Showing posts with label KWSP. Show all posts
Showing posts with label KWSP. Show all posts

Manfaatkan I-Citra dan Moratorium Untuk Tujuan MAKANAN dan PERUBATAN sahaja.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dalam post pada kali ini saya ingin kongsikan pandangan seorang Pakar kewangan Dr. Azizul Azli Ahmad berkaitan dengan cara manfaatkan I-Citra dan Moratorium untuk Tujuan MAKANAN dan PERUBATAN sahaja. Ini berdasarkan info yang beliau kongsikan dalam satu slot MHI TV3 yang mana beliau menjadi tetamu jemputan baru-baru ini.


Dr. Azizul Azli Ahmad dalam slot MHI TV3 berkaitan dengan I-Citra
Dr. Azizul Azli Ahmad dalam slot MHI TV3 berkaitan dengan I-Citra


MANFAATKAN I CITRA HARI INI.


Sahabat sekalian, saya kongsikan sedikit panduan mengunakan I-Citra sebagai panduan buat kita semua. 


Oleh kerana waktu singkat tak semua dapat saya kongsikan buat semua.


1. Kali ini kaedah pengeluaran adalah RM1000 sebulan untuk 5 bulan kedepan. Bermakna talian hayat kita hanya ada 5 bulan kedepan sahaja lagi.


2. Manfaatkan duit ini untuk tujuan MAKANAN dan PERUBATAN keluarga sahaja. Jangan guna untuk tujuan lain.


3. Jika Dana Kecemasan dah kembali kosong, manfaat duit ini untuk penuhkan kembali tabung yang ada.


4. Kita cuma dapat RM1000 sahaja sebulan kini bukan macam dulu sampai RM10,000 jadi belanja betul betul kawan kawan. 


Jangan kahwin seorang lagi !


5. "Hutang aku banyak nie, ingat nak guna bayar hutang". Jangan kawan kawan. Saya ulangi jangan. 


Ini sahaja cara mudah kita nak dapatkan tunai. Jika ada hutang struktur kembali dengan bank. 


Panjangkan tempoh biaya agar ansuran bulanan jadi kecil. Jika itu pilihan yang ada. 


6. Dalam keadaan sekarang, jangan hanya BERTAHAN, belajar juga MENYERANG. 


Dengan hanya berjimat tapi kita tak usaha jana pendapatan. Kita akan tenggelam dalam perlumbaan Olimpik ini. Belajar menyerang.


7. Jika ada hutang kad kredit, kita harus selesaikan segera. Kadar hutang kad kredit, hutang pajak gadai antara hutang yang kadar setahun antara 15%-18% faedahnya. Tinggi gila!


8. Duit ini bukan untuk tujuan pelaburan, jangan nak sebok melabur dengan harapan akan beri pulangan antara 6-12 bulan. 


Percayalah kita akan menyesal nantinya. tak padan dengan nilai duit yang kita ada. Pelaburan datang bersama dengan risikonya.


9. "Boleh tak saya beli emas bang?". fahami bahawa emas adalah pelaburan jangka panjang.


Nilai beza harga emas dari kita beli dan jual, upah simpan tak padan dengan nilai yang kita dapatkan kembali nanti. Simpan dulu impian beli emas kali ini kawan kawan.


10. Simpan duit ini sebaiknya di ASB atau Tabung Haji sahaja jika kita rasa tak terdesak nak guna lagi. 


Kekalkan bekerja dan cari rezeki. Kita belum menang dan kita juga belum kalah.


Kawan kawan, 


Kemarau ini panjang, jika kita lihat dah setahun kita tidak boleh jana pendapatan disitu. 


Mungkin saatnya kita berhijrah kekawasan baru yang beri peluang hidup baru buat kita sekeluarga. 


Siapa tahu, perubahan kecil bawa makna besar buat kita.


Jangan pernah putus asa, kita semua menumpang kebaikan dan usia yang dipinjamkan oleh yang Maha Esa. 


Dibelakang kita ada keluarga, anak isteri yang bergantung harap pada kita. 


Berjuanglah untuk apa yang kita yakini, tanpa berusaha membuktikan apa pun kepada siapa pun;


Tetaplah tenang dan tidak banyak bercakap, sebagaimana orang yang telah memiliki keberanian untuk menentukan takdirnya sendiri.


Sumber : FB Dr Azizul Azli Ahmad


---------------------------------- TAMAT------------------------------------


Jangan gunakan duit I-Citra dan Moratorium untuk tujuan lain kecuali Untuk Tujuan MAKANAN dan PERUBATAN sahaja.


Kalau perlukan duit untuk tujuan pelaburan, perniagaan dan sebagainya sila usahakan dengan cara yang lain seperti buat kerja part time, jalankan perniagaan sebagai ejen dropship, ejen affiliate, jadi youtuber, jadi blogger, menjual makanan secara food delivery dan sebagainya yang tidak perlu mengeluarkan banyak kos.


Berikut merupakan info-info yang mungkin dapat membantu anda untuk menghasilkan pendapatan sampingan secara part time dari rumah tanpa perlu mengusik duit Moratorim dan I-Citra:


Semoga info yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat.

In Shaa Allah..


Info Berkaitan:



Permohonan KWSP I-Citra telah dibuka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Portal i-Citra Online kini dibuka. Lakukan permohonan Pengeluaran i-Citra anda di https://icitra.kwsp.gov.my/


Permohonan KWSP I-Citra telah dibuka
Permohonan KWSP I-Citra telah dibuka .Sumber : https://icitra.kwsp.gov.my/

Cukup ke Wang KWSP tu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


"Tinggal berapa tahun lagi anda nak pencen?"

"Ada 20 tahun lagi? 30 tahun? 40 tahun?"

"Tinggal berapa lagi duit dalam KWSP sekarang??"


Antara soalan-soalan cepu emas yang sering di tanya sejak akhir-akhir ini, berikutan pihak kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP dalam akaun 1.   


Pengeluaran KWSP akaun 1
Pengeluaran KWSP akaun 1

Gunakan Duit RM10,000 I-Sinar KWSP Dengan Bijak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Saya percaya tentu ramai orang berasa gembira selepas mendapat berita kerajaan membenarkan Pengeluaran KWSP akaun 1 berdasarkan 2 kategori iaitu:
  1. Kategori 1 mulai 21 Disember 2020.
  2. Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.

Peringatan : Permohonan I-Sinar KWSP Akaun 1 secara Online sahaja menerusi isinar.kwsp.gov.my
  1. Kategori 1 mulai 21 Disember 2020.
  2. Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.

Sejak malam tadi ramai pencarum KWSP yang layak untuk membuat permohonan dalam kategori 1 telah pun update status permohonan mereka. 
Berikut merupakan 2 contoh permohonan I-Sinar Kategori 1.

Contoh permohonan I-Sinar Kategori 1 : Bayaran bulan pertama RM1,000 disusuli dengan RM1,800 setiap bulan yang berikutnya selama 5 bulan

Pandangan Pakar Terhadap Pengeluaran KWSP Akaun 1 sebanyak RM10 ribu secara One Off

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semasa berlangsungnya PKP Fasa 1 hingga Fasa 4 rakyat Malaysia dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP RM500 sebulan selama 12 bulan. Kalau diikutkan dengan wang tersebut, masing-masing dapat menggunakan wang KWSP sebanyak  RM500 x 12 = RM6,000. 


Selain daripada pengeluaran KWSP akaun 2, kita juga diberi Moratorium (penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan). Serta mendapat bantuan secara One Off daripada pihak kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).


Boleh baca info-info tersebut menerusi senarai link di bawah:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (24) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (32) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (7) ilmu pelaburan hartanah (15) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (20) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (37) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)