Jadual Aktiviti Lelongan Rumah Sepanjang Bulan April 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bulan Mac 2021 baru sahaja melabuhkan tirainya. Sekarang ni kita dah melangkah ke Bulan April 2021, bermaksud kita dah masuk ke sukuan ke 2 bagi tahun 2021. Keadaan ekonomi negara masih belum lagi rancak, berikutan Pendemik Covid-19 masih lagi berelgar dalam 4 angka kes positif harian walupun vaksin sudah diperolehi.


Jadual Aktiviti Lelongan Rumah Sepanjang Bulan April 2021


Sekarang ni memang banyak rumah kena lelong.

Pada setiap minggu ada sahaja aktiviti lelongan rumah dijalankan secara online. Nak dapatkan maklumat Tarikh-Tarikh aktiviti lelongan rumah, boleh rujuk dalam jadual di bawah:


Jadual Aktiviti Lelongan Rumah Sepanjang Bulan April 2021
Jadual Aktiviti Lelongan Rumah Sepanjang Bulan April 2021
Sumber : https://www.ngchanmau.com/coming-auction


Ini antara salah satu pihak yang diberikan kepercayaan oleh pihak bank dan institusi-institusi kewangan untuk melaksanakan acara lelongan rumah bagi pihak mereka.

Selain itu, ada lagi pihak-pihak lain yang turut diberi kepercayaan untuk melakukan lelongan tersebut bagi pihak bank dan institus-institusi kewangan.

Persoalannya sekarang...
Kenapa banyak rumah ke lelong??

Jawapan paling mudah ialah tak ada duit nak bayar pinjaman rumah.

Sebagai Contoh boleh baca di sini:

  • Pemilik-pemilik rumah sewa di IPT sedang diuji bila mana kebanyakan pelajar tidak masuk ke kampus untuk belajar secara fizikal. Banyak rumah sewa kosong tanpa penyewa.
  • Pemilik-pemilik rumah sewa yang mempunyai penyewa yang diberhentikan kerja sehingga tiada duit nak bayar sewa rumah juga mempunyai masalah yang sama apabila tiada pendapatan bulanan melalui kutipan sewa rumah.
  • Pemilik-pemilik Homestay masih ramai yang tidak berjaya mendapatkan penyewa disebabkan orang ramai masih belum dibenarkan untuk merentas negeri. 
  • Mereka yang terjejas pekerjaan dan perniagaan akibat Covid-19 seperti diberhentikan kerja, dibayar gaji separuh, dan sebagainya.
  • Peniaga-peniaga yang terpaksa downgred lifestyle mereka disebabkan mengalami kerugian dalam perniagaan
  • dan lain-lain

Untuk lelongan LPPSA juga ada pada tahun ini iaitu pada 10 April 2021 nanti..


Bagi yang nak tahu bagaimana cara lelongan secara online dilakukan, boleh baca post di bawah... 


Sekiranya anda belum ada rumah, dan sedang cari rumah-rumah murah. Boleh cuba beli rumah lelong.

Bukan semua rumah lelong keadaannya teruk.
Ada juga keadaan rumah lelong yang masih elok.
Rumah masih baru, kalau pandai cari.

Boleh tengok contoh keadaan rumah lelong yang sangat menguntungkan.



6 Contoh Real Case Study Rumah Lelong

Siapa Cakap Beli Rumah Confirm Untung?
Dan kenapa harga rumah lelong boleh jadi lebih murah daripada harga pasaran??
Jawapannya ada dalam 6 real case study ini.

Contoh Real Case Study Rumah Lelong
6 Contoh Real Case Study Rumah Lelong


1st case study : Arte Plus 1
  • Market value : RM1 juta
  • Kali pertama dilelong (30 Oktober 2020) : RM495,720 (Tiada buyer)
  • Kali ke2 dilelong (30 November 2020) : RM446,148
  • 55% di bawah harga pasaran

2nd case study : Arte Plus 2
  • Market value : RM800,000
  • Kali pertama dilelong (26 Februari 2021) : RM511,000 (Tiada buyer)
  • Kali ke2 dilelong (26 Mac 2021) : RM460,000
  • 42% di bawah harga pasaran

3rd case study : Arte Mont Kiara 1
  • Market value : RM720,000
  • Kali pertama dilelong (Mac 2021) : RM648,000 (Tiada buyer)
  • Kali ke2 dilelong (12 Mac 2021) : RM584,000 (Tiada Buyer)
  • Kali ke 3 dilelong (25 Mac 2021) : RM524,880
  • 27% di bawah harga pasaran

4th case study : Arte Mont Kiara 2
  • Market value : RM850,000
  • Kali pertama dilelong (12 Februari 2021) : RM750,000 (Tiada Buyer)
  • Kali ke2 dilelong (Mac 2021) : RM675,000 (Tiada Buyer)
  • Kali ke3 dilelong (Mac 2021) : RM607,500 (Tiada Buyer)
  • Kali ke 4 dilelong (25 Mac 2021) : RM546,750
  • 36% di bawah harga pasaran

5th case study : Cerrado Unit 1
  • Market value : RM330,000
  • Kali pertama dilelong (13 Mac 2021) : RM297,000 (Tiada buyer)
  • Kali ke2 dilelong (3 April 2021) : RM229,000
  • 31% di bawah harga pasaran

6th case study : M-City Unit 1
  • Market value : RM750,000
  • Kali pertama dilelong (30 January 2021) : RM584,000 (Tiada buyer)
  • Kali ke2 dilelong (Februari 2021) : RM525,600 (Tiada Buyer)
  • Kali ke 3 dilelong (20 Februari 2021) : RM467,200
  • 36% di bawah harga pasaran

Dalam keadaan ekonomi tak menentu seperti sekarang ini kena berhati-hati semasa membeli rumah, terutamanya rumah-rumah baru.
Terdapat banyak rumah baru yang tidak terjual. Ramai ejen hartanah dan pemaju akan cuba sedaya upada menggunakan pelbagai strategi untuk melariskan jualan rumah mereka.
Sebagai bakal pembeli rumah, kita perlu mempunyai ilmu pengurusan wang yang betul sebelum membeli rumah. Bila kita tak mampu nak bayar pinjaman perumahan, beginilah nasib yang akan terjadi kepada rumah kita. Dahlah rumah kena lelong. Kemudian kena topup lagi bayaran kepada bank/LPPSA Sekiranya masih ada lagi baki hutang yang belum selesai selepas jualan rumah lelong selesai dilakukan.

Untuk makluman anda, harga rumah yang dilelong akan turun sebanyak 10% daripada harga reserve semasa untuk lelongan yang seterusnya sekiranya tiada pembeli yang berminat nak membeli rumah tersebut. Sebagai contoh, Arte Mont Kiara 2 telah turun harga sebanyak 4 kali. Daripada reserve price lelongan yang pertama (RM750,000), reserve price lelongan yang kedua (RM675,000), reserve price lelongan yang ketiga (RM607,500), dan reserve price lelongan yang keempat (RM546,750).

Tengok, berapa banyak rumah ni turun harga.

Katakan baki hutang pembeli rumah ini RM700,000 dan rumah ini berjaya dijual pada harga RM546,750.
Bermaksud, tuan rumah asal perlu membayar baki hutang lagi RM153,250 dalam tempoh tertentu. Sekiranya gagal, tuan rumah asal tersebut boleh diisytiharkan muflis.

Dalam situasi ini, orang yang paling beruntung ialah orang yang beli rumah lelong. Sebab dapat beli rumah harga lebih murah daripada harga pasaran.
Kemudian boleh simpan dulu rumah tersebut untuk dijadikan sebagai rumah sewa, homestay dan sebagainya.
Kemudian, apabila ekonomi kembali pulih, mereka boleh jualkan semula rumah tersebut mengikut harga pasaran. Atau boleh jual harga lebih rendah daripada harga pasaran, tetapi lebih tinggi daripada harga yang dibeli semasa lelong.
Untung ke untung pembeli rumah lelong ni??

Soalan yang biasa di tanya ialah, Macamana nak kumpul modal beli rumah lelong??
Ada banyak cara sebenarnya...
Tapi dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik ini, boleh cuba 3 cara yang dikongsikan di bawah.


Sekiranya anda masih takut-takut hendak membeli rumah disebabkan tiada ilmu, saya boleh rekemenkan kepada anda 2 rujukan yang dapat membantu anda membeli rumah murah di bawah harga pasaran. Rujukan yang saya maksudkan ialah: 

Rumah Pertama Paksa Rela (Klik Di Sini)

Ebook RumahLelong (Klik Di Sini)

Kedua-dua rujukan di atas telah membantu ramai orang untuk membeli rumah-rumah murah di bawah harga pasaran melalui pasaran hartanah Subsale (rumah terpakai) dan pasaran hartanah lelong (rumah yang di lelong oleh pihak yang memberi pinjaman disebabkan pemilik asal gagal membayar pinjaman dalam tempoh tertentu). 


Semoga info-info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua…
In Shaa Allah...


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)