REKOD JUALAN ALIBABA, LAZADA DAN SHOPEE SEMPENA GLOBAL SHOPPING FESTIVAL 11.11.2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Single Day Sales 11.11 atau Global Shopping Festival 11.11.2020 telah pun melabuhkan tirainya pada awal pagi tadi. 

Seperti biasa, kita dapat menjangkakan jualan yang terhasil melalui festival ini luar biasa banyaknya berbanding dengan festival membeli belah yang lain seperti Black Friday, Cyber Monday, Year End Sale, Mid Autumn Festival, Happy New Year, dan lain-lain.  

Rekod Jualan ALIBABA Sempena Global Shopping Festival 11.11.2020
Sumber : Klik Di Sini

Pada awal pagi tadi, satu lagi rekod baru tercipta di Hangzhou di mana AliBaba sekali lagi telah berjaya mengatasi rekod jualan 11.11 tahu sebelumnya iaitu dengan jumlah jualan sebanyak $74.1 billion berbanding $38 Bilion pada tahun 2019.

Bermula pada awal pagi 11 Nov 2020, dalam tempoh 30 minit Global Shopping Festival mula dibuka (12:30 pagi) jumlah GMV mencapai RMB372.3 billion ($56.14 bilion). Dengan jumlah item jualan yang terhasil pada tahap kemuncak ialah 583,000 per saat. 

Rekod Jualan ALIBABA Pada 30 Minit Pertama Global Shopping Festival 11.11.2020 dilancarkan
Sumber : Klik Di Sini

Satu rekod pencapaian yang cukup memberangsangkan dimana pada 30 minit pertama sahaja telah mengatasi rekod jualan sehari (11.11) tahun-tahun sebelum ini.

Rekod Jualan Alibaba sempena Festival Membeli-belah Single Day sales
  • 2020 - USD$ 74.1 Bilion
  • 2019 - USD$ 38 Bilion
  • 2018 - USD$ 30.8 Bilion
  • 2017 - USD$ 25.38 Bilion

Rekod Jualan Alibaba pada Single Day sales 11.11.2017 dan 11.11.2018


Jualan 11.11 Di Shopee Dan Lazada?
 
Berdasarkan kepada usaha promosi demi promosi yang telah dilakukan oleh Shopee dan Lazada sepanjang kempen 11.11, tidak mustahil mereka juga mampu menghasilkan jualan yang lumayan.

Sumber : Shopee dan Lazada

Sebagai contoh dalam Group Shopee Malaysia, ramai peniaga yang update status jualan masing-masing hasil daripada kempen 11.11.

Hasil Jualan 11.11 di Shopee

Hasil Jualan 11.11 di Shopee

Hasil Jualan 11.11 di Shopee

Hasil Jualan 11.11 di Shopee
Hasil Jualan 11.11 di Shopee

Ini rekod jualan yang dikongsikan oleh sebahagian daripada peniaga-peniaga kecil di Shopee.

Jom kita lihat pula statistik Keseluruhan Pencapaian Shopee Big Sales 11.11.2020

STATISTIK KESELURUAH PENCAPAIAN SHOPEE BIG SALE 11.11.2020
  • 200 juta barang terjual di Shopee semasa jualan 11.11.20
  • 10 kali ganda jualan daripada hari biasa.
  • Top 3,000 SME di Shopee membuat jualan average RM 55,000.00.
  • Demand tinggi di bandar-bandar besar seperti Negeri Selangor,Kuala Lumpur dan Johor. 650,000 barang terjual dalam masa satu jam di negeri Selangor.
  • Keyakinan pengguna terhadap pembelian atas talian meningkat. Rekod transaksi tertinggi yang dilakukan oleh seorang pengguna dalam tempoh 8 jam pertama jualan ialah RM 70,000.00.
  • PKPB trend,rakyat Malaysia banyak membeli barang runcit secara atas talian seperti Milo, sabun basuh, hand sanitizer, snek dan makanan haiwan. Ini termasuk 560,000 snacks dan hampir 1 juta item "Homes Improvement Products" telah terjual seperti alat dan kelengkapan, lantai, splashback dan panel dinding juga mencatatkan permintaan tinggi
  • Permintaan tinggi kepada barangan elektronik. Best selling item Redmi Note 8 dari jenama Xiaomi. Sementara itu, Huawei mencatatkan rekod jualan sekitar RM1 juta hanya melalui Matebook D 15 dalam tempoh 10 minit pertama jualan di Shopee.

Sumber : Buletin Utama TV3


Kemelesetan Ekonomi Global Tidak Menghalang Orang Ramai Daripada Terus Berbelanja

Walaupun pada ketika ini kita berada dalam keadaan kemelesetan ekonomi global berikutan pendemik COVID-19, namun begitu ia tidak menghalang orang ramai daripada terus berbelanja.

"Kata Ramai orang Yang terkesan. Ramai orang Hilang Pekerjaan. Ramai Orang Tak Ada duit. Tapi Jualan dekat AliBaba semakin memberangsangkan. Macam mana tu?"

No Komen. 
Mungkin juga orang ramai mengambil kesempatan membeli barang-barang harian untuk keperluan setahun sempena jualan murah 11.11. Siapa tahu?

Semoga dengan kejayaan Syarikat AliBaba dan Shopee ini yang telah berjaya membuat jualan besar sempena 11.11.2020 dapat memberi semangat kepada semua pihak samada syarikat, peniaga kecil atau individu untuk bangkit semula meningkatkan ekonomi masing-masing.

Semua orang tidak boleh menjadikan pendemik Covid-19 sebagai alasan untuk menyerah kalah dan berputus asa.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya pada kali ini.

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)