Info Tentang Kenderaan Lelong Yang Semua Orang Perlu Tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sebelum ini kami banyak kongsikan info-info tentang rumah lelong yang semakin banyak di pasaran sejak akhir-akhir ini. Sekiranya anda baru pertama kali mengunjungi blog ini dan terlepas info-info tersebut, anda boleh membacanya menerusi pautan-pautan berikut:


Pada kali ini kami nak kongsikan tentang kenderaan Lelong pula yang bilangannya juga tak kurang banyaknya.


Kereta-kereta Berjenama Luar Negara Untuk Di Lelong

Sebelum itu, ada baiknya kalau kita dapatkan info terlebih dahulu apa penyebab kenderaan kena lelong.


Kenapa Kenderaan kena Lelong?


Kenderaan akan dilelong disebabkan pemiliknya gagal membayar pinjaman bank selama beberapa bulan. Sehingga bank dah keluarkan Notis dan ada pihak (tukang tarik kereta) datang berjumpa dengan pemilik kereta. Ia biasanya berlaku selepas pembayaran terlepas kali kedua atau ketiga, tetapi setiap bank mempunyai istilah penarikan semula yang berbeza –Sebaiknya pemilik kenderaan dapatkan sendiri penjelasan dengan bank tentang perkara tersebut.


Terdapat beberapa peringkat berbeza yang diambil oleh pihak bank apabila mereka bertindak untuk menarik sesebuah kenderaan iaitu:


1. Notis Jadual Keempat

Selepas sebulan atau beberapa bulan gagal membayar pinjaman kereta, pihak bank akan menghantar notis pra-penarikan kereta kepada pemilik kereta dan penjamin. Notis ini juga dikenali sebagai Notis Jadual Keempat. Notis ini memberi tempoh selama 21 hari untuk memaklumkan kepada anda bahawa bank berhasrat untuk menarik semula kereta tersebut. Selepas notis pertama dikeluarkan, pihak bank biasanya akan mengeluarkan notis yang kedua selepas 14 hari notis pertama dikeluarkan.


2. Penarikan Kenderaan

Selepas 21 hari dari notis Jadual Keempat, bank mempunyai hak untuk menarik balik kereta anda jika masih terdapat pinjaman tertunggak yang tidak dibayar.


3. Pemberitahuan Selepas Penarikan Kenderaan

Selepas menarik kereta anda, pihak bank akan menghantar notis untuk memaklumkan mereka telah berjaya memperolehi kereta tersebut. 21 hari selepas itu, anda akan menerima notis lain iaitu Jadual Kelima. Notis Jadual Kelima menyatakan jumlah yang anda perlu bayar. Ini selalunya termasuk pembayaran yang tidak dilangsaikan dan mungkin termasuk juga yuran dan caj tambahan daripada pihak bank.


4. Pelupusan Notis Kenderaan

Selepas 21 hari dari Jadual Kelima, jika anda masih belum membayar tunggakan hutang/pinjaman, maka pihak bank akan menghantar notis lain yang menyatakan bahawa ia akan melupuskan kenderaan tersebut. Proses pelupusan mungkin sama ada dijual secara lelongan atau jualan persendirian.


5. Menjual Kenderaan

Penjualan kenderaan oleh pihak bank akan bermula 14 hari selepas mereka memberi notis pelupusan kepada anda. Biasanya, harga lelongan (Reserve Price) akan bermula pada nilai yang lebih rendah daripada nilai pasaran semasa. Hasil daripada penjualan kenderaan itu akan digunakan untuk membayar apa-apa bayaran kepada pihak bank. Jika hasil jualan tersebut masih tidak mencukupi untuk melunaskan keseluruhan tunggakan hutang anda, maka anda akan diminta untuk membayar baki hutang tersebut.


Dalam Keadaan Ramai Orang Menghadapi Masalah Kewangan Menyebabkan Bilangan Kenderaan Lelong Juga Semakin Meningkat


Sekarang ni ramai pemilik kenderaan yang terkesan berikutan Pendemik Covid-19 sehingga banyak kenderaan akan dilelong. Antara penyumbang peningkatan bilangan kenderaan lelong ialah:

  • Pemilik kereta-kereta sewa di Institusi Pengajian Tinggi bila pelajar tidak kembali ke kampus dan belajar secara online di rumah. Bila tiada pelajar, tiada orang nak sewa kereta. Maka, bisnes kereta sewa pun tak dapat nak dijalankan.
  • Pemilik-pemilik Van atau bas yang mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah. Bila anak-anak tak dapat pergi ke sekolah seperti biasa, mereka tiada sumber pendapatan.
  • Pemilik bas Ekspres yang kehilangan penumpang disebabkan tidak boleh nak merentas negeri
  • Syarikat-syarikat Kapal Terbang. Tapi kalau kapal terbang kena lelong, siapa sahaja yang mampu beli?
  • Golongan-golongan yang diberhentikan kerja dan tiada sumber pendapatan untuk membayar pinjaman kenderaan
  • dan lain-lain


Jadi, sekiranya anda bercadang nak beli kenderaan yang harganya jauh lebih murah daripada harga pasaran, anda boleh cuba dapatkan kenderaan lelong yang kondisinya masih lagi TIPTOP. Jangan beli kereta lelong yang dah terlalu uzur keadaannya.


Sebagai contoh, anda boleh melihat gambar-gambar kereta lelong di bawah:


Kereta-kereta Mercedes Benz Untuk Di Lelong


Pelbagai Jenis Kereta Untuk DiLelong


Kereta Honda Accord Untuk Dilelong
Nissan Navara Untuk DiLelong
Van Mercedes Benz Untuk DiLelong


Lori Isuzu Untuk Di Lelong

Dan ada banyak lagi kenderaan lain yang akan dilelong dalam masa terdekat ini.

Selain lelongan yang dilakukan oleh pihak bank, syarikat-syarikat kenderaan mewah juga ada buat jualan lelong.

Tentu ramai yang tak tahu, selain pinjaman bank ada syarikat-syarikat kenderaan mewah yang memberikan pinjaman kepada pembeli kenderaan-kenderaan mereka.

Bila pembeli-pembeli ni tak mampu nak bayar pinjaman kereta, sama juga seperti pinjaman bank kereta akan ditarik balik oleh syarikat-syarikat tersebut. Dan bila dah sampai tempoh yang ditetapkan kenderaan tersebut akan dilelong oleh pihak syarikat. Sebagai contoh, boleh tengok dalam senarai di bawah:


Kereta-kereta Mercedes Benz Untuk Di Lelong

Nak dapatkan pinjaman dengan pihak Mercedes Benz sendiri pun bukan calang calang orang boleh dapat. Kalau document tak strong, mana nak dapat.

Bila kereta yang dibeli dengan menggunakan loan Mercedes Benz sendiri, anda tentu dapat agak macamana kondisi kereta tersebut. 

Dah tentulah kereta baru baru, tip top condition, brand new.
Mercedes Benz tentu akan jual kereta-kereta pilihan (terbaik) keluaran syarikat mereka untuk membolehkan pembeli mendapatkan pinjaman yang mereka sendiri sediakan.

Baru-baru ni kawan saya berjaya membeli sebuah kereta Audi secara Lelong pada harga 38.3% lebih rendah daripada harga pasaran. Beruntung betul beliau.


Beli Kereta Audi Lelong pada harga 38.3% lebih rendah daripada harga pasaran

Dalam Lelongan kereta, tak mustahil boleh dapat harga macam tu. Kadang tu ada kereta-kereta sport atau kereta-kereta mewah yang dibeli pada harga tak masuk akal.


Siapa pandai cari peluang beli kereta Lelong ni memang untung. Orang lain beli kereta mahal-mahal, mereka pula dapat beli kereta pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Kepada sesiapa yang nak tahu lubuk dan cara-cara beli rumah lelong, saya syorkan anda KLIK DI SINI.

Dapatkan seberapa banyak mungkin info yang lebih tepat supaya dapat membantu anda mendapatkan keuntungan melalui pembelian kenderaan lelong tersebut.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga bermanfaat.

Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)