita boleh dapatkan nombor telefon atau email mereka. Ini hanya boleh berlaku di level percaya. Bila mereka percaya pada kita, baru mereka sudi nak bagi email dan nombor telefon. 

Customer perlu ambil masa untuk capai proses percaya.

Jangan jumpa jer "bakal Customer" terus nak menjual... keadaan ini akan menyebabkan "bakal customer" rasa tak selesa dan akan cuba mengelak atau menjauhkan diri daripada kita.


Bila mereka dah kenal dan percaya baru minta nombor telefon atau email (leads) daripada mereka. Masih belum lagi boleh menjual.


Selepas bakal customer (prospect) dah masuk dalam satu kolam, kena rajin belai mereka. Berikan lebih banyak info tentang produk kita kepada mereka. Lepas tu baru lah boleh luahkan perasaan kita atau hajat kita kepada mereka... Iaitu cara untuk dapatkan produk kita atau dengan kata lain menjual.


Nampak! panjang prosesnya sebelum boleh menjual.


Jangan menjual! Mejual! dan menjual!

Asal jumpa sahaja terus menjual tanpa wujudkan kepercayaan kepada mereka.


Keempat: Tahu harga Produk dan Bilangan produk Yang Kita Kena Jual Untuk menghasilkan RM1 Juta.


Untuk mendapatkan RM1 juta ringgit yang pertama perlu tahu harga produk yang kita jual dan bilangan produk yang perlu kita jual untuk capai RM1 juta tersebut.


Kalau kita jual produk yang murah contohnya RM1, kita perlu menjual dalam kuantiti yang besar iaitu 1,000,000 unit untuk dapat mengumpul RM1,000,000.


Kalau kita jual produk berharga RM10, kita perlu menjual dalam sebanyak 100,000 unit untuk dapat mengumpul RM1,000,000 yang pertama


Kalau kita jual produk yang mahal contohnya RM1,000,000, kita cuma perlu menjual 1 unit sahaja untuk dapat mengumpul RM1,000,000 yang pertama.


Begitulah seterusnya.

Anda boleh bermain dengan harga dan volume untuk capai RM1,000,000 yang pertama.


Tahu harga Produk dan Bilangan produk Yang Kita Kena Jual Untuk menghasilkan RM1 Juta
Tahu harga Produk dan Bilangan produk Yang Kita Kena Jual Untuk menghasilkan RM1 Juta, Sumber : Ahmad Isa

Contohnya, Harga satu Set Buku Ustazah Basikal RM181.00. Untuk capai RM1 juta yang pertama, beliau perlu menjual sebanyak 12,346 set.


Kalau nak capai RM1 juta pertama selama 3 tahun (36 bulan), bermaksud pada setiap bulan perlu menjual sekurang-kurangnya 343 set buku

Atau pada setiap minggu perlu menjual sebanyak 86 set buku.

Dan setiap hari perlu mensasarkan sekurang-kurangnya berjaya menjual 13 set buku.


15,000 naskah buku Ustazah Basikal telah terjual setakat ini
15,000 naskah buku Ustazah Basikal telah terjual setakat ini, Sumber : Ahmad Isa


Itu hanyalah sasaran yang perlu kita tetapkan untuk capai jualan sebanyak RM1 juta pertama dalam tempoh 3 tahun (36 bulan).


Tapi dengan izin Allah S.W.T, buku Ustazah Basikal berjaya mencapai Jualan RM1 Juta pertama semasa PKP dalam tempoh 20 bulan sahaja (12,346 set).

Dan sekarang buku ini telah terjual melebihi 15,000 naskah.


Kelima: Berkongsi Rezeki dengan Orang lain Supaya Jualan Dapat Berjalan Dengan lebih Cepat.


Dalam tempoh PKP ini ramai yang terjejas sumber pendapatan. Sehingga info terbaru menyatakan statistik penggangguran meningkat menjadi 1 juta orang. 


Jadi, untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan, Tuan Ahmad BMI  telah membuka peluang kepada ejen jualan buku Ustazah Basikal


Alhamdulillah.. Sambutannya sangat menggalakkan dimana lebih 300 orang berminat untuk menjadi ejen jualan buku tersebut. 



Syarat untuk menjadi ejen jualan mudah sahaja.

Anda perlu mendapatkan buku Ustazah Basikal terlebih dahulu, supaya anda tahu keseluruhan isi kandungan buku tersebut. 


Bila anda dah tahu keseluruhan isi kandungan buku tersebut, nanti senang anda nak ceritakan pada orang lain, supaya dapat menarik minat rakan-rakan dan kenalan anda untuk membeli.


Dapatkan buku di sini -> https://ezy.la/UstazahBasikal

Untuk menjadi ejen jualan buku Ustazah Basikal


Sedikit Info tentang buku Ustazah Basikal .

Basikal yang telah digunakan untuk merentasi 13 buah negara
Basikal yang telah digunakan untuk merentasi 13 buah negara


Dalam tempoh ber "Honeymoon" selama 15 bulan, Ustazah Adilah dan suaminya Ahmad BMI telah berjaya menjejakkan kaki ke 14 buah negara iaitu:

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ -
Malaysia ke Thailand, 1473km
๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ - Thailand ke Myanmar, 1360km
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ฒ - Myanmar ke India, 2991km
๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ - India ke Nepal
๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ต - Nepal ke India
๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ - India ke Pakistan
๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ฐ - Pakistan ke China
๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ - China ke Kyrgyzstan
๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฌ - Kyrgyzstan ke Kazakhstan, 1,618km
๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟ - Kazakhstan ke Uzbekistan, 1,587km
๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฟ - Uzbekistan ke Afghanistan
๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ซ - Afghanistan ke Iran
๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ท - Iran ke UAE, Dubai, 2,215km
๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ช - UAE, Dubai ke Arab Saudi, 1,022km
๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ - Arab Saudi ke Eropah


Sangat luar biasa! 
Kisah ini ternyata sangat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Teruatamanya dalam tempoh PKP ini, bila semua orang tak boleh nak pergi travel ke mana-mana.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar pemandangan menarik yang telah dikongsikan sepanjang pengembaraan mereka

Subhan Allah.. Cantiknya pemandangan ini..


Suami isteri menghadapi susah senang bersama sepanjang tempoh ber"honeymoon"
Suami isteri menghadapi susah senang bersama sepanjang tempoh ber"honeymoon"


Pengalaman Ustazah Adilah mengayuh basikal di Kaki Gunung Tertinggi di Dunia pastinya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan
Pengalaman Ustazah Adilah mengayuh basikal di Kaki Gunung Tertinggi di Dunia pastinya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan


Cabaran dan pengalaman mengayuh basikal di negara orang
Cabaran dan pengalaman mengayuh basikal di negara orang



Subhan Allah... Cantiknya kebesaran Allah S.W.T





Kesemua kisah dan pengalaman tersebut ada diceriatakan dalam novel bersiri bertajuk : Ustazah Basikal Nekad Ke Mekah (Klik Di Sini) 


Nak tahu dengan lebih mendalam tentang kisah perjalanan mereka, boleh klik pada gambar buku di bawah:

Sumber : Klik Di Sini


Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat. Terutamanya bagi mereka yang gemar mengayuh basikal dan belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. 

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)