Kini giliran Syarikat Penerbangan pula kurangkan bilangan pekerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam tempoh seminggu ini ada sahaja berita tentang pengurangan bilangan pekerja yang melibatkan syarikat-syarikat penerbangan. Dengan erti kata lain memberhentikan beberapa orang pekerja untuk mengecilkan operasi perniagaan syarikat mereka yang terjejas akibat COVID-19.


Sumber : Klik Di Sini


Info tentang Pengurangan Bilangan pekerja yang melibatkan Syarikat-syarikat penerbangan:
  • 1 Jun - Syarikat penerbangan premium terkemuka, Emirates mengumumkan pembuangan 30 peratus pekerja yang melibatkan sejumlah 30,000 orang
  • 3 Jun - Syarikat penerbangan Garuda Indonesia mengumumkan pembuangan 180 juruterbang dan beratus tenaga kerja susulan sekatan penerbangan akibat COVID-19
  • 4 Jun - Air Asia bakal menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin, 172 juruterbang dan 50 orang jurutera.

 
Sumber : Klik Di Sini


Diharap kesemua mereka yang terlibat dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian tersebut. Yakinlah bahawa rezeki itu di tangan Allah S.W.T. Bila kita kehilangan pekerjaan, mungkin Allah nak bagi kita rezeki yang lebih baik lagi di tempat lain...
Marilah sama-sama kita doakan supaya ada rezeki pekerjaan lain untuk mereka yang terlibat.. 
In Shaa Allah... 
Aamiin...


Info Berkaitan: