Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sebelum ini PKP 2.0 telah dilaksanakan di 6 buah negeri iaitu Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan bermula pada 13 hingga 26 Januari 2021. Kemudian disusuli pula dengan negeri Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, dan Negeri Sembilan dari 22 Januari sehingga 4 Februari 2021.
Harapannya cukuplah setakat itu sahaja tempoh PKP dan tidak dilanjutkan lagi. Sekiranya tempoh PKP dilanjutkan lagi, banyak industri yang akan terjejas, termasuk juga kami pengusaha-pengusaha homestay.