Real case Study : Beli Rumah murah 63.32% di bawah Harga Pasaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ingat lagi tak tentang Kisah perjalanan hidup Jutawan Homestay, Tuan Shafie Bustan yang pernah saya kongsikan dalam beberapa Post sebelum ini??. 


Sumber : Klik Di Sini

Sekiranya anda dah terlupa, atau anda baru pertama kali menjejakkan kaki ke blog ini.. Saya kongsikan sekali lagi beberapa post yang pernah saya tulis tentang beliau:


Saya suka mengikuti kisah-kisah kejayaan beliau di facebook.

Daripada kisah beliau semasa "menang" bid membeli rumah-rumah lelong, kisah setup homestay-homestay beliau, kisah beliau menguruskan tanah-tanah milik beliau, kisah-kisah beliau mengusahakan penanaman fertigasi cili, sehinggalah kepada kisah motor besar beliau. 

Semua saya baca..  

Hahaha... Memang best... Beliau buat sendiri apa yang beliau tulis...

Memang sesuai sangat untuk dijadikan sebagai contoh atau inspirasi kepada kita terutamanya dalam pelaburan hartanah.


Cerita terbaru tentang beliau... Ialah ketika beliau membeli rumah lelong di bawah harga pasaran 63.32%.


Real case Study : Beli Rumah murah 63.32% di bawah Harga Pasaran


Rumah yang berjaya beliau beli pada kali ini terletak di tengah-tengah kotaraya KL iaitu di ampang.

Berikut merupakan maklumat detail SNP lama pemilik rumah yang asal.

Sumber : Klik Di Sini


SNP yang di tandatngan pada  6 June 2018 dengan harga jualan sebanyak RM1,254,240.

  • Unit keluasan bagi rumah ini adalah 1038sqt.
  • Rumah 3 bilik.
  • Siap dengan kemudahan private lift.
  • Rumah unit tepi (end unit)
  • harganya pada tahun 2018 RM1.25 juta tu
  • Harga sekarang?? - Tentu ada peningkatan sebab harga hartanah sentiasa naik.


Jom kita tengok berapa pula harga rumah yang beliau menang pada kali ini?

Berikut merupakan kontrak jualan unit ini sebagai bukti:

Sumber : Klik Di Sini


Pada kali ini beliau berjaya menang beli rumah lelong pada harga RM460k. Lelongan tersebut dijalankan pada 28 July 2020.

Beli berjaya menang rumah lelong 63.32% berbanding dengan harga SNP. jauh lebih murah.

Below market value kaw kaw.


Lebih menarik lagi keadaan unit ini memang tip top.

unit masih virgin... Siap dapat free 4 unit aircond.

free 2 water heater...

memang unit baru...

takde kos repair yang perlu dikeluarkan.

Semua keadaan fizikal rumah masih cantik dan terjaga rapi.


Boleh tengok gambar-gambar rumah seperti berikut:

Menang Rumah Lelong dekat Ampang, KL

Dapat hadiah 4 unit Aircond yang masih Tip Top

Keadaan fizikal bangunan masih seperti baru

Siap dapat Water Heater percuma, juga masih Tip-Top


Paling best sekali dah tentulah Swimming Pool yang cantik


Inilah real case study terbaru beliau.

Atas kertas sahaja beliau dah untung ratusan ribu ringgit dengan membeli rumah lelong pada kali ini!!! 

Sangat berharga pengalaman yang beliau miliki dalam membeli rumah-rumah dan tanah-tanah lelong sejak dari tahun 2007 lagi.


Sekiranya anda nak dapat ilmu membeli rumah lelong daripada beliau, saya syorkan anda layari laman web beliau menerusi pautan di bawah: 

https://rumahlelong.onpay.my

.

Saya dah baca ebook yang beliau tulis. Memang best. Terutamanya pengalaman beliau semasa beli rumah lelong dekat Langkawi.

Dijangka selepas tamat Moratorium, semakin banyak rumah-rumah yang akan dilelong disebabkan ramai orang terjejas sumber pendapatan dan tak mampu nak bayar installment rumah.

Jadi, inilah masa yang terbaik kalau nak beli rumah-rumah murah di bawah harga pasaran