Sekitar Berlangsungnya Jualan Rumah Lelong LPPSA Pada 28 November 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semalam 28 November 2020 (Sabtu) telah berlangsung jualan rumah lelong LPPSA yang dilaksanakan secara dalam talian di laman web pihak yang melelong, bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

  1. Kod NCM1-NCM22 lelongan telah dilaksanakan oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd pada jam 9.00 pagi, 28 November 2020. Secara online menerusi laman web https://www.ngchanmau.com
  2. Kod LA1-LA39 lelongan telah dilaksanakan oleh Leong Auctioneer Sdn Bhd pada jam 10.00 pagi, 28 November 2020. Secara online menerusi laman web http://leongauctioneer.com 
  3. Kod EZ1-EZ36 lelongan akan dilaksanakan oleh Eszam Auctioneer Sdn Bhd pada jam 11.00 pagi, 28 November 2020. Secara online menerusi laman web http://Eszamauctioneer.com
  4. Kod PAH1-PAH16 lelongan telah dilaksanakan oleh Pillay Auction House pada jam 12.00 Tengahari, 28 November 2020. Secara online menerusi laman web
  5. Kod JTR1-JTR27 lelongan akan dilaksanakan oleh JTR Auction House pada jam 2.00 Petang, 28 November 2020. Secara online menerusi laman web
  6. Kod AA1-AA43 lelongan akan dilaksanakan oleh JTR Arena Auction SDN BHD pada jam 3.00 Petang, 28 November 2020. Secara online menerusi laman web
  7. Kod PH1-PH42 lelongan akan dilaksanakan oleh Property Auction House SDN BHD pada jam 4.00 Petang, 28 November 2020. Secara online menerusi laman web
  8. Kod SA1-SA32 lelongan akan dilaksanakan oleh Sejahtera Auctioneer pada jam 5.00 Petang, 28 November 2020. Secara online menerusi laman web


Jom kita lihat sebahagian gambar-gambar sekitar berlangsungnya jualan rumah lelong LPPSA secara online Pada 28 November 2020


Contoh 1 : Lot No.25

Rumah Teres 1 Tingkat di Bukit Changgang, Banting, Selangor.
Reserve Price : RM182,250


Hanya ada seorang Pembida sahaja. Pembida ini menang pada harga Reserve Price RM182,250. Tahniah!!


Contoh 2 : Lot No.28

Unit apartment di Taman Puchong Indah.
Reserve Price : RM113,400
Hanya ada seorang Pembida sahaja. Pembida ini menang pada harga Reserve Price RM113,400. Tahniah!!

Sebaik sahaja urusan lelongan Lot No.28 berakhir, notifikasi dalam laman web memaparkan rumah seterusnya yang akan dilelong supaya pembeli yang berminat nak masuk membida hartanah seterusnya boleh bersedia.

Notifikasi dalam laman web memaparkan rumah seterusnya yang akan dilelong

Countdown 5,4,3,2,1 sebelum lelongan untuk Lot 32 bermula

Countdown 5,4,3,2,1 sebelum lelongan untuk Lot 32 bermula

Contoh 3 : Lot No.32

Unit apartment di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor.
Reserve Price : RM68,850

Notifikasi pemakluman lelongan Lot 32 telah bermula.


Hanya ada seorang Pembida sahaja. Pembida ini menang pada harga Reserve Price RM68,850. Tahniah!!

Contoh 4 : Lot No.33

Unit Apartement/Condo/Soho di Presint 11, Putrajaya.
Reserve Price : RM210,000

Notifikasi memaparkan Reserve Price bermula pada harga RM216,000 dengan kenaikan RM2,000 untuk setiap kali Bid

Lelongan Bermula.. Coundown 5,4,3,2,1...
Bid Pertama masuk dengan kenaikan harga baru sebanyak RM2000. Harga Terkini jadi RM218,000

Bid ketiga masuk dengan kenaikan harga baru sebanyak RM2000. Harga Terkini jadi RM222,000

Harga meningkat dan terus meningkat sehingga akhirnya menjadi RM252,000
Persaingan Sengit!! Ada 5 pembida bersaing untuk mendapatkan hartanah ini


Peringatan Pertama, sekiranya ada pembida yang nak membida dengan harga yang lebih tinggi

Peringatan Kedua, sekiranya ada pembida yang nak membida dengan harga yang lebih tinggi lagi

Panggilan Terakhir, sekiranya ada pembida yang nak membida dengan harga yang lebih tinggi lagi

Keputusan Mutlak! Tiada lagi pembida yang "berani" nak membida harga yang lebih tinggi

Lelongan Untuk Lot 33 tamat. Lelongan Hartanah ini dimenangi oleh Zamri pada harga RM252,000

Inilah proses yang berlaku semasa berlangsungnya Lelongan secara dalam talian untuk maklumat kita bersama.

Saya rasa cukuplah setakat ini saya kongsikan proses lelongan untuk 4 contoh hartanah di atas sekitar berlangsungnya Jualan Rumah Lelong LPPSA Pada 28 November 2020.

Sebelum menyertai lelongan online tersebut, para pembida telah pun diberi maklumat-maklumat seperti di bawah dan masing-masing telah diingatkan supaya menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. 


Jadi, sekiranya pembeli merasakan keadaan rumah yang diperolehi bermasalah selepas mendapatkan rumah lelong tersebut sebagai contoh:
  • Rumah rosak teruk dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi
  • Harga rumah yang di menangi lebih mahal daripada "market Value"
  • Menghadapi masalah semasa status pertukaran hak milik individu
  • Kawasan persekitaran seperti kemudahan, kejiranan, dan sebagainya yang tidak memuaskan hati pembeli
  • dan sebagainya
pihak LPPSA atau pihak yang melelong tidak boleh dipertanggungjawabkan atas masalah-masalah tersebut. Ini disebabkan mereka telah mengeluarkan kenyataan dan garis panduan di atas, sebelum lelongan dijalankan.


Ramai Yang Frust Sebab Terlepas Peluang Nak Turut Serta Membida Rumah Lelong LPPSA Pada 28 November 2020??

Saya percaya, pada kali ini ramai yang Frust sebab terlepas peluang nak mengikuti sesi Lelongan yang dianjurkan oleh pihak LPPSA. 

Jangan sedih! Ada banyak lagi peluang nak beli rumah lelong disebabkan terlalu banyak hartanah akan dilelong dalam masa terdekat ini. Hampir setiap bulan ada sahaja hartanah menunggu Q untuk dilelong samada secara Offline ataupun secara Online.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tentang rumah lelong, boleh klik pada link di bawah:

Anda boleh masuk dalam group Info Rumah Lelong yang disediakan oleh pemilik laman web di atas, supaya anda sentiasa mendapat update tentang info-info terkini berkaitan dengan rumah lelong.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Info Berkaitan:




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)