Kereta sewa di Langkawi di'Lelong' semurah RM5,000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dalam tempoh pelaksanaan PKP1.0 sehingga PKP3.0 ini Sektor pelancongan merupakan antara sektor yang terjejas teruk. Ramai peniaga dan pekerja dalam sektor ini telah kehilangan sumber pendapatan. Untuk maklumat lanjut, boleh baca info-info tersebut:


Berita terkini yang dipaparkan pada muka depan akhbar Kosmo bertarikh 26 Jun 2021, Kereta sewa di Langkawi di'Lelong' semurah RM5,000.


Kereta Sewa Langkawi di Lelong semurah RM5,000
Kereta Sewa Langkawi di Lelong semurah RM5,000
Sumber : Akhbar Kosmo 26 Jun 2021


Kira-kira 1000 kenderaaan telah dijual semurah RM5000 sebuah bagi mengurangkan beban pemiliknya (hampir 100 pengusaha terlibat) selain dijadikan modal untuk mereka menceburi perniagaan baharu.


Industri perniagaan kenderaan sewa di pulau peranginan ini semakin kelam apabila hampir 100 pengusaha terpaksa menjual sebahagian kereta mereka ekoran ketiadaan pengunjung sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu. 


Tinjauan di tempat letak kenderaan sewa di beberapa lokasi di sini baru-baru ini mendapati, banyak kenderaan yang tersadai berada dalam keadaan berhabuk, tayar merekah dan pancit serta bateri lemah kerana sudah lama tidak digunakan. Selain itu terdapat tempat letak kenderaan sewa yang hampir kosong apabila kira-kira 1,000 kenderaan tersadai.


'Lelong' kereta sewa semurah RM5,000
'Lelong' kereta sewa semurah RM5,000. Akhbar Kosmo bertarikh 26 Jun 2021

"Industri kenderaan sewa pada ketika ini bagaikan nyawa-nyawa ikan apabila kira-kira 100 pengusaha terpaksa menjual kereta masing-masing. Beliau sendiri terpaksa menjual 11 daripada 55 kenderaan yang dimiliki antaranya jenis Nissan Almera, Sentra dan Serena serta Toyota Innova pada harga serendah RM5,000 hingga RM15,000 sebuah sejak PKP2.0" Noormalawati Kassim, 47, seorang pengusaha kenderaan sewa di Pulau Tuba.


Beliau menjual kenderaan-kenderaan tersebut kepada individu dan ejen menjual kenderaan-kenderaan terpakai. Beliau menjualnya dengan harga lebih murah daripada harga pasaran, asalkan ia terjual kerana mahu mengurangkan kos penyelenggaraan.


Melalui hasil jualan 11 kenderaan tersebut yang bernilai RM100,000, beliau telah jadikan sebagai modal untuk menceburi bidang perikanan, dengan membeli sebuah bot nelayan.


Wang i-Sinar penyambung nyawa pekerja pelancongan
Wang i-Sinar penyambung nyawa pekerja pelancongan. Akhbar Kosmo bertarikh 26 Jun 2021


"Sektor pelancongan di Langkawi ketika ini lumpuh sepenuhnya kerana ketiadaan pengunjung sejak pelaksanaan PKP penuh awal bulan ini. Dahulu saya boleh meraih pendapatan sehingga RM70,000 sebulan, tetapi sekarang langsung tiada." Noormalawati Kassim, 47, seorang pengusaha kenderaan sewa di Pulau Tuba.


Berkemungkinan beliau akan menjual beberapa lagi kereta jika Langkawi terus suram.


Noormalawti menunjukkan kenderaan sewa miliknya yang tersadai akibat ketiadaan pelancong di Kuah, Langkawi
Noormalawati menunjukkan kenderaan sewa miliknya yang tersadai akibat ketiadaan pelancong di Kuah, Langkawi. Sumber : Akhbar Kosmo bertarikh 26 Jun 2021

"Saya telah menjual kira-kira 20 daripada 80 buah kenderaan sewa sejak tahun lalu bagi mengelakkan kerosakan akibat tersadai dalam tempoh yang lama. Bukan saya sahaja yang jual kereta sewa, boleh dikatakan hampir semua pengusaha berbuat demikian atas alasan yang sama"., Mohd. Zaidi Che Muhamad, 48, seorang pengusaha kereta sewa.


Sementara itu, Azham Ahmad, 45 memberitahu dia turut menjual kira-kira 30 daripada 60 buah kenderaan sejak Julai tahun lalu.


"Sebelum ini mereka menjual kereta kerana mahu menukar dengan kenderaan baharu yang lebih selesa. Namun kali ini disebabkan kami perlukan duit untuk membayar ansuran pinjaman bank selain kelangsungan perniagaan dan hidup".Azham Ahmad, 45, seorang pengusaha kereta sewa.


Keadaan di tempat letak kenderaan sewa di Langkawi hampir kosong berikutan ramai pengusaha terpaksa menjual kereta sewa mereka. Sumber : Akhbar Kosmo bertarikh 26 Jun 2021


Kita berharap semoga sahabat-sahabat kita yang terlibat dengan sektor pelancongan di Langkawi dan juga di lokasi-lokasi pelancongan lain di Malaysia dapat bersabar dengan situasi yang berlaku sekarang. 


Kita doakan semoga ada rezeki lain untuk mereka pada ketika ini untuk meneruskan kehidupan. Diharap ada bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan atau agensi-agensi dan NGO yang berkaitan.


Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)