Boleh Dapat Ke Rumah Murah Bawah Harga RM50 Ribu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dalam keadaan sekarang ni ramai orang terkesan terutamanya dari segi ekonomi. Ada yang hilang pekerjaan, dibuang kerja, kena potong gaji, tutup peniagaan, dan sebagainya sehingga menyebabkan ramai yang tidak dapat hendak membayar pinjaman rumah pada setiap bulan. Akibatnya ada rumah yang telah masuk ke dalam list untuk dilelong.


Ramai yang cenderung untuk down grade lifestyle berbanding upgrade. Mereka cenderung untuk mencari rumah sewa yang lebih murah. Termasuk juga ada yang menjual aset seperti rumah disebabkan nak menyelamatkan perniagaan yang sedang terjejas daripada terus berkubur akibat kerugian. Jual Rumah mahal dan beli rumah murah.


    Boleh Dapat Ke Rumah Murah Bawah Harga RM50 Ribu?


    Soalan Cepu Emas : "Boleh Dapat Ke Rumah Murah Bawah Harga RM50 Ribu?"


    Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, kalau pandai cari In Shaa Allah boleh dapat rumah murah bawah harga RM50,000. Sebagai Contoh:

    1. Bandar Tasik Puteri, Rawang

        3 bilik tidur 2 bilik air

        Keluasan : 728 sq. ft

        Reverse Price : RM46,100

        Tarikh Lelongan : 28 November 2020

    Bandar Tasik Puteri, Rawang

    2. Taman Semarak 2, Nilai, Negeri Sembilan

        2 bilik tidur 1 bilik air

        Keluasan : 678 sq. ft

        Reverse Price : RM30,000

        Tarikh Lelongan :30 November 2020

    Taman Semarak 2, Nilai, Negeri Sembilan


    3. Service Apartment di Bukit Merah Laketown, Perak

        Studio Unit

        Keluasan : 310 sq. ft

        Reverse Price : RM18,530

        Tarikh Lelongan :30 November 2020


    Service Apartment di Bukit Merah Laketown, Perak


    Service Apartment di Bukit Merah Laketown, Perak ni ada terlalu banyak unit yang akan dilelong. Semuanya murah-murah, boleh dapat harga di bawah RM30,000. 


    Service Apartment di Bukit Merah Laketown, Perak

    Service Apartment di Bukit Merah Laketown, Perak

    Service Apartment di Bukit Merah Laketown, Perak


    Soalan Susulan : "Ada Banyak ke Rumah Murah Bawah Harga RM50 Ribu?"

    Nak kata banyak tu taklah.
    Tapi, hasil carian melalui satu laman web Rumah Lelong sahaja dah ada list 280 buah rumah untuk dilelong.

    Ini baru melalui satu laman web Rumah Lelong. Tak semak lagi dalam laman-laman web rumah lelong yang lain.


    280 Senarai Rumah Lelong Bawah Harga RM50,000


    Soalan Susulan yang seterusnya : "Macamana ada sesetengan Reserve Price Rumah Lelong Boleh Jadi Sehingga Begitu Murah? Sedangkan ada sesetengah rumah lelong tu masih elok keadaanya"


    Saya bagi satu contoh Real Case Study, rumah yang dilelong buat kali pertama pada 27 Ogos 2014 pada harga RM60,000.

    Dilelong kali pertama pada 27 Ogos 2014 pada harga RM60,000

    Semasa lelongan dijalankan, tiada pembida yang berminat untuk membeli rumah tersebut.

    Masuk dewan Lelong buat kali kedua pada 20 September 2014. Pada ketika ini harga Reserve Price diturunkan sebanyak 10%. Jadi, rumah dilelong semula (kali ke2) pada harga RM54,000. Juga, tiada pembida yang berminat untuk membeli rumah tersebut.


    Dilelong kali ke 2 pada 20 September 2014 pada harga RM54,000


    Masuk dewan Lelong buat kali ke3 pada 20 Disember 2014. Pada ketika ini harga Reserve Price diturunkan lagi sebanyak 10%. Jadi, rumah dilelong semula (kali ke3) pada harga RM48,600. 

    Dilelong kali ke 3 pada 20 Disember 2014 pada harga RM48,600


    Juga, masih lagi tiada pembida yang berminat untuk membeli rumah tersebut.


    Masuk dewan Lelong buat kali ke4 pada 8 Mac 2017 (Skip hampir 3 tahun baru dilelong semula). Pada ketika ini harga Reserve Price diturunkan lagi sebanyak 10%. Jadi, rumah dilelong semula (kali ke4) pada harga RM43,700. 

    Dilelong kali ke 4 pada 8 Mac 2017 pada harga RM43,740


    Jom kita semak dekat Mudah, berapa harga rumah dekat Pangsapuri Seri Perantau, Port Klang ini?

    Harga rumah dekat Pangsapuri Seri Perantau, Port Klang

    Hasil carian dekat Mudah, harga rumah di kawasan ini antara RM80,000 hingga RM130,000. Average harga dalam RM105,000.

    Berbaloi tak anda beli rumah ini secara lelong pada harga RM43,740? (58.34% di bawah harga pasaran).

    Tentulah berbaloi. Lebih berbaloi, sekiranya dekat kawasan ini ada ramai orang yang berminat nak menyewa. 

    Macamana nak tahu kawasan tu ada ramai penyewa atau pun tidak? Boleh dapatkan Tips daripada AbangEnsem.


    Sekarang anda dah dapat gambaran kan? Kenapa rumah boleh dilelong sehingga jadi begitu murah? Sedangkan ada sesetengah rumah tu masih berada dalam keadaan yang elok.


    Bila rumah dilelong banyak kali. Setiap kali masuk ke dewan lelong, harga rumah (reserve Price) akan berkurang sebanyak 10%. Berikut saya sertakan juga 3 lagi contoh tentang pengurangan harga rumah yang berlaku dalam dewan lelong.

    1. lelongan kali Pertama RM810,000 pada 18/11/2019
    2. lelongan kali kedua RM729,000 pada 10/02/2020
    3. lelongan kali ketiga RM656,100 pada 31/03/2020 (PKP)
    4. lelongan kali keempat RM656,100 pada 29/05/2020 (lelongan semula)
    5. lelongan kali kelima RM590,490 pada 25/06/2020

    1. lelongan kali Pertama RM700,000 pada 11/11/2019
    2. lelongan kali kedua RM630,000 pada 30/11/2020
    3. lelongan kali ketiga RM567,000 pada 21/12/2019 
    4. lelongan kali keempat RM567,000 pada 18/07/2020 (lelongan semula)
    5. lelongan kali kelima RM453,600 pada 08/08/2020


    1. lelongan kali Pertama RM656,400 pada 31/03/2020 (PKP)
    2. lelongan kali kedua RM565,100 pada 29/05/2020 (lelongan semula)
    3. lelongan kali ketiga RM590,490 pada 25/06/2020 
    4. lelongan kali keempat RM531,441 pada 20/07/2020 
    5. lelongan kali kelima RM478,297 pada 10/08/2020


    Di sini kita dapat lihat bagaimana keuntungan yang diperolehi semasa membeli rumah lelong.


    Dalam keadaan biasa, harga rumah akan naik sebanyak 8% pada setiap tahun. Tetapi bagi rumah lelong pula, harga rumah akan turun sebanyak 10% selagi rumah masih belum berjaya dijual 


    Sebagai contoh, rumah yang berharga RM100,000 pada tahun 2015.

    Pada tahun 2020, harga rumah akan meningkat menjadi RM158,687 (anggaran) setelah melalui 5 kali kenaikan harga rumah sebanyak 8% setahun

    Sekiranya rumah tersebut dilelong pada tahun 2015, dan 10 kali masuk dewan lelong sehingga berjaya dijual pada tahun 2020.
    Harga rumah (Reserve Price) lelong tersebut pada tahun 2020 akan jadi RM38,742 
    1. 100000
    2. 90000
    3. 81000
    4. 72900
    5. 65610
    6. 59049
    7. 53144
    8. 47830
    9. 43047
    10. 38742

    Harga Rumah Asal tahun 2015 = RM100,000
    Harga Rumah Semasa = RM158,687
    Harga Rumah Lelong   = RM 38,742

    Tapi, berdasarkan Real case Study yang saya jumpa setakat ini. Belum pernah lagi ada rumah dilelong sehingga 10 kali.
    Paling banyak biasanya dalam 5 kali dah ada orang Bid nak beli rumah tersebut. Itu pun dah boleh dapat untung banyak.

    Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga dapat memberi gambaran tentang proses untuk membeli rumah lelong

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tentang rumah lelong, boleh klik pada link di bawah:

    Semoga bermanfaat.

    Info Berkaitan:

    Labels

    BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)