Lambakan Rumah Lelong dalam Pasaran semasa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sekarang ni ada terlalu banyak rumah lelong dalam pasaran.. Rasanya dah sampai ke tahap Bekalan melebihi daripada Permintaan. Sebab tu rumah-rumah lelong ni jadi semakin murah, walaupun ada diantaranya rumah-rumah baru yang masih lagi "Virgin".



1,628 rumah di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur  akan di Lelong dalam masa terdekat


Ini data untuk negeri KL dan Selangor sahaja. Data yang saya ambil daripada satu laman web pelelong hartanah di Malaysia. Untuk makluman anda, ada beberapa laman web lagi yang turut mengiklankan senarai rumah lelong.

Cuba anda bayangkan, dalam satu laman web sahaja sudah ada lebih 1500 rumah yang akan dilelong bagi 2 negeri ini. Bagaimana pula kalau kita gabungkan dengan laman-laman web rumah lelong yang lain. Ini menunjukkan ada terlalu banyak rumah yang akan dilelong pada ketika ini.


Contoh senarai rumah yang akan dilelong secara Online pada 12 Oktober 2020 pada jam 11.30 pagi

Contoh Senarai rumah yang akan dilelong dalam masa 4 hari lagi

Memang beruntung siapa yang ada modal nak beli rumah sekarang ni. Siapa yang ada modal/saving dalam RM50,000 (cash) boleh dapat aset bernilai dalam RM1 juta pada harga 40% hingga 60% di bawah harga pasaran.

Dengan erti kata lain, gunakan modal RM50,000 (cash) tadi untuk beli rumah lelong yang berharga RM1juta, tapi di beli pada harga dalam RM400,000 hingga RM500,000 sahaja.

Tapi, nak dapat peluang macam tu kena ada ilmu. Kalau tiada ilmu boleh menyebabkan kita menanggung kerugian.

Dekat mana nak dapatkan ilmu "Real Case Study" berdasarkan pengalaman sebenar?

Boleh baca dua panduan ini sebagai rujukan untuk membeli rumah murah;

Sumber : Klik Di Sini


Siapa beli rumah lelong pada waktu Pasca Covid-19 dan selepas tempoh Moratorium ni memang untung. Tapi masih ramai yang takut nak membeli rumah lelong termasuk juga rakan-rakan saya.

Mereka takut risiko mengalami kerugian. Dalam apa juga pelaburan, risiko memang sentiasa ada. Hanya dengan ilmu sahaja yang dapat mengurangkan risiko tersebut. Kalau sentiasa takut dengan risiko sampai bila-bila pun kita tak kan mampu beli rumah sendiri.

Kalau takut sangat nak beli rumah lelong, boleh beli rumah Subsales. Boleh tengok sendiri keadaan rumah sebelum beli. Nak tahu "Real Case Study" beli rumah subsales, boleh baca panduan di bawah.

Sumber : Klik Di Sini



Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat. Terutamanya bagi anda yang sedang mencari rumah pertama.

Terima kasih kerana sudi membaca..

Info Berkaitan: