[Video] Berhati-hati dengan Scammer Homestay

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sejak akhir-akhir ini scammer Homestay semakin berleluasa. Dalam group-group Homestay di Facebook, ramai yang telah menjadi mangsa disebabkan ada scammer dalam komuniti group tersebut.


Sebelum ini, kami pernah menghasilkan satu video untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan scammer-scammer homestay ini. Tapi sayangnya, tidak ramai yang menonton video tersebut. 

Lebih menyedihkan lagi dari masa ke semasa terus kedengaran, ada ramai lagi dan lagi yang menjadi mangsa scammer homestay yang seterusnya.


Video : Awas! Scammer Homestay semakin berleluasa                         


Dalam usaha untuk memerangi Scammer homestay secara habis-habisan, jadi saya kongsikan pula video tersebut dalam blog ini. Selamat menonton.



Semoga anda dapat kongsikan post ini atau video ini supaya dapat memberi kesedaran kepada lebih ramai orang tentang kewujudan Scammer homestay ini yang semakin berleluasa.


Satu "share" yang anda buat, kemungkinan akan dapat menyelamatkan 10 orang kenalan anda.


Kemudian, bila kenalan-kenalan anda kongsikan lagi post/video ini ia akan dapat menyelamatkan 100 orang kenalan anda. Begitulah seterusnya sehingga kesemua 32 juta rakyat Malaysia sedar dan tahu tentang kewujudan scammer-scammer homestay ini.


Memerangi Scammer homestay adalah tanggungjawab kita bersama.


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini, semoga bermanfaat.


Ikhlas daripada

Admin


Info Berkaitan: