Real Case Studey : Rumah di Tiara Imperio Residence Bangi Akan di Lelong bermula pada Harga RM144,400

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semakin hari semakin banyak listing rumah lelong yang keluar. Tambahan pula selepas tamat tempoh moratorium. Sejak kebelakangan ini sahaja, dah ada beberapa Post yang saya update tentang rumah lelong. Sekiranya anda tertinggal info tersebut, boleh baca menerusi pautan-pautan berikut:


Sebelum ni kita biasa tengok pihak bank sahaja yang "rajin" update status rumah-rumah lelong. Tapi pada kali ni, kita dapat lihat pihak LPPSA pun "rajin" juga update senarai rumah lelong yang mereka miliki. Bukan setakat satu dua jer, tapi sehingga 257 banyaknya. 

Melalui keadaan ini kita dapat menggambarkan bagaimana keadaan ekonomi rakyat Malaysia termasuk juga penjawat awam pada ketika ini.


Nak beli rumah lelong ini bukan mudah dan kalau tersalah langkah boleh mengakibatkan pembeli mengalami kerugian
Tapi membeli rumah lelong akan jadi mudah dan menguntungkan sekiranya anda tahu caranya. 


Real Case Study : Rumah di Tiara Imperio Residence Bangi Akan di Lelong bermula pada Harga RM144,400


Dalam post pada kali ini saya nak kongsikan satu lagi Real Case Study tentang rumah di Tiara Imperio Residence Bangi yang akan di Lelong pada 18 November 2020 bermula pada Harga RM144,400.


Rumah di Tiara Imperio Residence Bangi Akan di Lelong bermula pada Harga RM144,400

Pertama sekali kita tengok pada proclamation of sale yang biasanya anda boleh dapatkan sendiri daripada pihak pelelong. Mari kita tengok butiran hartanah lelong ini.


Proclamation of sale Rumah di Tiara Imperio Residence Bangi


  • Alamat Rumah : Tiara Imperio , Kajang Selangor
  • Keluasan Rumah : 450 sqt 
  • Jenis Rumah : SoHo unit 
  • Free 1 parking lot 
  • Status : Freehold 
  • Harga Rezab : RM144,400


Berdasarkan kepada loan facilities yang baru sahaja ditandatangani pada February 2018. Unit ni pun baru siap.

Waktu launching dulu harga jualan starting from RM270,000. Unit ini semakin tinggi level nya, semakin mahal harganya. Unit yang akan di lelong ini berada pada tingkat 20.


Kadar Sewa Rumah di Tiara Imperio Residence Bangi


Sebelum membeli rumah, kena tengok dulu berapa kadar sewa dekat sini supaya berbaloi atau tidak dengan harga rumah yang kita beli.

Nak mudah, anda boleh semak dekat mudah.my. Search sahaja nama soho ini, maka keluarlah iklan-iklan sewa yang berkaitan.


Jom kita tengok iklan sewa rumah di kawasan tersebut:


Iklan Rumah Sewa di Tiara Imperio Residence 


Iklan terkini baru sahaja hari ini dimasukkan. Sewa rumah RM700 sahaja. Tak masuk lagi nak bayar maintenance fees. Facilities nya memang cantik. Swimming pool ada, security pun tip top. Bayar maintenance fees sebulan dalam lingkungan RM130.


Kalau rumah ini disewa pada harga RM700, lepas tu di tolak pula maintenance fees RM130. Ada baki lagi RM570 untuk bayar loan.


Katakan semasa beli dahulu rumah ni berharga RM280,000 dan dapat Full loan (pinjaman 100%). Installment bulanan dalam RM1400. Jadi, setiap bulan owner asal rumah ini terpaksa menanggung negative cashflow sebanyak RM800 atau lebih.


Itu kalau rumah ada penyewa. Kalau rumah tiada penyewa dalam satu tempoh yang lama, owner asal terpaksa menanggung negatif Cash Flow melebihi RM1530 sebulan.

Jadi, ini salah satu kebarangkalian yang menjadi penyebabkan mengapa rumah ini dilelong. 


Dalam kes begini, biasanya semasa lelongan dijalankan harga lelong jauh lebih rendah daripada baki loan mereka. Sekiranya rumah ini berjaya dijual dalam lelongan awam pada 19 November nanti pada harga RM150,000. Apabila ditolak dengan baki loan sebanyak RM270,000. Jadi, anggaran baki hutang yang masih perlu dibayar oleh owner asal selepas selesai lelongan tersebut adalah sebanyak RM120,000.


Inilah nasib yang bakal dihadapi oleh owner asal rumah tersebut. Rumah pun tak dapat. Dalam masa yang sama kena bayar lebihan hutang pula.


Bagaimana pula dengan Bakal Pembeli Rumah Tersebut?


Rumah tersebut dilelong pada harga Rezab RM144,400. 

Sekarang Anda dah tahu kadar sewa dekat situ adalah dalam RM700 sebulan.

Ditambah pula dengan maintanence Fee sebanyak RM130 sebulan.


Jadi, wajarkah anda membeli rumah tersebut?


Katakan anda menang pada harga Rezab RM144,400. Anda membayar deposit 10% (RM14,440) dan selebihnya anda membuat loan rumah anggaran RM130,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM650.

Ditambah dengan maintenance Fee sebanyak RM130. Jadi, komitmen bulanan anda untuk rumah ini ialah RM650 + RM130 = RM780. Cash Flow Negatif RM80. Kira masih ok lagi dengan harga tu.


Tapi, anda perlu bijak mengawal emosi ketika nak bid rumah. Jangan sesekali bid melebihi RM150,000, melainkan anda beli rumah tersebut kemudian ada niat untuk menjualnya semula. 


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tentang rumah lelong, boleh klik pada link di bawah:

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga dapat memberi gambaran tentang proses untuk membeli rumah lelong, supaya dapat membeli dalam keadaan untung.

Good Luck!!


Info Berkaitan: