Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pengalaman kena Sontot dalam post Siapa Sangka TERSONTOT Juga Akhirnya 😢😢, memberi seribu pengajaran kepada saya..
Sebenarnya, ada banyak lagi jenis-jenis scam di luar saya yang kita tak tahu. Biasanya, lepas kita dah terkena Scam tersebut baru kita tahu... Dan berkata... "Oh! Aku dah kena Scam rupanya"... Huhuhu
Anda pernah tak dengar tentang ABC Scam?
Saya pun baru tahu ada scam begini.
Rupa-rupanya ada banyak jenis Scam yang ada dalam dunia ini.
Saya dapat info ini setelah membaca ebook 107 Idea Konten Youtube (klik Di Sini). Penulis ebook tersebut merupakan seorang Lawyer dan dia pernah ada pengalaman berurusan dengan mangsa-mangsa Scam.
Menurut perkongsian beliau dalam ebook tersebut, Salah satu Modus Operandi Scam yang sangat licik ialah ABC Scam.
Modus operandi ABC scam
1) Sebagai contoh Abu (Bukan nama sebenar) jual Iphone 11 pada harga RM2000 secara online.
Contoh Iklan Abu di Mudah, Facebook, Instagram, dll:
Iphone 11 New Condition untuk dijual Pada harga RM2,000. Berminat sila transfer wang sebanyak RM2000 ke akaun 1234567890 (nombor akaun bank Abu). Selepas Transfer duit, sila berikan penyata/resit bukti bayaran melalui whatsapp ke nombor phone 012-3456789 (No. Phone Abu)
2) Scammer ambil kesempatan ini (sistem jual beli yang tak secure), lalu dia pun copy iklan Abu, kemudian dia tukar no hp sahaja.
Contoh Iklan yang ditukar oleh Scammer kemudian di post semula di Mudah, Facebook, Instagram, dll:
Iphone 11 New Condition untuk dijual Pada harga RM2,000. Berminat sila transfer wang sebanyak RM2000 ke akaun 1234567890 (nombor akaun bank Abu). Selepas Transfer duit, sila berikan penyata/resit bukti bayaran melalui whatsapp ke nombor phone 013-4567890 (No. Phone scammer)
3) Setelah melihat iklan tersebut pembeli (mangsa) bank in kepada Abu, tapi penyata/resit bukti bayaran dihantar kepada scammer.
4) Lepas scammer dapat resit bukti bayaran, dia hantar resit tersebut kepada Abu.
5) Abu menyangka Scammer yang buat bayaran berdasarkan "bukti" yang telah dihantar. Lalu Abu pun berurusan dengan scammer dan hantar Iphone 11 kepada scammer.
6) Scammer senang hati dapat Iphone 11 percuma daripada Abu yang telah dibayar oleh mangsa. Seakan-akan mangsa belanja Scammer sebuah Iphone 11.
7) Mangsa tertunggu-tunggu kenapa Iphone 11 yang di beli tak dapat sehingga sekarang?. Lalu mangsa menghubungi Scammer, tetapi nombor mangsa telah di block. Scammer tidak dapat dihubungi.
8) Mangsa pergi membuat laporan polis dengan mengemukan bukti bayaran yang telah dibuat sebagai avidence.
9) Polis membuat siasatan berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh mangsa.
10) Dalam kes ini penerima bayaran (Abu) dilihat seorang peniaga yang jahat. Dah dapat bayaran, tapi tak hantar Iphone 11 kepada pembeli (mangsa)
11) Sedangkan di pihak penjual (Abu), dia telah melakukan penghantaran seperti yang telah dijanjikan.
12) Penjual (Abu) menghubungi Scammer, tetapi nombor Abu telah di block. Scammer tidak dapat dihubungi.
13) Abu juga membuat laporan polis.
Jadi, bagaimana jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini?.
Pembeli tentu berusaha minta wang dia dipulangkan semula disebabkan dia ada bukti yang menunjukkan bayaran telah dibuat.
Bagaimana pula dengan Abu? Abu dah pun hantar Iphone 11 kepada Scammer. Bagaimana dia nak menuntut semula daripada scammer supaya memulangkan kembali Iphone 11 tersebut?
Sebagai pengajaran kepada kita.... Untuk lebih selamat, sila buat urusan jual beli dalam satu platform yang lebih Secure.
Begitu juga dengan Scammer Homestay.
Boleh tonton video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Modus Operandi Scammer Homestay.
Sekian sahaja perkongsian daripada saya pada kali ini.
Semoga info yang diberikan dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian, terima kasih
Info Berkaitan:
- Bagaimana Cara Peniaga "Buang Harga" Di Shopee Sempena 11.11?
- High End Condo Di Bawah Harga Pasaran (72.86% Lebih Murah Daripada Harga Asal)
- Top 10 E-Commerce Paling Popular Di Malaysia Pada Tahun 2020
- Ekonomi Negara SAKIT : 100,000 Peruncit Bakal Gulung Tikar - SME Malaysia
- Shopee Vs Lazada Dalam Single Day Sales 11.11.2020
- Peluang Berniaga Dari Rumah Dengan Komisyen Sehingga 70% Per Jualan.
- Pulangkan Semula Deposit Homestay Atau Tukar Tarikh?