92.1% Usahawan Susah : Laporan Kaji Selidik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap usahawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam post sebelum ini, kami kongsikan statistik 610,500 Hilang Pekerjaan Akibat Impak Negatif Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19, dengan merujuk kepada keratan akhbar Harian Metro bertarikh 9 Mei dan 13 Mei 2020.

Pada post kali ini pula, kami akan dedahkan statistik berkaitan dengan Usahawan. Berdasarkan kepada keratan Akhbar Harian Metro bertarikh 26 Mei 2020 menunjukkan 92.1 peratus usahawan susah. Dapatan ini diperolehi berdasarkan kepada Laporan Kaji Selidik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap usahawan.



92.13 peratus Usahawan Susah
92.13 peratus Usahawan Susah 
Keratan Akhbar Harian Metro bertarikh 26 Mei 2020

Merujuk kepada keratan akhbar diatas menunjukkan 92.13 peratus usahawan di negara ini memerlukan bantuan kewangan bagi menceburi perniagaan baharu.

Berikut merupakan rumusan satistik-statistik yang dilaporkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, berdasarkan laporan Kaji Selidik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap usahawan:
  • 40.45 peratus usahawan memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan permulaan 
  • 31.46 peratus usahawan lagi memerlukan latihan asas keusahawanan.
  • Jumlah usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaftar di Malaysia sehingga kini adalah sebanyak 907,065 syarikat dan 186,855 daripadanya atau 20.6 peratus adalah usahawan PKS wanita.
  • Daripada jumlah itu, 8.85 peratus perniagaan gulung tikar dan 91.15 peratus mampu meneruskan perniagaan manakala 58.55 peratus bersedia menceburi bidang baharu dan 41.45 peratus sebaliknya.
  • Melalui kaji selidik SME Corp Malaysia didapati 81 peratus responden memberi maklum balas mereka ada tunai dalam tangan yang hanya cukup untuk meneruskan operasi jika keadaan berlarutan kurang tiga bulan dan kurang daripada 1.0 peratus PKS mampu bertahan lebih setahun.
Menurut beliau, "sekiranya PKP diteruskan lagi, majoriti usahawan terutama usahawan mikro tidak dapat meneruskan operasi perniagaan masing-masing dan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran

Untuk lebih detail lagi, saya syorkan anda baca sendiri keratan akhbar di atas.


Berdasarkan pandangan peribadi saya pula, masalah usahawan, masalah majikan, masalah peniaga kesudahannya akan kembali kepada masalah dalam pekerjaan. 

Bila usahawan selaku majikan juga peniaga-peniaga berhadapan dengan risiko menanggung kerugian, secara tidak langsung ia akan menjejaskan periuk nasi pekerja-pekerja mereka. Keadaan ini akan turut menyumbang kepada peningkatan populasi kadar pengangguran di negara kita.


Sumber : Klik Di Sini

Pada pendapat saya, langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh usahawan-usahawan pada ketika ini ialah dengan meng"online"kan perniagaan masing-masing. 

Terdapat banyak platform yang boleh digunakan untuk meng"online"kan perniagaan anda, antaranya:
Yang penting sekali, usahawan kena rajin explore.. Kalau tak tahu boleh bertanya kepada mereka yang lebih arif...

Ada sahabat saya sebelum ini bergantung kepada perniagaan offline semata-mata. Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Kesudahannya syarikat beliau tidak mempunyai sebarang jualan.

Tapi, setelah beliau meng"online"kan perniagaan atas nasihat seorang rakan, dalam tempoh sebulan syarikat beliau telah berjaya menghasilkan jualan melebihi RM7K...


Alhamdulillah, kini syarikat beliau dapat kembali bernafas semula. "Denyutan nadi" peniagaan syarikat beliau sudah mula kelihatan. Dengan hasil jualan tersebut, secara tidak langsung telah dapat membantu syarikat beliau untuk membayar gaji pekerja, sewa pejabat, bil utility dan sebagainya. 

Sumber : Klik Di Sini

Boleh jadikan kisah seorang usahawan yang pernah Bankrap (muflis) sebelum ini, dan kemudian dapat bangkit semula sebagai inspirasi untuk kita semua.
Klik Di sini untuk mengetahui kisahnya-> yup.la/BANKRAP


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini...

Semoga dapat memberi manfaat kepada anda..

Perkongsian ikhlas daripada

Muhamad Anuar Bin Marsib
Admin blog
www.myhomestay4u.net



Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)