Bisnes Travel Terjejas Akibat Covid-19! Apa yang beliau lakukan untuk Bayar Gaji Pekerja?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semenjak Pendemik Covid-19 menyerang 1 dunia, ramai yang terjejas sumber pendapatan terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan sektor pelancongan dan hospitaliti. Sebagai contoh, anda boleh baca kisah-kisah yang pernah saya kongsikan sebelum ini berkaitan dengan mereka yang terlibat dengan pekerjaan dan perniagaan dalam bidang tersebut:


Lelaki ini atau lebih mudah dikenali dengan panggilan Uncle Hashim juga tidak terkecuali menerima nasib yang sama. Bisnes travel yang beliau kendalikan tidak dapat beroperasi disebabkan orang takut untuk travel ke luar negara. Begitu juga dengan urusan umrah yang turut tergendala kerana tiada lagi visa dikeluarkan oleh pihak Arab Saudi.


Uncle Hashim sewaktu mengendalikan urusan jemaah umrah melalui bisnes travel syarikat beliau
Uncle Hashim sewaktu mengendalikan urusan jemaah umrah melalui bisnes travel syarikat beliau

Bayangkan bisnes yang selama ini memberikan pendapatan yang konsisten kepada syarikat beliau, dan melalui pendapatan tersebut telah membolehkan beliau membayar gaji para pekerja, kini langsung tidak mempunyai sebarang jualan atau pendapatan.


Sebagai seorang majikan yang bertanggungjawab, beliau memikirkan bagaimana dengan nasib pekerja-pekerja beliau?


Kebanyakan pekerjanya masih muda lagi. Masih banyak tanggungjawab dan komitmen yang perlu dipikul. Seandainya syarikat beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan, bagaimana beliau hendak membayar gaji para pekerja yang bergantung kepada beliau selama ini?



Percubaan Menjual Kurma dari rumah pada bulan Syaaban dan Ramadhan

Atas rasa tanggungjawab tersebut, dengan izin Allah S.W.T telah mencetuskan idea kepada beliau untuk cuba berniaga dengan menjual kurma dari rumah.


Kebetulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020 bersamaan dengan 23 Rejab 1441H. Pada tahun-tahun sebelum ini, apabila berada di bulan Rejab atau Syaaban, beliau sibuk menguruskan jemaah umrah yang ingin berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah berpuasa di sana. Kebiasaannya apabila pulang daripada megerjakan umrah, para jemaah akan membawa pulang bersama Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma nabi untuk diagih-agihkan atau disedekahkan kepada saudara mara dan juga surau/masjid di kawasan masing-masing.   


Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma nabi yang dijual oleh Uncle Hashim dari rumahnya
Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma nabi yang dijual oleh Uncle Hashim dari rumahnya


Uncle Hashim berfikir, apabila semua orang tidak boleh menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekah disebabkan penularan Pendemik Covid-19, sudah tentu mereka perlu mendapatkan bekalan Kurma yang kebiasannya mereka boleh beli sendiri di tanah suci Mekah atau di Madinah. Atas faktor tersebut, telah membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menjual Kurma tersebut.


Alhamdulillah.. Rezeki berpihak kepada beliau. Walaupun perniagaan beliau hanya beroperasi dari rumah, tapi beliau tidak menang tangan hendak melakukannya. Sehinggakan beliau terpaksa memanggil beberapa orang pekerjanya untuk membantu beliau menguruskan tempahan pelanggan. 


Uncle Hashim tidak menang tangan untuk menguruskan tempahan pelanggan yang membeli kurma Ajwa daripada beliau
Uncle Hashim tidak menang tangan untuk menguruskan tempahan pelanggan yang membeli kurma Ajwa daripada beliau


Selesai seketika masalah pertama....


"Walau apa pun yang berlaku, kehidupan tetap perlu diteruskan"


Apabila bulan Ramadhan dah hampir sampai ke penghujungnya, Jualan Kurma dah semakin menurun. Sedangkan nak masuk ke bulan Syawal lebih banyak lagi nak gunakan duit. Ada persiapan yang perlu dilakukan baik untuk diri beliau sendiri ataupun untuk staf beliau. Gaji staf tetap menjadi keutamaan beliau!  



Daripada Menjual Kurma Bertukar Kepada Menjual Kuih Raya


Alhamdulillah... Sekali lagi tercetus idea beliau untuk menjual kuih raya pula. 

Disebabkan terdapat banyak jenis kuih raya yang beliau jual, sehingga tidak cukup ruang untuk menyimpan kesemua stok di rumah. Jadi, beliau telah menggunakan ruang pejabat agensi pelancongan untuk menyimpan sebahagian stok kuih raya tersebut.   

Bisnes Kuih Raya untuk menggantikan bisnes kurma
Bisnes Kuih Raya yang dilakukan oleh Uncle Hashim untuk menggantikan bisnes kurma.


Alhamdulillah...
Dengan izin Allah S.W.T, bisnes kuih raya yang dijalankan pada kali ini juga menjadi.
Dapatlah sekali lagi beliau menunaikan tanggungjawab sebagai seorang majikan untuk membayar gaji para pekerja.

"Buatlah apa sahaja, asalkan dapat rezeki yang halal. Yang penting sekali tidak mencuri atau meminta-minta"
-Uncle Hashim-

Sama seperti ketika beliau menjual kurma, jualan kuih raya juga bermusim. Apabila sudah masuk ke bulan Syawal, jualan kuih raya juga semakin menurun.

Apa lagi ikhtiar beliau untuk terus "Survive" menjana pendapatan yang seterusnya?


Lahirnya Poketto By Uncle Hashim

Pada ketika inilah tercetusnya idea untuk menjual makanan di bawah jenama sendiri iaitu "Poketto By Uncle Hashim". Satu produk dan jenama baru yang cuba diperkenalkan dan di bawa masuk ke dalam pasaran.

Uncle Hashim bersama produk makanan beliau Poketto By Uncle Hashim
Uncle Hashim bersama produk makanan beliau yang dikenali sebagai "Poketto By Uncle Hashim"


Atas usaha beliau dan staf beliau sambil dibantu oleh ramai orang termasuk beberapa orang artis, rakan-rakan beliau, Pemilik-pemilik fanpage viral, pemilik-pemilik blog, para youtuber dan sebagainya telah menjadikan produk makanan yang dihasilkan menjadi Viral dalam tempoh yang singkat.


Menguruskan tempahan pelanggan yang telah membeli Poketto By Uncle Hashim
Uncle Hashim sedang menguruskan penghantaran tempahan pelanggan yang telah membeli "Poketto By Uncle Hashim"


Daripada matlamat asal Uncle Hashim terlibat menjalankan perniagaan produk makanan dari rumah disebabkan untuk memastikan pekerja-pekerja beliau masih ada gaji dan tidak menganggur. 
Tapi kini, beliau telah berjaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang berada di luar sana dengan menawarkan peluang sebagai ejen atau stokis.

Untuk makluman anda, pengeluaran Poketto By Uncle Hashim melebihi 10,000 unit sehari. Produk makanan ini dah jadi semakin viral keseluruh Malaysia, selepas Uncle Hashim dapat peluang masuk TV Al-Hijrah untuk mempromosikan produk makanan tersebut.   

Sekiranya anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang Poketto By Uncle Hashim, dan bagaimana strategi pemasaran yang telah digunakan oleh Uncle Hashim and the team sehingga menjadikan makanan ini viral?


Pengajaran yang saya dapat melalui kisah Uncle Hashim ini ialah:

  1. Apa pun yang kita buat niat kena betul
  2. Walau sesusah mana sekalipun kita, janganlah kita lupakan pengorbanan orang-orang yang pernah bersusah payah bersama kita selama ini
  3. Setiap masalah yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada peluang disebaliknya. Kita akan dapat menemui peluang tersebut sekiranya kita tidak berputus asa
  4. Sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T, walau sebesar mana pun ujian yang melanda
  5. Allah turunkan ujian terlebih dahulu, sebelum memberikan kejayaan yang lebih besar dalam hidup kita
  6. dan lain-lain

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, telah ada beberapa ejen dan stokis Poketto By Uncle Hashim yang telah berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak 5 angka sebulan. Tahniah diucapkan kepada Uncle Hashim di atas setiap kesungguhan dan kegigihan beliau.


Semoga dalam tempoh Pendemic Covid 19 ini, ada lebih ramai lagi usahawan gigih seperti beliau dapat dilahirkan... supaya dapat membantu lebih ramai orang yang terjejas sumber pendapatan.

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang"
-Sifu saya-

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga dapat memberi manfaat.  

Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)