Begini Rupanya Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dalam gambar di bawah merupakan unit lelong yang Bumi Harta Capital  beli dari lelongan awam.

  • Jenis Rumah : Medium cost apartment 3 bilik tidur
  • Lokasi rumah : Betul-betul dihadapan hentian bas 
  • Kemudahan sekitar : Dibawah rumah ada Dominos pizza, KK mart, 7 eleven, dan macam macam lagi 
  • Harga Menang Lelong : Cuma RM120k sahaja 


Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang
Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang

Rumah ni pada asalnya ada orang tinggal. Kemudian pembeli (Bumi Harta Capital) bagi notis keluar kepada orang yang tinggal di rumah tersebut. 

Tapi, tiada sebarang jawapan.. Senyap sunyi jer...


Kemudian pembeli follow up lagi.. Masih krik.. krik..Krik...

..

..

Bila pembeli tanya kepada jiran, jiran kata dah lama tak tengok kelibat penghuni unit ini. 


Keadaan salah satu bilik dalam rumah lelong di hentian Kajang
Keadaan salah satu bilik dalam rumah lelong di hentian Kajang


Jadi pembeli pun membuat tindakan yang seterusnya iaitu buat cover report di balai polis (penting sebagai backup), kemudian datang semula ke rumah lelong ini dengan niat untuk tukar lock.


Bukan main keras lagi solex yang di gunakan. Rumah ini ada kunci Solex lain dan kunci Pintu grill pula lain. 2 kunci yang berlainan. Betul-betul safety tinggal dalam rumah ini. 


Bila pembali dapat masuk ke dalam rumah, inilah keadaannya. Rumah yang telah dijadikan sebagai Office rupanya. 

Berdasarkan kepada file-file yang terdapat dalam rumah tersebut, mungkin office ini sudah lama tidak beroperasi.

Barangkali staff yang tinggal di rumah ini, sebab tu tiada sebarang respon yang diberikan kepada pembeli. 


Rumah Lelong Di Hentian Kajang ini merupakan office rupanya
Rumah Lelong Di Hentian Kajang ini merupakan office rupanya

 

Namun yang pasti keadaan unit lelong ini memang tip top. 

Pembeli rasa berbaloi walaupun terpaksa menghadapi cabaran untuk mendapatkan rumah lelong ini.


Inilah cabaran membeli rumah lelong. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang
Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang


Sekiranya ada sahabat-sahabat yang nak belajar cara-cara membeli rumah lelong, boleh klik pada link ini

-> PANDUAN LENGKAP BELI RUMAH LELONG (Klik Di Sini)


Dengan cara dan teknik yang betul, In Shaa Allah tak mustahil anda boleh beli rumah-rumah murah bawah harga RM150k di kawasan bandar.


Bukan setakat dapat rumah murah, malah kalau ada rezeki boleh dapat "free gift" sekali berupa perabot dan peralatan elektrik yang ditinggalkan oleh owner lama rumah tersebut.

Untung ke Untung?


Kalau beli rumah baru tak dapat peluang macam ni.

Dah lah harga rumah mahal! Lepas tu kena keluar duit lagi nak beli perabot dan peralatan elektrik.


Jadi, dalam keadaan ekonomi macam sekarang ni, elok beli rumah murah sahaja. Beli rumah di bawah harga pasaran. Dapat untung beberapa peratus sebaik sahaja dapat kunci rumah.


Semoga bermanfaat. 


Info berkaitan: