10 Projek Yang Boleh Di Lakukan Semasa MCO3.0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dalam post pada kali ini saya ingin kongsikan tentang 10 plan atau projek yang boleh dilakukan sepanjang tempoh MCO3.0 ini.


10 Projek Yang Boleh Di Lakukan Semasa MCO3.0
10 Projek Yang Boleh Di Lakukan Semasa MCO3.0

Jom kita tengok satu persatu!..


1. Projek Shopee


Seperti yang kita tahu, sewaktu tempoh lockdown ini, banyak kedai yang ditutup. Malah, pihak kerajaan juga menggalakkan orang ramai membuat pembelian secara online sahaja.


Dan buat masa ini, website yang paling popular dalam urus jual beli online di Malaysia adalah website shopee.


Untuk pengetahuan anda, seramai 1.2 juta orang memasuki website/apps shopee setiap hari ... ya.. sehari ya.. bukan sebulan.. sehari 1.2 juta pelawat!


Dengan bilangan pelawat seramai itu, memang bermacam-macamlah barang yang dijualbeli di shopee.


Dari sekecil-kecil barang seperti skru, hinggalah kepada sebesar-besar barang seperti peti ais dan almari! Semuanya di beli di shopee sahaja!


Saya pun dulu, ragu-ragu... ada ke orang nak beli barang saya kalau saya jual kat shopee?... Maklumlah, kat shopee tu dah ramai giler orang jual barang.. mengikut statistik, sudah ada lebih 1.2 juta pihak penjual di shopee.


Tapi.. saya fikir... ala... cuba jelah try!

Kalau tak cuba.. manalah nak tahu kan?

Kalau saya cuba.. at least adalah juga kebarangkalian untuk saya berjaya.. mungkin 10% atau 20%.


Tapi.. kalau saya tak cuba langsung... maka, kebarangkalian untuk berjaya tu.. memang 0% lah!


Jadi, mengikut panduan bisnesshopee.com.. saya cuba setup kedai shopee yang baru pada MCO 2.0 yang lalu..!


Alhamdulilah... selepas satu minggu.. dah ada orang beli barang saya di shopee! Memang terkejut dan seronok giler...! Betul-betul tak sangka! Ingatkan takde siapa nak beli barang saya jual! 


Jadi, jika anda masih lagi belum ada kedai di shopee... mungkin anda boleh luangkan sedikit masa waktu lockdown ini, untuk setup kedai anda di shopee!


Terutama sekali, jika anda memang orang yang berniaga.


Zaman sekarang ni, kalau kita berniaga tetapi tiada kedai di shopee... dia macam tak lengkap.. macam.. makan nasi lemak tanpa sambal! Tak jadi cam gitu.... 

ho ho ho! Nasi lemak, mesti kena ada sambal.. tak kisahlah kalau sambal tu tak pedas ke, terlalu manis ke, tawar ke... yang penting, kena ada sambal.


Sama lah macam kedai shopee ni.. tak kisah kalau kedai shopee kita masa mula-mula tu gambar tak cantik ke, info tak cukup ke..? Tak kisah.. yang penting ada dulu.. kemudian kita perbaiki dari semasa ke semasa.


Jadi, kalau masih belum ada kedai di shopee.. cepat-cepatlah setup ya!


Contoh hasil Jualan Peniaga Shopee pada 1 Januari - 19 November 2020, Sumber : Klik Di Sini


Eh? Ada ke orang beli time-time MCO ni... bukan semua orang Malaysia tengah susah ke?.. kuasa membeli orang Malaysia sudah jadi rendah! Orang dah tak membeli!


Eh? Betul ke?... Saya rasa pendapat tu macam kurang tepat.. tapi.. tak mengapalah... tak nak gaduh-gaduh...

Tengok sahaja contoh hasil jualan di bawah.. Dari 6 Januari hingga 21 April 2021.. Note bad juga hasilnya kan..


Contoh hasil Jualan Peniaga Shopee pada 6 Januari - 21 April 2021, Sumber : Klik Di Sini


Tapi, Kalau anda masih fikir tak ada orang nak beli barang anda di Shopee.. jadi, mungkin anda boleh pertimbangkan idea yang kedua ini.. iaitu projek jana pendapatan dalam USD!


Atau senang kata ...jual barang kepada orang putih di luar negara!. Amacam?


Baca juga : SpeedMart Dan Shopee Lubuk Supplier Para Peniaga Online


2. Projek USD


Nak jana pendapatan dalam USD ni ada banyak cara.. tak semestinya kena pergi atau pindah ke luar negara baru boleh buat duit dalam USD.


Zaman sekarang ni, dengan duduk dalam bilik di rumah kita pun, kita dah boleh jana pendapatan dalam nilai USD.


Sebenarnya.. ada banyak cara untuk menjual barang kepada orang putih ni... sama ada menjual di ebay, jual di amazon, atau buat website ecommerce sendiri yang mensasarkan kepada pasaran antarabangsa!


Jual kat mat saleh ni memang seronok.. sebab, kadar keuntungannya tu selalunya akan berganda-ganda... barang yang berharga USD20 pada mat saleh tu.. diorang rasa macam beli barang RM20 je.. sedangkan, USD20 tu, bila tukarkan ke matawang RM, nilainya jadi RM80.


Jadi, tidak hairanlah tuan Herman (penulis RahsiaShopify.com) boleh jana ratusan ribu ringgit seorang diri dengan hanya duduk di depan komputer di rumah beliau tanpa ada staf mahupun office.


Sumber : RahsiaShopify.com

Tapi.. Untuk buat projek ini, memang perlukan skill serta modal yang tinggi sedikit.


Perlu ada skill teknikal sedikit, marketing sedikit dan paling penting, faham dan pandai menulis omputih sikit la... kalau bahasa inggeris sekadar tahu i u i u i u sahaja.. mungkin kurang sesuai la.. :)


Eh.. saya ni tak pandai lah jual-jual barang ni.... modal pun takde.. saya suka buat benda yang rilek-rilek je.. tapi boleh jana pendapatan! Ada tak?


Oh ok... Ada... ada beberapa projek yang boleh kita buat secara santai-santai sahaja!


Tapi.. benda yang santai-santai ni... selalunya.. duit yang dapat pun santai-santai jer lah... tapi.. tak kisah.. yang penting.. kita seronok nak buat!


Sebagai permulaan, boleh cuba menjual di -->> ebay


3. Projek Youtube


Ah ha! Biasakan dengar orang kata upload video kat youtube boleh dapat duit!


Ya betul! Memang boleh buat duit...


Tapi.. ia bukanlah semudah, hari ini upload video.. esok terus dapat duit!

Ia sebenarnya memerlukan masa dan usaha yang banyak juga!


Anda mungkin perlu upload berpuluh-puluh video terlebih dahulu dan menunggu sekitar 6 bulan atau setahun sebelum nampak sebarang hasil dari projek youtube anda ini.


Tapi.. kalau anda enjoy buat perkara tu... ianya tidak menjadi masalah!

Buat disebabkan anda suka dan enjoy... bukan sebab nak dapat duit semata-mata!


Pasal duit tu.. In Shaa Allah.. lama-lama.. duit tu akan muncul

(serius.. lama ya. mungkin selepas 1-2 tahun!)


Saya sendiri ada buat channel youtube personal secara suka-suka ....


Ala.. just rakam video anak-anak... rakam video promote homestay... rakam video kesedaran tentang scammer.. lepastu adalah sikit-sikit video barang yang dibeli dari Shopee dan lazada..  Ho ho ho.. ala.. suka-suka je.. takdelah serius sangat.


Kalau saya buat video tu memang target nak buat duit.. rasanya.. 1 bulan je saya dah berhenti dan putus asa dah.... tapi disebabkan saya just suka-suka... maka hasilnya pun sekadar "suka-suka" sahajalah..


Ikut sahaja langkah demi langkah dalam tutorial yang disediakan di laman web 

-> https://ezy.la/Video


Mudah jer... Budak-budak sekolah pun ramai yang dah ada saluran Youtube sendiri.


Baca juga kisah mereka:



4. Projek Foto


Ah ha! Selain rakam dan upload video di youtube...


Handphone yang anda ada tu, boleh digunakan untuk tangkap gambar kan?


Jadi, mungkin anda boleh jalankan projek foto ini.

Tangkap banyak-banyak gambar yang ada di sekeliling rumah anda sewaktu tempoh MCO ini.. kemudian, upload dan jual di halaman-halaman photo stock seperti shutterstock , gettyimage, istockphoto dan sebagainya.


Cuma, untuk buat projek ni, kena ada ilmu sikitlah.. bukan main upload sahaja sebarang gambar yang ada.


Untuk panduan jual foto ini, klikjer belum ada ebook panduan khas mengenainya.

Tapi, kalau anda nak belajar pasal menjual foto secara online ni, saya rekemenkan course dari saifulnang ini, iaitu course fotowang.


Boleh klik link berikut untuk lihat senarai course berkaitan fotografi dan videografi yang pihak saifulnang tawarkan!


Lawati Saifulnang Academy Disini!


Menarik juga! Tapi ada tak projek yang boleh menenangkan minda dan rohani? Maklumlah.. zaman-zaman covid ni.. rasa kusut pulak tengok kes covid yang tak hilang-hilang...


Betul! Saya pun kadang-kadang stress juga tengok berita pasal covid nie!

Tak tahulah bila wabak covid ini akan berakhir...


Jadi.. untuk mententeramkan jiwa... mungkin kita boleh jalankan projek yang berkaitan dengan rohani sewaktu tempoh lockdown ini!


5. Projek Jiwa


Dalam projek jiwa ini..kita gunakan tempoh lockdown ini untuk muhasabah diri dan perbaiki semula amalan kita.


Manalah tahu, dengan asbab kita berusaha memperbaiki amalan ibadah kita ini.. Allah S.W.T akan permudahkan segala urusan dan melancarkan rezeki kita sepanjang waktu-waktu yang sukar ketika MCO ini... In Shaa Allah...!


Jadi dalam tempoh lockdown ini, mungkin kita boleh mulakan misi menghafal Al-Quran. Tak semestinya hafal seluruh al-quran, tetapi mungkin kita boleh mulakan dulu dengan menghafal surah-surah lazim.. atau surah-surah pilihan.. seperti surah al-mulk, ayat yassin dan surah-surah lain. Untuk lebih seronok, ajak sekali pasangan serta anak-anak kita untuk menghafal Al-Quran bersama-sama.


Masa-masa ini juga, sangat sesuai untuk kita semak semula amalan ibadah kita, terutama sekali ibadah solat. Bilakah kali terakhir kita semak bacaan solat dan cara solat kita.. Adakah ia benar-benar menepati sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W..? Kita cuba relearn dan refresh semula ilmu kita tentang solat, tentang rukun qauli, qalbu dan fi'li dalam solat.


Moga-moga dengan usaha tersebut, hidup kita menjadi lebih tenang menghadapi hari-hari yang sukar ini.. :)


6. Projek Kurus & Sihat!


Kalau anda memang dah sedia memiliki tubuh yang kurus dan sihat, mungkin anda boleh skip projek ini.


Tapi jika sebaliknya, mungkin anda boleh pertimbangkan projek ini.


Lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam MCO3.0, yang mana kita banyak luangkan masa di rumah. 

Oder makanan secara online...

Kemudian makan... makan... makan...

Hah! Serius, bila duduk di rumah banyak makan, tak mustahil lepas habis MCO nanti berat badan kita semakin naik..

..

Bagi kaum lelaki, perut pula dah jadi semakin kedepan.. Aha..


Sebab tu kita kena tahu cara nak turunkan berat badan atau sekurang-kurangnya, kekalkan pada berat yang ideal dari segi BMI... Tapi kebanyakkan usaha kurang menjadi.


Saya pernahlah dengar-dengar dan baca tips dari sana sikit, sini sikit... ada yang kata, nak kurus tak boleh makan nasi, ada yang kata, tak boleh makan malam, ada yang kata kena pergi joging, ada yang suruh try makan ubat itu ubat ini dan macam-macamlah untuk kurus.


Dengan mendengar dan mengambil tips sana sikit sini sikit itu.. ianya tidak begitu membantu.


Sekiranya anda serius dan betul-betul nak kurus boleh cuba gunakan teknik "iqra".


Ah ha! Apa benda pulak teknik "iqra" tu?


Teknik ini adalah satu teknik dimana, kita perlu meluangkan masa selama 1-2 bulan untuk mencari dan membaca (iqra) sebanyak mungkin ilmu tentang sesuatu topik.


Dalam teknik "iqra" ini...

Anda perlu luangkan masa mencari dan membaca beratus-ratus artikel, baca beberapa buah buku atau ebook, tonton berpuluh-puluh video, masuk seminar/webinar, join group-group di fb/wasap/telegram yang membincangkan pasal sesuatu topik yang ingin dipelajari.


Dulu, nak buat teknik iqra ini perlu memakan masa selama 6 bulan.... tapi sekarang, 1-2 bulan sahaja sudah memadai.


Sebab dulu (tahun 2000) sumber ilmu dan rujukan itu tidak banyak , sekadar buku & artikel-artikel di blog.... tapi sekarang (2020), sumber ilmu tu dah ada banyak.. sama ada dalam bentuk blog, ebook, video, fb, telegram, webinar dan sebagainya. Jadi, proses pembelajaran itu dapat dipendekkan.


Tujuan utama teknik "iqra" ini, adalah untuk dapatkan sebanyak mungkin info tentang sesuatu topik agar dapat gambaran yang jelas ( "The Big Picture") bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi ( "How it works").


Contohnya, dalam kes projek kurus ini... setelah membuat teknik "iqra" , barulah kita faham.. bagaimana sebenarnya tubuh badan berfungsi... apa punca sebenar yang menjadikan seseorang itu jadi gemuk, dan bagaimana cara yang sebenar-benarnya untuk turunkan berat badan.


Jadi, setelah anda dah betul-betul faham.. barulah kita boleh start dan praktikkan ilmu-ilmu yang kita dah dapat sewaktu proses teknik iqra.


Cubalah usahakan... turun berat badan secara sedikit demi sedikit inilah yang sebenarnya adalah merupakan cara yang paling terbaik.


Ianya lebih selamat dan bertahan lama... berbanding orang yang turun berat badan dalam tempaoh 3-4 bulan secara mendadak. Pada kebiasaannya, orang yang jadi kurus dengan cepat ini, perubahan itu tidak akan bertahan lama dan mereka akan menjadi gemuk semula dengan cepat dalam masa beberapa bulan kemudian.


Apa yang saya ingin sampaikan disini sebenarnya, "ilmu" itu adalah sangat penting apabila kita ingin menjalankan sesuatu projek atau plan.


Bagi orang islam, kita selalu dengarkan kata-kata imam Syafi'i ini yang berbunyi..


“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu”.


Jadi, usah terlalu kedekut untuk melabur dalam ilmu.. jika tidak ada duit untuk dilabur bagi mendapatkan ilmu dengan cepat.. maka, laburkan masa untuk mencari ilmu


Oh ya! Klikjer ada terbitkan sebuah panduan kurus yang dinamakan Formula Kurus, boleh dapatkan panduan tersebut jika anda ada plan untuk jalankan projek kurus sewaktu tempoh lockdown ini.


Saranan saya, gunakanlah tempoh lockdown ini sebagai tempoh anda membuat aktiviti iqra = "lombong ilmu"


Apa yang perlu anda lakukan.. tentukan dahulu apakah projek yang anda nak buat.. kemudian buat teknik iqra untuk tempoh 1-2 bulan.


Selepas itu, bila dah jelas dan rasa berbaloi, barulah start buat projek tersebut.


Teknik ini jugalah yang saya gunakan untuk idea projek ke-7 yang saya nak share dengan anda..


7- Projek menulis blog!


Ya! 10 tahun lepas... Allah izinkan saya mempunyai masa terluang.... disebabkan itu, saya mulakan usaha untuk menulis blog.


Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah lebih satu dekad (10 tahun) usaha saya dalam bidang ini.

Seronok! Rasa santai.. Menulis sahaja apa yang saya rasa nak tulis.. Luahkan sahaja apa yang kita rasa nak luahkan..

Dan semoga apa yang kita tulis dapat memberi manfaat kepada orang lain..


Dalam dunia penulisan blog ini terdapat beberapa cabang rezeki.. Melalui Affiliate, melalui adsanse, melalui pengiklanan dan sebagainya.


Sebab tu kalau tengok, ramai blogger yang ada lebih daripada satu blog. Sebab setiap blog yang dihasilkan ada aim untuk hasilkan pendapatan yang bagaimana??


Berminat nak buat projek yang ke 7 ini, boleh baca di sini:

-> Pengalaman saya menulis blog lebih 10 tahun (klik di sini)


ok! habis cerita ..kita pergi kepada idea projek ke-8 pula...


8-Projek Tuisyen


Ah ha! Sejak covid-19 melanda.... saya perasan.. ramai anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran mereka. Terutama sekali anak-anak yang baru nak masuk sekolah pada tahun lepas, iaitu anak-anak yang berumur 6-7 tahun.


Anak-anak yang umur 6-7 tahun ini, pada tahun lepas, mereka sepatutnya masuk sekolah tadika atau darjah 1... pada umur tersebut, mereka akan belajar asas membaca, menulis dan mengira.


Saya perhatikan, teknik PdPR untuk anak-anak umur 6-7 tahun ini.. tidak berkesan. Tak boleh jalan orang kata.


Untuk anak-anak yang darjah 4 keatas dan sekolah menengah, saya lihat, anak-anak saya, bolehlah juga mereka "catch-up" dengan kaedah PdPR ni... tapi untuk anak umur tadika dan darjah 1... teknik PdPR ni tak begitu membantu.


Disebabkan itu, ramai anak-anak yang kini berumur 7-8 tahun sekarang ni, masih lagi tidak pandai membaca ataupun mengira (tambah, tolak, darab).


Malah Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, pelajar tahun satu 2021 mungkin akan berdepan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.


Saya nampak benda ni benar, sebab saya ada anak saudara yang berumur 6 tahun... pada tahun ini dia bersekolah tadika... selalunya, apabila sudah masuk pertengahan tahun begini, kanak-kanak 6 tahun selalunya sudah boleh mula mengeja dan membaca perkataan 2 suku kata..... tapi saya lihat anak saudara saya sendiri, huruf ABC pun dia masih terkial-kial dan belum kenal sepenuhnya.


Jadi, idea projek ke-8 ini adalah merupakan juga projek yang boleh dijalankan pada MCO 3.0 ini, iaitu projek tuisyen anak dimana, anda buat seakan-akan kelas tuisyen dan mengajar sendiri anak anda sehingga dia boleh pandai membaca dan mengira.


Kita tidak boleh lagi letakkan harapan atau tugas pengajaran ini kepada cikgu di sekolah... tetapi kita sendiri perlu ambil tangggungjawab tersebut.


Jadi, anda boleh beli beberapa bahan mengajar seperti flash card, apps belajar, buku latihan, papan whiteboard dan juga beberapa permainan learning based untuk memulakan projek tuisyen ini kepada anak anda.


Jika anda pun turut mempunyai anak sebaya anak saudara saya, mungkin anda pun boleh buat projek ini!.. Silap-silap, lepas habis covid ni nanti, anda boleh ajar anak-anak jiran pula dan tak semena-mena boleh buat bisnes home tuisyen pula.. ho ho ho! :)


Ok! Habis.. kita ke idea projek yang seterusnya!



9-Projek Saham


Ok! Ini projek ini untuk anda yang "berduit" sedikit.


Walaupun kita banyak mendengar tentang kisah ramai orang yang jadi susah sewaktu tempoh pandemik ini... tetapi, tidak dinafikan.... ada ramai juga orang, yang menjadi semakin mewah sewaktu pandemik ini.


Kita boleh lihat sendiri.. jualan kereta X70, konsol PS5 yang dilancarkan pada tahun lepas, berebut-rebut orang beratur dan tempah.


Apabila kerajaan mengumumkan morotorium selama 6 bulan pada tahun lalu, ditambah dengan kebenaran untuk mengeluarkan duit KWSP menerusi program i-sinar. Ramai orang yang secara tiba-tiba berjaya mempunyai cash puluhan ribu dalam simpanan mereka. Terutama sekali, kakitangan kerajaan.. :)


Harap-harapnya.. wang itu masih ada lagi lah dan belum habis.


Jadi, kalau anda antara orang yang bernasib baik tersebut... mungkin anda boleh pertimbangkan untuk jalankan projek saham ini. Iaitu melabur dalam pasaran saham!


Tapi.... macam yang saya ceritakan diatas... buat dulu "teknik iqra".

Dapatkan dahulu sebanyak mungkin ilmu pasal pelaburan saham ini sebelum anda "buat praktikal" dan mencampakkan duit anda ke dalam pasaran saham.


Baca dahulu berpuluh-puluh artikel, beli ebook atau buku, join webinar, tonton video, masuk group-group sembang berkaitan saham dan sebagainya. Lepas dah buat semua itu dan anda dah betul-betul jelas dan faham bagaimana proses menjana keuntungan dengan saham itu boleh berlaku.. barulah anda betul-betul letakkan duit anda di pasaran saham.


Oh ya! Dalam teknik iqra ini.. sejujurnya.. saya ingin bagitahu anda... ianya tidak mencukupi dengan hanya anda membeli dan membaca sebuah ebook sahaja!


Anda perlu baca sekurang-kurangnya 2 buah ebook/buku, tapi jangan berhenti setakat itu sahaja... tambahkah lagi dengan membaca lebih banyak artikel-artikel, tips yang ada di internet, tonton video-video pasal topik tersebut di youtube, follow sifu-sifu topik tersebut di facebook dan pelbagai lagi cara.


Tujuan utama dia... untuk dapatkan info dan gambaran yang jelas bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi dan berjalan dengan terperinci. Bukan sekadar tahu sikit-sikit dan ala kadar sahaja.


Jadi, gunakan tempoh lockdown ini untuk timba dan lombong ilmu dulu.


Klikjer juga ada terbitkan ebook pasal Pelaburan Saham, boleh lawati www.JomLaburSaham.com jika mahu info lanjut!


Baiklah.. kita dah sampai kepada idea projek lockdwon yang terakhir!


Idea ini sesuai untuk anda yang takde modal, takde duit, tengah susah, tak tahu nak buat apa dan sedang tercari-cari kaedah jana pendapatan tanpa perlu keluar sebarang modal.


10. Projek Affiliate


Saya tidak pasti.. adakah anda pernah dengar atau tidak tentang affiliate!


Jika anda tidak pernah dengar..

Affiliate ini adalah seperti agen pemasaran.


Dimana, anda boleh daftar sebagai agen di sesebuah website, kemudian, anda promote website tersebut menggunakan link affiliate anda.


Selepas itu, jika ada orang yang klik link anda itu dan kemudiannya membuat pembelian di website tersebut, maka, anda akan dapat komisyen.


Untuk jadi affiliate ini... PERCUMA sahaja.. tak perlu bayar apa-apa yuran.


Kiranya tak perlu keluar sebarang modal pun.


Dan ia juga tidak perlukan anda buat ia sepenuh masa, boleh buat secara sambilan sahaja.. iaitu selepas waktu kerja anda... time-time anda tengah rehat di rumah, selepas makan ke... atau sewaktu tengah duduk rilek-rileks main henpon.. :)


Kat mana nak join program affiliate ni?


Ah ha! Berita baiknya...!


klikjer ada menawarkan program affiliate ini!


Anda boleh mendaftar sebagai affiliate di website klikjer secara PERCUMA sahaja!


Lepastu.. boleh promote ebook-ebook terbitan klikjer kepada rakan-rakan , saudara-mara atau kenalan anda!


Jika mereka berminat dengan ebook klikjer tu dan membuat pembelian, maka anda akan dapat komisen sebanyak 50% dari harga jualan ebook tu!


Macam mana? menarik kan?


Daftar dah lah free...lepastu just sebarkan link sahaja...


Tak perlu nak layan customer, bungkus barang ke, simpan stok ke.. tak perlu buat semua tu!


Anda just share link sahaja...


Jika ada orang beli.. anda akan dapat komisen!


Komisen pula akan dibayar setiap bulan.. iaitu pada awal bulan... kiranya.. macam dapat gaji jugalah.. :)


Berminat?


Boleh daftar sebagai affiliate di link berikut...

https://klikjer.com/members/signup.php


Selepas daftar, nanti anda akan dapat info lanjut yang lebih terperinci.


Baiklah... rasanya cukuplah sampai disini sahaja dulu!


Kalau ikutkan... sebenarnya.. ada banyak lagi idea projek yang saya nak sharekan.. Tapi cukuplah dulu...


Sekian dulu untuk kali ini.


Semoga bermanfaat.


Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)