Bagaimana Cara Peniaga "Buang Harga" di Shopee Sempena 11.11?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang Single Day Sales 11.11 menjadi satu fenomena diseluruh dunia termasuk juga di Malaysia. 

Ramai rakyat Malaysia di jangka akan shopping secara online di Shopee dan Lazada pada tarikh tersebut.

Sekiranya anda terlepas membaca post sebelum ini, anda boleh membacanya menerusi link di bawah:

Sumber : Shopee dan Lazada

Sebenarnya saya juga ada mempunyai satu akaun di Shopee. Akaun masih baru berumur beberapa hari. Baru nak bertatih kata orang-orang lama.

Kalau anda berminat nak tengok akaun shopee saya, boleh klik pada link di bawah:

Sebenarnya saya dah menjual cenderamata berdasarkan Khat Kufi ni ada dalam 3 tahun. Tapi sebelum ni saya cuma promote dekat blog dan facebook sahaja.

Cuma baru-baru ni saya promote dekat Youtube.

Video Promote produk Pelangi Craft di Youtube

Video Promote produk Pelangi Craft di Youtube

Dan dalam beberapa hari lepas, baru saya promote dekat Shopee dengan harapan semoga ada rezeki sempena jualan online besar-besaran dalam Single Sales Day 11.11.

Mula Berkenalan dengan Peniaga-peniaga di Shopee. 

Sepanjang beberapa hari saya terlibat meletakkan produk di Platform Shopee, ada ilmu-ilmu baru yang saya pelajari melalui perkongsian daripada peniaga-peniaga shopee sendiri.

Ini ilmu baru yang saya dapat daripada salah seorang peniaga tersebut.

Untuk makluman, peniaga ini mula berniaga di Shopee pada tahun 2016. Masa mula-mula berniaga, beliau membeli produk daripada suplier di Malaysia dekat Kenanga/GM Klang untuk mendapatkan stok kemudian jual di Shopee.

Pada tahun 2019, beliu mula beli barang secara direct dari Negara China melalui 
platform 1688.com. Sejak daripada itu rezeki beliau semakin melimpah ruah disebabkan dapat beli barang murah dan boleh "Buang Harga" di Shopee supaya dapat memudahkan beliau buat jualan.

Berikut merupakan Screenshot hasil jualan beliau di Shopee sepanjang bulan Oktober dan pada minggu lepas (1 November - 6 November 2020).

Sumber : Klik Di Sini
ScreenShot Jualan Shopee pada minggu lepas (1-6 November 2020)

Sumber : Klik Di Sini
ScreenShot Jualan Shopee pada bulan lepas (1-31 Oktober 2020)

Berikut pula merupakan contoh bungkusan jualan yang berjaya beliau hasilkan dan menunggu untuk dihantar.

Sumber : Klik Di Sini

Untuk makluman anda, peniaga ini merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan berniaga di Shopee dari rumah sahaja pada mulanya. Tetapi disebabkan stok barang jualan dah semakin bertambah, sehingga beliau "terpaksa" menyewa sebuah bangunan kedai untuk dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan stok.


Bagaimana Cara Peniaga "Buang Harga" di Shopee Sempena 11.11? 

Berbalik kepada tajuk Bagaimana Cara Peniaga "Buang Harga" di Shopee Sempena 11.11?

Beliau ada kongsikan satu ilmu mahal, bagaimana beliau "Buang Harga" di Shopee Sempena 11.11 nanti.

Rahsia Beliau ialah Beliau mark up harga 100% modal
Disebabkan ramai yang bising pasal buang harga,
Jadi, beliau nak kongsikan sedikit info tentang harga modal dan harga jualan beliau.

Contoh barang A : Bekas Sabun

Kiraan modal :-
2,240yuen ÷ 700pcs = 3.2yuen atau bersamaan dengan RM2
Shipping cost 30sen/pcs 
Total modal RM2.30
Mark up 100% modal = RM2.30
Total RM4.60 + 6.3%(shopee cas) 30sen 
Sale Price RM4.60 + 30sen = RM4.90 (harga offer 11.11 saja untuk naikkn sale)

Beliau jual pada harga RM4.90 di laman web Shopee


Beliau beli pada harga 2,240 yuen dekat 1688.com


Contoh barang B : Cutting Board

Kiraan modal :-
2,160yuen ÷ 400pcs = 5.4yuen vs RM3.40
Shipping cost 50sen/pcs 
Total modal RM3.90
Mark up 100% modal = RM3.90
Total RM7.80 + 6.3%(shopee cas) 55sen 
Sale Price RM7.80 + 55sen = RM8.35 (Beliau letak harga RM8.49)

 
Beliau jual pada harga RM8.49 di laman web Shopee

Beliau beli pada harga 2,160 yuen dekat 1688.com


Secara Kesimpulannya..
Beliau tak "Buang Harga" pun. Malah beliau dapat untung 100% untuk setiap item yang beliau jual.

Jadi, Seller2 shopee yang jual harga lebih dari Sale price di atas berkemungkinan mendapat sekali ganda untung atau lebih..

Soalan Cepu emas daripada beliau:
"Agak2 untung sekali ganda modal ni BUANG HARGA ke?"

Susah nak menjawab persoalan tersebut... Hehehe..
Beliau boleh jual pada harga lebih murah daripada peniaga lain, sebab beliau dapat barang murah dari China melalui laman web 1688.com

Nasihat beliau, kalau nak berniaga kena ada ilmu
Ini yang telah beliau lakukan semasa mula-mula berniaga di Shopee pada 4 tahun lepas. Daripada membeli stok dekat Kenanga/GM Klang sehingga beliau mendapatkan stok sendiri Direct dari China pada harga yang jauh lebih murah.

Sumber info:



Sekian sahaja perkongsian daripada saya pada kali ini.

Semoga dapat memberi manfaat.