[PKP-COVID19] Elakkan elemen negatif masuk ke minda kita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Walaupun Saya masih lagi mengikuti perkembangan Statistik rantaian COVID19 di seluruh dunia, tapi taya dah jarang nak ambil tahu sangat. Terutamanya perkembangan yang berlaku di negara USA..

Malah isu terkini tentang orang Kulit Hitam, tunjuk perasan, WhiteHouse Dan Donal Trump pun Saya Tak berapa nak ambil tahu.
Saya baca gitu-gitu sahaja Dan Tak nak mendalami sangat isu-isu tersebut..

Nak tahu Tak Kenapa?

Mentor Saya pesan, kalau nak berjaya sebaiknya elakkan membaca akhbar, sebab Ada terlalu banyak elemen-elemen negatif di dalamnya..

"Melainkan anda merupakan seorang pelabur saham tegar seperti AbangEnsem dan Khairul Arifin anda perlu membaca akhbar untuk mengetahui keadaan semasa di seluruh dunia sebab ia secara tidak langsung dapat mempengaruhi nilai pasaran saham-saham tertentu."  

Nak berjaya kena banyak membaca elemen-elemen positif, supaya kita dapat halang elemen-elemen negatif daripada masuk ke dalam minda Kita. 

Dalam masa yang sama kita juga perlu cuba menjauhkan orang-orang yang sentiasa memberikan elemen-elemen negatif kepada diri Kita.

Cuba elakkan daripada orang-orang yang memberikan elemen negatif kepada kita
Cuba elakkan daripada orang-orang yang memberikan elemen negatif kepada kita

Contoh pertama... 
Rakan-rakan kita yang bekerja di sektor penerbangan dan sedang terjejas pendapatan pada ketika ini.

Untuk survive mereka terpaksa buat kerja lain seperti jadi Food Delivery (Grabfood, Food panda, Honest Bee, Dah Makan, Deliver Eat, Food Time, Mammam Dilevery, BungkusIt, Go Eat, dan lain-lain).
Tiba-tiba ada kawan-kawan atau saudara mara mereka yang berbunyi.. 

"Dulu ko kerja sebagai execute syarikat penerbangan XXXX, gaji dah hampir cecah 5 angka.. Takkanlah sekarang Ko nak kerja dengan Food Delivery pula?..."

Bila ada Orang-orang macam ni yang telah memberi elemen negatif kepada kita, Sebaiknya kita cuba elakkan diri daripada mereka. Sebab kalau kita layan mereka, ia akan menjejaskan motivasi diri kita..

Contoh kedua... 
Katakan anda merupakan seorang pengusaha homestay sepenuh masa.. Dalam tempoh PKP ini, anda terpaksa berniaga buah-buahan dan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup.. Sekiranya ada saudara mara yang menyuarakan kata-kata negatif atau melunturkan semangat anda, cubalah jauhkan diri daripada mereka. 
Bukan niat kita nak memutuskan talian silaturrahim… Tapi, untuk kebaikan kita… Sebab hanya kita sahaja yang lebih tahu apa yang sedang kita alami pada ketika ini… Terutamanya dari segi ekonomi..

Mentor saya pesan… Dapatkan sebanyak mungkin elemen-elemen positif… Cuba latih diri untuk menyerap sebanyak mungkin elemen-elemen positif dalam tempoh 40 hari, Supaya ianya akan sebati dalam hidup kita...

Bila kita dah sebati dengan elemen positif, In Shaa Allah selepas ini setiap tindakan dan pemikiran kita akan sentiasa jadi positif. Setiap masalah yang melanda dalam hidup kita tak kiralah seteruk mana sekalipun, kita masih boleh memandang masalah tersebut dari sudut positif.

Dapat sesuatu melalui perkongsian saya pada kali ini?




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)