Boleh Beli Banglo Secara Tunai Setiap Bulan dengan Pendapatan Melalui Youtube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat hujung minggu dan saya doakan semoga anda sihat sejahtera disamping dapat meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

Dalam post kali ni saya nak menulis satu perkongsian yang boleh memberi Inspirasi kepada kita, terutamanya kepada youtuber-youtuber dan bakal youtuber seperti saya.

Boleh Beli Banglo Secara Tunai Setiap Bulan dengan Pendapatan Melalui Youtube

Boleh Beli Banglo Secara Tunai Setiap Bulan dengan Pendapatan Melalui Youtube

Percaya atau tidak, ada youtuber (pemilik saluran individu) yang mempunyai pendapatan yang lumayan sehingga membolehkan beliau membeli sebuah rumah banglo secara tunai pada setiap bulan

Ini bukan saluran youtuber syarikat yer.. Tapi saluran youtuber dimiliki oleh individu atau personal. 

Kalau saya kongsikan gambar ini, korang rasa kenal tak siapa yang saya maksudkan?

Sumber : Klik Di Sini

Anda kenal tak siapa dia yang saya maksudkan?

Youtuber yang saya maksudkan tak lain tak bukan ialah Felix Arvid Ulf Kjellberg yang merupakan pemilik saluran PewDiePieBeliau merupakan antara pelopor kepada permainan video game Live Streaming. Kalau di Malaysia sekarang ni macam Solos, Penjahat dan lain-lain. Sebelum mereka start buat Video permainan game live Streaming, Felix Arvid Ulf Kjellberg dah mulakannya terlebih dahulu. 

Berikut merupakan biadota beliau:
  • Nama penuh: Felix Arvid Ulf Kjellberg
  • Tarikh Lahir (Umur) : 24 October 1989 ( 30 tahun)
  • Negara Kelahiran : Gothenburg, Sweden
  • Tempat Tinggal semasa : Brighton, England
  • Pekerjaan : YouTuber sepenuh masa
  • laman web : pewdiepie.store

Beliau telah memulakan saluran Youtube yang dikenali sebagai PewDiePie pada 29 April 2010. Sehingga kini (20 September 2020), saluran Youtuber beliau telah mencapai 106 juta Subscribers dan 26 billion Views.

Sumber : Klik Di Sini

Dan berikut pula merupakan video sempena satu dekad (10 tahun) kewujudan saluran PewDiePie di Youtube.



Saluran PewDiePie berjaya menerima lima peringkat Anugerah "YouTube Creator Awards" iatu Silver, Gold, Diamond, Custom, dan Red Diamond Creator

Saluran PewDiePie merupakan salah satu daripada dua saluran YouTube yang berjaya menerima lima peringkat Anugerah "YouTube Creator Awards" iaitu Silver, Gold, Diamond, Custom, dan Red Diamond Creator. Anugerah ini diperolehi apabila telah mencapai:
  1. 100 ribu subscribers (Silver Play Button)
  2. 1 juta subscribers (Gold Play Button)
  3. 10 juta subscribers (Dimond Play Button)
  4. 50 juta subscribers (Custom Play Button) 
  5. 100 juta subscribers (Red Diamond play button)

Penghargaan yang diterima daripada Youtube selepas mencapai 100 juta Subscribers
Sumber : Klik Di Sini

Kjellberg berjaya mendapat Custom Creator Award sebagai Ruby Play Button pada tahun 2016. Pada tahun 2019, saluran PewDiePie Kjellberg berjaya menjadi yang kedua keseluruhan, dan yang pertama dilakukan oleh saluran individu yang berjaya menerima Anugerah Red Diamond Creator.

Berikut merupakan video kisah perjalanan saluran PewDiePie  dari tahun 2010 bermula dengan 100 subscribes sahaja sehingga akhirnya berjaya mencapai 100 juta subscribers (Anugerah Red Diamond Creator) dalam tempoh hampir 10 tahun.


Berikut pula merupakan senarai Top 10 video beliau yang telah mendapat view tertinggi.

Sumber : Klik Di Sini

Salah satu daripada video beliau yang bertajuk "bitch lasagna" telah berjaya mencapai 261.6 juta view, bermaksud anggaran pendapatan melalui video tersebut sahaja berjumlah USD261,600 atau bersamaan dengan RM1,098,720.

Itu baru anggaran pendapatan melalui satu video. Kalau anda tengok senarai video yang terdapat dalam saluran PewDiePie, boleh dikatakan semua video beliau melebihi 1 juta view. Dan hampir setiap hari ada sahaja video baru yang telah beliau upload di saluran tersebut.

Berdasarkan polisi Youtube.. setiap video yang diupload di Youtube berpeluang untuk menghasilkan pendapatan dengan syarat telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan iaitu:
  1. Perlu mempunyai 1,000 Subscribers
  2. Perlu mencapai 4,000 jam tontonan video-video yang telah kita upload dalam tempoh 12 bulan


Anggaran pendapatan beliau melalui youtube sebulan ialah USD1juta.

atau kalau kita convert kepada duit Malaysia, anggaran pendapatan beliau sebulan dalam RM4.11 juta.

Pendapatan tersebut diperolehi melalui:
  • Bayaran pengiklanan di saluran Youtube beliau
  • Review Produk atau permainan game
  • Komisyen Affiliate 
  • Jualan Produk di laman web beliau pewdiepie.store
  • dan lain-lain 

Contoh Komisyen Affiliate yang boleh diperolehi melalui aktiviti promosi di Youtube
Sumber : Klik Di Sini

Dengan pendapatan sebanyak itu, boleh buat beli sebuah banglo mewah secara tunai pada setiap bulan.

Sebagai contoh, Banglo dalam gambar di bawah yang lengkap dengan kemudahan swimming pool berharga dalam RM3.5 juta. Selepas beli banglo ni secara tunai masih ada lagi baki duit sebanyak RM610 ribu untuk perbelanjaan bulanan. Bestkan?

Sumber : Klik Di Sini 

Kita nak beli rumah lelong atau rumah subsales secara tunai setahun sebuah rumah pun kita tak mampu. Inikan pula nak beli rumah banglo secara tunai sebulan sekali.

Inilah potensi pendapatan melalui Youtube. Pendapataan di luar jangkaan sekiranya kita berjaya menghasilkan content yang disukai ramai. Semoga kisah kejayaan PewDiePie ini dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada kita untuk menghasilkan content youtube yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Tak semestinya kita juga kena buat content youtuber permainan game. Sebagai orang Islam kita dituntut untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Jadi, content yang dihasilkan sebaiknya perlulah seimbang yang penting dapat memberi manfaat kepada orang ramai yang menontonnya supaya selain dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan diharap dapat menjadi saham akhirat kepada kita.

Sebenarnya terdapat banyak idea nak buat content Youtube ni, sebagai contoh boleh tengok dalam link-link yang saya kongsikan di bawah:

Kepada semua youtuber dan bakal-bakal youtuber, saya doakan semoga satu hari nanti anda berjaya menjadi seorang youtuber yang kaya, berjaya dan dermawan.
In Shaa Allah...
Aamiin... Aamiin... Aamiin.. Ya Rabbal Alamin...

Semoga bermanfaat..

Ikhlas daripada saya

Muhamad Anuar Bin Marsib


 Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)