Gunakan Duit RM10,000 I-Sinar KWSP Dengan Bijak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Saya percaya tentu ramai orang berasa gembira selepas mendapat berita kerajaan membenarkan Pengeluaran KWSP akaun 1 berdasarkan 2 kategori iaitu:
  1. Kategori 1 mulai 21 Disember 2020.
  2. Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.

Peringatan : Permohonan I-Sinar KWSP Akaun 1 secara Online sahaja menerusi isinar.kwsp.gov.my
  1. Kategori 1 mulai 21 Disember 2020.
  2. Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.

Sejak malam tadi ramai pencarum KWSP yang layak untuk membuat permohonan dalam kategori 1 telah pun update status permohonan mereka. 
Berikut merupakan 2 contoh permohonan I-Sinar Kategori 1.

Contoh permohonan I-Sinar Kategori 1 : Bayaran bulan pertama RM1,000 disusuli dengan RM1,800 setiap bulan yang berikutnya selama 5 bulan
Contoh permohonan I-Sinar Kategori 1: Bayaran bulan pertama RM5,000 disusuli dengan RM1,000 setiap bulan yang berikutnya selama 5 bulan

Nilai pengeluaran pada setiap bulan mengikut pilihan masing-masing. Setiap pemohon boleh setting agihan permohonan mereka dalam tempoh 6 bulan tersebut. Walaubagaimanapun status permohonan mereka akan diketahui pada 4 Januari 2021.

Status permohonan I-Sinar akan dapat diketahui pada 4 Januari 2021

Sekiranya anda masih belum memohon I-Sinar KWSP, berikut merupakan sedikit info tentang 2 kategori permohonan tersebut.

Kategori 1 - Permohonan I-Sinar KWSP

Kategori 1 - Permohonan I-Sinar KWSP

Kriteria bagi Kategori 1:
  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Tiada dokumen sokongan diperlukan untuk Kategori 1;

Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;

Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Mereka yang layak Mohon untuk Kategori 1 termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.


Kategori 2 - Permohonan I-Sinar KWSP

Kategori 2 - Permohonan I-Sinar KWSP

Kriteria Bagi Kategori 2:

Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan

Dokumen sokongan diperlukan untuk memohon Kategori 2 iaitu:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.


Jumlah kelayakan i-Sinar

Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
  1. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Jadual Kelayakan Pengeluaran Akaun 1 KWSP (I-Sinar)

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank pemohon adalah aktif.


Gunakan Duit RM10,000 I-Sinar KWSP Dengan Bijak

Setelah dapat Duit KWSP Akaun 1 nanti gunakanlah duit tersebut dengan bijak.
Itu merupakan duit anda. Duit yang telah anda simpan semasa bekerja yang sepatutnya anda gunakan untuk persaraan nanti. Tapi disebabkan ramai yang terkesan akibat Pendemik Covid-19, anda dibenarkan untuk menggunakan wang tersebut bagi membeli barangan keperluan harian.

Awas!! Jangan tersalah gunakan wang tersebut untuk dilaburkan ke dalam skim-skim cepat kaya atau terkena Scam sebagai contoh seperti berikut:

Kalau tak tahu nak buat apa dengan duit tersebut. Simpan sahaja ke dalam Tabung Haji bagi yang muslim. Atau beli mana-mana saham syarikat yang stabil dan biarkan sahaja duit tersebut di situ sehingga nilai duit tersebut berkembang berkali-kali ganda.

Tapi, kalau ada niat nak kembangkan duit tersebut melalui perniagaan. Saya syorkan berniaga secara real di platform yang telah terbukti membantu ramai peniaga seperti di Shopee dan Lazada.

Boleh tengok contoh peniaga yang berjaya menghasilkan jualan yang lumayan sepanjang tahun 2020 walaupun semasa PKP dilaksanakan.

Sepanjang tahun 2020 (bermula 1 Januari - 19 November 2020), jualan yang telah peniaga ini hasilkan di Platform Shopee ialah sebanyak RM1,606,434.09.

Peniaga ini Santai-santai duduk sambil packing barang. Kemudian keesokan harinya pihak J&T ambil barang untuk dihantar kepada pelanggan.

Hasil Jualan Beliau semasa berlangsungnya kempen 11.11.2020

Lebih menarik lagi, jualan "luar biasa" tersebut bukan hanya berlaku semasa 11.11 sahaja. Tapi juga melibatkan pada hari-hari yang lain. 

Sebagai contoh, jualan pada 18 November 2020 juga tak kurang hebatnya berbanding jualan yang diperolehi pada 11.11.

Hasil Jualan Beliau di Shopee pada 18 November 2020

Nak berjaya seperti peniaga ini kena ada ilmu!
Lebih bagus lagi kalau ada guru yang sudi membimbing kita sehingga berjaya.


Bagaimana Nak Mula Menjual di Platform Shopee atau Lazada?

Anda boleh mendapatkan rujukan yang betul untuk berniaga di kedua-dua platform online tersebut melalui dua laman web di bawah:

In Shaa Allah, 2 rujukan di atas akan dapat membantu memudahkan urusan anda.

Barang Apa yang anda Nak Jual di Platform Shopee atau Lazada?


1. Jual barang yang sedia ada di rumah anda (Zero Kos)

Menthor Datuk Wira Dr Azizan Osman bagi tahu perniagaan paling bagus ialah mulakan dengan apa yang ada di tangan (Zero Kos atau kos paling minimum). Kalau anda dah tak tahu nak jual apa dekat Shopee, saya syorkan paling mudah sekali jual barang-barang yang dah sedia ada di rumah anda.

Jual sebagai Preloved (Barang terpakai).

Sebagai contoh, boleh tengok dekat akaun Shopee saya. Saya jual barangan preloved sahaja sebagai permulaan:

Alhamdulillah. Selepas 20 hari diiklankan, ada barang preloved saya yang berjaya dijual.


2. Jual Barang secara dropship

Kemudian, anda juga boleh menjual barang-barang secara dropship yang ramai orang buat termasuk saya.. Hihihi.


Anda boleh tengok contoh barang-barang Dropship yang saya jual dekat akaun Shopee saya:

-> https://shopee.com.my/muslimmuslimahcentre


Sebenarnya ada terlalu banyak barang secara Dropship yang boleh anda jual dekat Shopee! Cuma bila dah ada terlalu banyak produk sampai dah tak tahu nak pilih yang mana satu untuk di iklankan. Sebagai permulaan eloklah kita pilih produk yang kita suka, kita minat dan kita sendiri guna barang-barang tersebut.


"Saya kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini! Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual! Jadi, tiada lagi alasan untuk anda mula berniaga di Shopee!" 

Sumber : https://yup.la/Shopee


Semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama.





Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)