610,500 Hilang Pekerjaan Akibat Impak Negatif Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam keratan Akhbar Harian Metro bertarikh 9 Mei 2020 menunjukkan peningkatan jumlah pengangguran di Malaysia kepada 610,500 orang berikutan impak negatif terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19



610,500 Hilang Pekerjaan Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19
 610,500 Hilang Pekerjaan Akibat Impak Negatif Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19
Sumber : Akhbar Harian Metro bertarikh 9.5.2020


Dalam infografik di bawah pula menunjukan kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat sebanyak 3.9% pada bulan Mac 2020 dan ia merupakan rekod tertinggi setakat ini sejak bulan Jun 2010. Manakala 88.8% syarikat menyatakan mereka sukar bayar gaji pekerja dan 67.8% syarikat menyatakan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan.

Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas pasaran Buruh
Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas pasaran Buruh
Sumber : Akhbar Harian Metro bertarikh 13.5.2020

Statistik ini diambilkira pada bulan Mac 2020 yang mana PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Kita belum lagi dapat melihat statistik pengangguran pada bulan April dan Mei 2020, yang mana tempoh PKP dilanjutkan sehingga ke Fasa 4 dan disambung lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi pendapat peribadi saya, apa juga usaha kerajaan dalam menangani permasalahan akibat COVID-19 ini harus dipuji. Saya percaya pihak kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia mengikut kemampuan kewangan kerajaan Malaysia pada ketika ini.

Kita pun sedia maklum, negara kita bukanlah sebuah negara yang kaya dan maju seperti negara China, Jepun, USA, France, Arab Saudi dan lain-lain. Namun, kita mampu memberi dana yang cukup besar untuk membantu golongan rakyat-rakyat Malaysia yang terjejas sumber pendapatan akibat COVID-19 

Berikut merupakan rumusan yang dapat saya gambarkan berkaitan dengan permasalahan COVID-19 kepada negara kita Malaysia.


Sumber : Klik Di Sini

Terlalu ramai orang hilang pekerjaan...
Terlalu ramai orang hilang sumber pendapatan..
"Talian hayat" yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia pada masa sekarang untuk terus "Survive" dalam tempoh PKP dan PKPB ialah :
  1. Pakej Rangsangkan Ekonomi Prihatin Siswa (PRIHATIN)
  2. MORATORIUM - menangguhkan pembayaraan pembiayaan selama 6 bulan
  3. Pengeluaran akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan.
Tetapi setakat mana sahaja duit-duit yang diperolehi daripada 3 sumber di atas dapat digunakan untuk menampung keperluan hidup sebahagian besar rakyat Malaysia?

Sebab tu nak tak nak, kita perlu juga usahakan sesuatu pekerjaan sebagai salah satu sumber alternatif..
Nak lebih mudah lagi pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah atau "Work From Home"

Sumber : Klik Di Sini


Sebelum ini, saya ada kongsikan beberapa idea perniagaan yang dapat membantu ramai orang memulakan kerja dari rumah. Boleh baca, post-post terdahulu di blog saya seperti berikut:
Anda boleh klik setiap pautan di atas. Semoga segala info yang dikongsikan akan dapat membantu anda untuk menjana pendapatan dari rumah dalam tempoh PKP dan PKPB-COVID19.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini...

Semoga dapat memberi manfaat kepada anda.. Terima kasih..

Perkongsian Ikhlas daripada
Muhamad Anuar Bin Marsib