Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Keratan akhbar ini sebenarnya bukan keratan akhbar yang baru. Tapi keratan Akhbar Berita Harian pada tahun 2017 (muka hadapan) yang mewujudkan persoalam besar kepada para pembaca iaitu 300,000 penjawat awam belum ada rumah lagi? Betul ke ni?
(Bijak strategi yang telah digunakan untuk melariskan jualan akhbar pada hari tersebut)
300,000 penjawat awam belum ada rumah lagi |
Sumber : Klik Di Sini
Dapatan ini turut disokong oleh kaji selidik yang telah dilakukan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) seperti yang dilaporkan dalam portal Berita Harian bertarikh 4 Januari 2020, yang mendapati 53 peratus daripada kakitangan awam masih belum memiliki kediaman sendiri.
Kaji selidik CUEPACS mendapati 53 peratus daripada kakitangan awam masih belum memiliki kediaman sendiri |
5 SEBAB KENAPA RAMAI PENJAWAT AWAM MASIH BELUM MEMILIKI RUMAH SEHINGGA SEKARANG?
Ramai penjawat awam pada hari ini masih menyewa, tinggal di kuarters atau mendiami kediaman milik keluarga kurang mempunyai kesedaran untuk membeli rumah sebelum pencen. Ada yang bergaji besar, tapi kurang mempunyai kesedaran tentang pentingnya pemilikan hartanah. Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh penulis, antara sebab penjawat awam belum membeli rumah adalah :
1) Mempunyai komitmen kewangan yang terlalu tinggi. Pinjaman Angkasa, pinjaman-pinjaman peribadi, dan pinjaman kereta menjadi punca utama kelayakan pinjaman perumahan jadi rendah. Statistik yang diperolehi melalui hasil dapatan Kaji Selidik CUEPACS mendapati:
- 30.8 peratus daripada mereka menyatakan jumlah permohonan melebihi kelayakan.
- 30.26 peratus pula menyatakan jumlah potongan sekarang terlalu tinggi;
- 22.52 peratus menyatakan jumlah potongan gaji tidak mencukupi
- 16.42 peratus ditolak atas sebab lain.
2) Mungkin ada yang termasuk dalam senarai Blacklisted. Ada masalah dengan CCRIS/CTOS, ada hutang yang tidak dibayar, rekod bayaran pinjaman yang tidak cantik, pernah menjadi penjamin kepada peminjam tetapi peminjam tidak membayar hutan, dan sebagainya. Sebab itu tidak berjaya melepasi kelayakan untuk membeli hartanah. Terdapat bermacam-macam punca yang boleh menyebabkan nama anda disenarai hitamkan.
3) Gaji purata kakitangan awam yang rendah dengan majoriti berpendapatan antara RM2,001 hingga RM2,500. Setelah ditolak dengan komitmen hutang-hutang dan pinjaman-pinjaman, gaji bersih tinggal antara RM1,000 hingga RM1,2000. Jika nak tolak ansuran rumah, bagaimana pula dengan perbelanjaan harian?
4) Melalui Kajian Ekonomi Berdasarkan Sektor 2020 yang telah dilakukan oleh Bank Islam, purata harga rumah di Malaysia ketika ini adalah RM372,126 (Anggaran bayaran ansuran bulanan RM1860) berbanding kemampuan berdasarkan purata pendapatan rakyat Malaysia ialah RM3,087. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli rumah kerana purata harga rumah di pasaran ketika ini 234 peratus lebih tinggi berbanding purata harga rumah yang mampu dimiliki,
Sumber : Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam)
5) Ramai penjawat awam berasa selesa tinggal di kuarters yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Boleh tinggal di kuaters selagi mana mereka masih bekerja dengan kerajaan, maksimum sehingga berumur 60 tahun. Sedangkan mereka sendiri tahu, kuarters pun kena bayar sewa juga dengan cara penolakan dalam slip gaji. Ini juga salah satu yang menjadi faktor punca kelayakan untuk mendapatkan pembiayaan rumah jadi semakin kecil.
Selain itu, Adakah Bilangan Rumah Tidak Mencukupi Antara Punca Ramai Penjawat Awam Masih Belum Membeli Rumah?
Adakah Bilangan Rumah Tidak Mencukupi Antara Punca Ramai Penjawat Awam Masih Belum Membeli Rumah?
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh National Property Information Centre (NAPIC), terdapat lambakan hartanah dalam pembinaan yang tidak terjual pada setiap separuh tahun kalendar kewangan dari tahun 2018 hingga tahun 2020.
Graf hartanah dalam pembinaan yang tidak terjual pada setiap separuh tahun kalendar kewangan dari tahun 2018 hingga tahun 2020 |
Pada separuh tahun pertama 2018 ada sebanyak 73,419 unit hartanah dalam pembinaan yang tidak terjual, separuh tahun kedua 2018 ada sebanyak 80,984 unit hartanah, separuh tahun pertama 2019 ada sebanyak 81,627 unit hartanah, separuh tahun kedua 2019 ada sebanyak 72,692 unit hartanah, dan pada separuh tahun pertama 2020 ada sebanyak 74,230 unit hartanah dalam pembinaan yang tidak terjual.
Jadi, bilangan rumah dalam pasaran hartanah yang tidak mencukupi untuk membolehkan semua kakitangan kerajaan membeli rumah tidak menjadi satu isu berikutan terdapatnya lambakan hartanah dalam pasaran yang tidak terjual.
Sekarang kita tengok pula Jumlah Rumah Dalam Pembinaan Yang Tidak Terjual Mengikut Negeri Pada Separuh Tahun Pertama (H1) Kalendar Kewangan Tahun 2020
Jumlah Rumah Dalam Pembinaan Yang Tidak Terjual Mengikut Negeri Pada Separuh Tahun Pertama (H1) Kalendar Kewangan Tahun 2020 |
Dalam carta ini menunjukkan jumlah rumah yang masih dalam pembinaan dan masih belum siap mengikut negeri pada separuh tahun pertama 2020 ialah sebanyak 74,230 unit. Manakala negeri Selangor, Perak, dan Johor sedang mendahului carta dengan masing-masing mempunyai Selangor (10,609 unit), Perak (10,477 unit) dan Johor (9,247 unit).
Bagi rumah di negeri Selangor dan negeri Johor sememangnya kita akui dan sedia maklum tentang harganya yang terlalu mahal. Tapi, bagaimana pula dengan lambakan rumah di negeri Perak yang masih berada dalam "radar" harga mampu milik?
Jumlah Rumah Yang Tidak Terjual Di Negeri Perak Pada Separuh Tahun Pertama Kalendar Kewangan Tahun 2020 Sumber : Klik Di Sini |
Ini belum lagi termasuk statistik rumah Subsale dan rumah lelong yang bilanggannya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
Berdasarkan kepada pandangan Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang pakar kewangan dan pelaburan hartanah yang berasal dari negeri Perak. Beliau menjangkakan harga hartanah akan turun pada bulan Jun 2021 berdasarkan kepada 3 situasi berikut:
- Merujuk kepada krisis ekonomi yang telah berlaku pada tahun 1997-1998 di mana terdapat lebih 800 pemaju gulung tikar (mengikut data rehda).
- Berlaku lambakan rumah yang tidak terjual terutamanya ni negeri Selangor, Perak dan Johor. Pihak pemaju sudah pasti akan berusaha menjual rumah-rumah tersebut supaya mereka dapat melunaskan hutang-hutang pembiayaan pinjaman projek perumahan tersebut kepada pihak bank.
- Ekonomi negara yang semakin terjejas berikutan Pendemik Covid-19, apabila dari sehari ke sehari bilangan kes baharu yang semakin bertambah. Kesannya bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, banyak perniagaan akan terjejas, ramai orang akan hilang pekerjaan sehingga semakin ramai orang tidak mampu untuk memiliki rumah kediaman. Malah, rumah kediaman sedia ada juga mungkin terpaksa dijual atau dilelong oleh pihak bank berikutan pemiliknya gagal membayar ansuran bulanan.
Jadi, kepada sesiapa yang berhajat untuk membeli rumah-rumah yang lebih murah daripada harga pasaran, bermula dari sekarang perlu mula menabung atau berusaha untuk menambah pendapatan. Semoga usaha anda akan dapat membantu menyediakan deposit untuk pembelian rumah tersebut.
Nak membeli rumah kena ada ilmu. Sekiranya anda masih takut-takut hendak membeli rumah disebabkan tiada ilmu, saya boleh rekemenkan kepada anda 2 rujukan yang dapat membantu anda membeli rumah murah di bawah harga pasaran. Rujukan yang saya maksudkan ialah:
Rumah Pertama Paksa Rela (Klik Di Sini) |
Ebook Rumah Lelong (Klik Di Sini) |
Kedua-dua rujukan di atas telah dapat membantu ramai orang untuk membeli rumah-rumah murah di bawah harga pasaran melalui pasaran hartanah Subsale (rumah terpakai) dan pasaran hartanah lelong (rumah yang di lelong oleh pihak yang memberi pinjaman disebabkan pemilik asal gagal membayar pinjaman dalam tempoh tertentu).
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.
Info berkaitan:
- Lambakan Rumah Tidak Terjual Di Negeri Perak Boleh Menyebabkan Harga Rumah Jadi Semakin Murah
- Lambakan Rumah Lelong Harga Murah Dalam Pasaran Hartanah Tahun 2021
- 3 Jenis PKP Yang Perlu Diberi Perhatian!
- 4 Kelebihan Guna Pinjaman LPPSA Untuk Staff Kerajaan
- Rugi Tak Guna Loan LPPSA Sebelum Usia 35 Tahun!
- PKP Dilanjutkan Lagi? Pengusaha Homestay Ini Hanya Mampu Menonton Video Homestay Masing-Masing Sebagai Pengubat Rindu
- Bisnes Travel Terjejas Akibat Covid-19! Apa Yang Beliau Lakukan Untuk Bayar Gaji Pekerja?
- Apa Yang Telah Dilakukan Oleh 3 Pengusaha Homestay Ini Apabila PKP 2.0 Dilanjutkan??...