Sepanjang Tahun 2020 ini terlalu ramai orang menghadapi masalah ekonomi. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang punca pendapatan, ada yang kena potong gaji, ada yang tutup perniagaan dan sebagainya.
Tetapi berbeza pula dengan sesetengah peniaga online. Ada sesetengah peniaga online, rezeki mereka semakin mencurah-curah sepanjang tahun 2020 ini. Malah ada yang dah pun berjaya buat sales melebihi RM1 juta sepanjang tahun 2020, walaupun masih belum sampai ke hujung tahun.
Inilah yang berlaku kepada seorang peniaga online di platform Shopee, yang tidak mahu menonjolkan diri untuk berkongsi pencapaian perniagaan beliau.
Sepanjang tahun 2020 (bermula 1 Januari - 19 November 2020), jualan yang telah beliau hasilkan di Platform Shopee ialah sebanyak RM1,606,434.09.
Lebih bagus lagi kalau ada guru yang sudi membimbing kita sehingga berjaya.
Semoga melalui perkongsian ini sedikit sebanyak akan dapat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit semula bagi meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.
Kita tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja melihat Pendemik Covid-19 memusnahkan ekonomi kita.
Kalau Orang lain boleh buat, tak mustahil kita juga boleh buat!
Pasti ada cara dan jalan yang terbaik, bagaimana untuk meningkatkan pendapatan melalui saluran-saluran tertentu yang telah terbukti berkesan.
Bagaimana Nak Mula Menjual di Platform Shopee atau Lazada?
Soalan yang sama bermain-main difikiran saya sebelum ini.
Kita mana ada pengalaman nak berniaga di kedua-dua platform tersebut.
Apa yang saya buat? Sebagai permulaan, saya daftar dulu sebagai pengguna di kedua-dua platform tersebut.
In Shaa Allah, akan dapat membantu memudahkan urusan anda.
Selepas dah daftar sebagai pengguna, anda boleh mula membeli supaya tahu flow dan boleh mempelajari selok belok setiap fungsi yang terdapat di platform tersebut.
Ini contoh barang-barang yang saya beli di Shopee dan Lazada sempena 11.11 yang lalu.
Video Beli Secara Online Di Lazada sempena 11.11
Video Beli Secara Online Di Shopee sempena 11.11
Video Beli secara Online di Shopee sempena 11.11
Apabila anda dah semakin mahir dan dapat membiasakan diri berada dalam platform online tersebut, barulah anda switch diri anda daripada sebagai user biasa (pembeli) kepada seller (penjual)
Barang Apa yang saya Nak Jual di Platform Shopee atau Lazada?
Ini satu lagi cabaran. Nak jual apa dekat Shopee?
Kalau anda dah tak tahu sangat nak jual apa dekat Shopee, saya syorkan paling mudah sekali jual barang-barang yang dah sedia ada dekat rumah anda.
Jual sebagai Preloved (Barang terpakai).
Sebagai contoh, boleh tengok dekat akaun Shopee saya. Saya jual barangan preloved sahaja sebagai permulaan:
Sebenarnya ada terlalu banyak barang secara Dropshop yang boleh anda jual dekat Shopee! Cuma bila dah ada terlalu banyak produk sampai dah tak tahu nak pilih yang mana satu untuk di iklankan.
"Saya kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini! Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual! Jadi, tiada lagi alasan untuk anda mula berniaga di Shopee!"
Jadi, saya pun ambil langkah perlahan-perlahan. Iklankan sahaja mana yang kita berminat. Dan In Shaa Allah, dari semasa ke semasa saya akan tambah satu demi satu barang dropship untuk diiklankan di akaun Shopee saya.
Berikut pula merupakan senarai produk yang isteri saya hasilkan untuk dijual di Shopee. Jom Support dengan cara bagi like, Follow dan Suscribe. Terima kasih di atas sokongan yang anda berikan.
Hadiah Atau Cenderahati Berdasarkan Khat Kufi
Hadiah Hari Guru Wooden Pen Holder Khat Kufi
Mini Frame Khat Kufi
Doakan semoga satu hari nanti kita juga berjaya menghasilkan jualan yang lumayan di platform Shopee dan Lazada.
Kalau orang lain boleh buat jualan melebihi 1 juta dalam tempoh tak sampai satu tahun, tak mustahil satu hati nanti kita juga pasti boleh melakukannya dengan izin Allah S.W.T.
Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. In Shaa Allah jumpa lagi di lain waktu.
Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada kita bersama.