Buruh Nelayan dan juga Petani, Gaya hidup kini dah berubah..... Inilah Realitinya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semenjak Covid-19 menyerang satu dunia, ramai orang terjejas sumber pendapatan. Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 1 hingga Fasa 4) kemudian diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang menyebabkan pergerakan setiap orang agak terbatas. 

Bagi mereka yang bekerja "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" seperti golongan Buruh, nelayan dan juga petani pendapatan mereka agak terjejas pada ketika ini.


Gambar Hiasan Pertanian Rock Melon
Sumber : Klik Di Sini


Saya membesar dalam persekitaran kawasan pertanian. Bila keadaan ini berlaku, teringat kepada rangkap demi rangkap lagu Keranamu Malaysia (2006) yang telah dicipta oleh Pak Ngah dan liriknya dikarang oleh Siso Kopratasa


Lirik Lagu Keranamu Malaysia 

Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara


Video Lagu Keranamu Malaysia

Suka dengan Rangkap pertama dan kedua lagu tersebut yang berbunyi...
"Buruh Nelayan dan juga petani,Gaya Hidup kini dah berubah..."

Lagu ini dicipta pada tahun 2000...
Sekarang ni kita dah berada di tahun 2020...
Wawasan 2020...

Golongan petani, buruh dan nelayan pada zaman sekarang pastinya agak berbeza dengan golongan petani, buruh dan nelayan di zaman 20 tahun yang lalu... Ditambah pula dengan kelahiran generasi terkini yang celik IT...

"Anak-anak terasuh mindanya... Lahir Generasi Bijak Pandai"

Zaman sekarang dah semakin moden, sudah tentu ada teknologi terkini atau pendekatan baru yang telah digunakan dalam bidang pertanian... Salah satunya ialah Fertigasi...

Petani Moden menggunakan teknik penananam secara Fertigasi
Sumber : Klik Di Sini

1. Pertanian Moden : Daripada Bijih Benih sehingga kepada Penuaian Hasil

Apabila berlaku permodenan dalam bidang pertanian, sudah pasti kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lebih "Smart" seperti contoh dalam gambar-gambar di bawah



Aktiviti menyiram Bijih Benih Rock Melon dalam Tray Semaian
Sumber : Klik Di Sini


Keadaan Anak Benih Rock Melon selepas beberapa hari Disemai dalam trai Semaian.
Sumber : Klik Di Sini


Hasil Buah Rock Melon yang telah dituai apabila sudah cukup 75 hari
Sumber : Klik Di Sini

Nampak tak hasilnya?
Dengan adanya teknologi pertanian moden akan dapat memudahkan lagi aktiviti pertanian. Secara tidak langsung akan dapat menarik minat golongan muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Dan yang menariknya... 
Bagi mereka yang berminat nak memulakan aktiviti pertanian moden ini, sekarang anda boleh mendapatkan maklumat yang boleh diperolehi dalam bentuk video langkah demi langkah... Sangat membantu..




2. Pekerja Buruh Kelapa Sawit : Dari Ladang ke Dunia Online

Seorang buruh dari Indonesia yang bekerja di Ladang kelapa sawit di Malaysia bernama Dimas Pratama, kini semakin dikenali di dunia online apabila saluran Youtube beliau mempunyai 153k Subscriber (langganan).

Sumber : Klik Di Sini

Anda nak tahu apa dia buat?

Beliau hanya merakam video aktiviti harian ditempat kerja iaitu kait buah kelapa sawit dan naikkan buah kelapa sawit tersebut di atas lori. Kemudian upload (muat naik) video-video tersebut ke Youtube (channel beliau)

Sehingga sekarang beliau sudah mempunyai lebih 388 video yang telah diupload kebanyakkannya tentang angkat kelapa sawit.

Sumber : Klik Di Sini

Cara edit video pun biasa-biasa sahaja dan hanya merakam video dengan menggunakan handphone. Tanpa ada alat yang canggih manggih..

Kini, dia merupakan Youtuber Sawit pertama yang telah berjaya mendapat Silver Play Button. TAHNIAH!!!

Sumber : Klik Di Sini

Video yang beliau hasilkan, beliau masukkan sekali dengan lagu. Konsisten upload. Tak perlu nak buat video cantik cantik.

Kalau dia boleh, anda pun tentu boleh. Apa sahaja kerja yang anda buat setiap hari, rakam dan upload sahaja di Youtube.

Mana tahu nanti boleh dapat income macam Dimas Pratama.

Kunci utama adalah rakam dan upload secara konsisten bukan sebab duit tapi nak kongsikan apa yang anda buat.

Sumber : Klik Di Sini


3. Isteri Pekerja Ladang Kelapa Sawit : Jana Pendapatan Dari Rumah Melalui Video Masakan

Nama Sugu Pavithra semakin dikenali ramai apabila beberapa video masakan beliau mula tular di laman-laman sosial. 

Kisah beliau telah menarik perhatian beberapa media tempatan sehingga ada akhbar yang telah menulis kisah beliau. Sebagai contoh dalam akhbar harian Metro bertajuk "Sentuhan masakan Pavithra" laporan oleh wartawan Rosyahaida Abdullah.

Ketia di wawancara beliau memberitahu:
"Saya sendiri tidak tahu bagaimana secara tiba-tiba begitu ramai pengguna melanggan saluran Youtube kami sedangkan kami sangat baru, masih banyak kekurangan dalam kandungan video yang perlu kami perbaiki" Kata S Pavithra, 28

Semasa saya mula-mula tengok video beliau pada bulan Januari 2020, Subscriber baru 100 orang lebih.

View video pertama ikan talapia bakar pada masa tu dalam 300 lebih macam tu sahaja.

Ni cerita pada 3 bulan yang lalu.


Sumber : Klik Di Sini


Sekarang subscriber dia dah lebih 300K dah setiap video yang dia upload view mesti cecah puluhan ribu!


Sebelum ini tidak ramai yang mengenali Sugu Pavithra. Seorang suri rumah berbangsa India Malaysia yang tinggal dikampung hanya rakam video suka-suka untuk dikongsikan. Manakala suami beliau merupakan pekerja ladang kelapa sawit dan mereka tinggal di kuaters yang disediakan oleh majikan suami

Beliau hanya kongsikan Video Masakan untuk keluarga sahaja.


Sumber : Klik Di Sini

Kelebihan beliau ialah, beliau fasih berbahasa melayu menjadikan video dia yang rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton. Nampak real!

Rezeki Tak Salah Alamat

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, mereka sendiri terkejut apabila jumlah pelanggan saluran mereka meningkat sehingga 10,000 dalam tempoh sebulan saluran berkenaan diwujudkan.


Susulan itu, beliau menerima email daripada YouTube untuk menjadi rakan YouTube sekaligus membolehkan mereka memperolehi pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut Dolar Amerika Syarikat (AS).

Sumber : Klik Di Sini

Haaa.. Nampak tak? Dah dapat income dari Youtube. Tak perlu pandai sangat pun. Rakam dan upload saja.

Siapa yang hari-hari masak kat rumah tu, buat satu Channel Youtube dan upload la apa yang anda masak.

Tak rugi apa pun. Mana tahu lepas dua tiga bulan upload, boleh dapat duit.

Boleh jadikan Sugu Pavithra dan suami sebagai sumber inspirasi. 

Mereka mula upload video masakan yang dirakam dengan menggunakan telefon pintar suaminya yang dibeli secara berhutang. Kemudian pekakasan/peralatan memasak yang digunakan merupakan peralatan asas di dapur sahaja, tiada peralatan yang canggih. Berbekalkan dua periuk termasuk periuk untuk memasak nasi selain kuali dan sudip sudah cukup untuk beliau menghasilkan video masakan yang dapat dikongsikan di Youtube.



Anggaran pendapatan yang diperolehi oleh Sugu Pavithra pada setiap bulan USD$1.8K - USD$28.9K
Sumber : Klik Di Sini

Sehingga kini terdapat lebih 300 ribu jumlah pelanggan saluran beliau di Youtube.  



4. Rezeki Nelayan : Jana Pendapatan Secara Online Melalui Video Aktiviti Menangkap Ikan


Siapa kata seorang nelayan yang bekerja di laut, tidak boleh buat duit secara online??

Ini musim PKP weiii... Ramai orang duduk goyang kaki di rumah.. Bosan-bosan mereka tengok video di Youtube.. Setiap masalah yang ada pada hari ini boleh dijadikan sebagai peluang baru dalam hidup kita.

Kali ni saya nak kongsikan pula kisah seorang nelayan bernama Sazali Adam bahar. Beliau upload video tangkap ikan, tangkap udang, tangkap ketam dan lain-lain kisah benar kehidupan seorang nelayan.


Sumber : Klik Di Sini

Setiap video yang dimuatnaik di Youtube telah berjaya menjadi tontonan ramai sehinggakan ada video beliau yang mendapat lebih 700 ribu tontonan (view). Tidak hairanlah pada ketika ini beliau sudah mempunya lebih 150 ribu jumlah langganan di saluran Youtube beliau. 

Malah, kebanyakan video kisah hidup nelayan yang telah beliau upload di youtube telah berjaya mendapat puluhan ribu tontonan 

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Antara video beliau yang menarik perhatian saya ialah kisah Tangkap Ketam. Boleh tonton video di bawah:



Video ini telah ditonton hampir 700 ribu kali...

Kalau anda perhatikan betul-betul kualiti video beliau simple sahaja. Tak perlu susah-susah nak buat video yang gempak... 

Jadi, sekiranya anda mempunyai banyak persoalan tentang penghasilan Video di Youtube seperti :


"Nak buat youtube tapi tak pandai nak edit laaa..."

Sebenarnya Ramai yang saya jumpa bagitau macam ni.

Siapa kata kena pandai edit untuk mula buka Channel Youtube?

Video Sazali Adam bahar ni boleh katakan langsung tak edit.. Apa yang dia rakam, itu yang dia upload.

View video beliau boleh sampai PULUHAN RIBU hingga ke RATUSAN RIBU.....

Audio pun out. Tengok berapa subscriber dia sekarang?
Terkini 161K jumlah Subscriber

Alhamdulillah... Sekarang ni beliau dah pandai edit sikit berbanding masa awal-awal dulu.

Saya rasa income dia dekat youtube lagi banyak daripada pendapatan dia menangkap ikan. Kalau dulu tangkap ikan merupakan sumber pendapatan utama untuk menyara hidup. Sekarang ni menangkap ikan boleh menjadikan sebagai hobi untuk mendapat bahan video bagi siaran terkini saluran Youtube beliau.

Rakam dan upload sahaja untuk permulaan.

Nak daftar login pun guna akaun GMAIL sahaja. Lepas tu dah boleh masuk setup channel.

Upload gambar profile. Banner letak je apa pun dulu.

Lepas tu upload video. Masukkan Headline dan Description. Then upload.

TAPI untuk buat orang tau video kita upload ni, buatkan Headline dan Description yang menarik perhatian.

Barulah view naik.

Boleh belajar cara buat tajuk video bagi orang jumpa dan dapat banyak tontonan (Klik Di Sini)

Untuk berjaya kena belajar daripada mereka yang telah berjaya.

Selagi kita tak belajar sesuatu, selagi itu kehidupan kita akan kekal berada di tahap sekarang.

Sedangkan ramai orang di luar sana telah berjaya mengubah taraf kehidupan mereka, setelah mereka belajar sesuatu ilmu yang bermanfaat daripada orang lain. 

Banyak sifu-sifu Youtube/Rakaman Video yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan menyediakan panduan bagaimana untuk buat duit dengan Video/Youtube. Sebagai contoh, boleh tengok 3 panduan di bawah:

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini


Realiti kehidupan golongan buruh, nelayan dan juga petani di zaman sekarang

Inilah realiti kehidupan golongan buruh, nelayan dan juga petani di zaman sekarang. Dah tak sama macam dulu-dulu.
Sambil meneruskan aktiviti pekerjaan harian mereka seperti biasa di kebun, ladang, dan laut. Dalam masa yang sama mereka juga boleh memperolehi sumber pendapatan yang lain.

Kata orang tua-tua pasang serampang dua mata. Buat satu kerja dapat 2 hasil. Satu hasil (gaji) ditempat kerja dan satu lagi hasil yang diperolehi melalui rakaman video.

Syukur Alhamdulillah... Walaupun tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, tidak berpakaian "Smart" untuk pergi ke pejabat, tetapi dengan kreativiti yang ada membolehkan mereka mempunyai sumber pendapatan yang agak selesa.


Sumber : Klik Di Sini

Sekian sahaja perkongsian daripada saya pada kali ini.
Semoga Bermanfaat.

Ikhlas daripada
Muhamad Anuar Bin Marsib


Info Berkaitan: