19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dalam Post kali ini lebih kepada awareness atau kesedaran kepada semua orang terutamanya kepada golongan muda yang ingin membeli kereta.


Beli kereta mengikut kemampuan iaitu harga kereta bersamaan dengan setahun gaji kita. Kalau gaji kita RM3,000 sebulan, bermaksud setahun gaji kita ialah RM36,000. Jadi, kereta yang selayaknya untuk kita miliki berharga RM36,000.


Tak kisahlah kereta apa pun, janji harganya bersamaan dengan nilai satahun gaji kita. Kalau nak merasa pakai kereta luar negara atau kereta import yang bersesuaian dengan pendapatan kita, boleh beli kereta dalam pasaran lelong. Pastikan tahun kereta tu tak lebih 5 tahun, supaya kos penyelenggaraan masih dalam kemampuan kita.


-> https://ezy.la/CaraBeliKeretaLelong


Semenjak dua menjak ni semakin banyak kereta lelong masuk dalam pasaran. Harga pula murah-murah pula tu, kalau pandai cari.


19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta.


Ini cerita benar tentang kereta lelong..

Kereta Audi A4 yang kena tarik oleh pihak bank akibat tertunggak loan kereta selama 19 bulan. Audi TT 2.0 ini telah di lelong oleh pihak Ambank.


Audi TT 2.0 ini telah di lelong oleh pihak Ambank akibat tertunggak loan kereta selama 19 bulan
Audi TT 2.0 ini telah di lelong oleh pihak Ambank akibat tertunggak loan kereta selama 19 bulan

Untuk makluman, kereta Audi TT 2.0 ini telah berjaya dibeli oleh tuan Shafie Bustan secara lelong.


Semasa beliau membuat semakan dokumen yang diberikan oleh pihak bank untuk proses pertukaran hak milik kereta lelong ini, banyak maklumat yang beliau dapat.

Contohnya salinan laporan polis.

Salinan laporan polis nak tarik kereta Audi TT 2.0
Salinan laporan polis nak tarik kereta Audi TT 2.0

Hebat betul kan! Kereta ini asalnya berharga lebih RM200k. Bukan murah!

Berdasarkan laporan polis ini, menunjukkan 19 bulan dah tertunggak dengan jumlah tunggakan sebanyak RM35,476.00. Maknanya sebulan punya installment lebih kurang rm1900.


Wowww !!! Bukan 3 ke 4 bulan tertunggak, tetapi 19 bulan tu. Setahun lebih tak bayar loan kereta.


Harga lelong kereta ini memang tak boleh cover baki loan. Tunggakkan pun dah banyak tu.

Memang owner asal kereta ni kena top up baki hutang, selepas kereta ini berjaya di jual secara lelong.

Walaupun kenderaan dah berjaya terjual, namun baki hutang ada lagi. Sapa lagi nak bayar kalau bukan peminjam itu sendiri.


Begitulah kisah kereta lelong! Kereta kena tarik disebabkan tidak bayar loan bank.

Kalau anda berhajat nak beli kereta murah yang berjenama besar mengikut kemampuan gaji anda, boleh beli dalam pasaran lelong.

Banyak jer listing kereta lelong disini .



Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua…
In Shaa Allah...


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)