Pandangan Pakar Terhadap Pengeluaran KWSP Akaun 1 sebanyak RM10 ribu secara One Off

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semasa berlangsungnya PKP Fasa 1 hingga Fasa 4 rakyat Malaysia dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP RM500 sebulan selama 12 bulan. Kalau diikutkan dengan wang tersebut, masing-masing dapat menggunakan wang KWSP sebanyak  RM500 x 12 = RM6,000. 


Selain daripada pengeluaran KWSP akaun 2, kita juga diberi Moratorium (penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan). Serta mendapat bantuan secara One Off daripada pihak kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).


Boleh baca info-info tersebut menerusi senarai link di bawah:


Selepas tamat Moratorium pada 1 Oktober 2020, ramai yang terkesan. Terutamanya bagi mereka yang terjejas sumber pendapatan atau diberhentikan kerja. Untuk membantu golongan ini, pihak kerajaan telah melaksanakan rundingan dengan Bank Negara untuk melanjutkan tempoh Moratorium bagi mereka yang terlibat. 


Tapi itupun masih belum mencukupi untuk menampung kos sara hidup harian. Jadi, satu-satunya harapan yang masih ada ialah untuk membuat pengeluaran KWSP akaun 1.


Walaupun kita semua sedia maklum, mencarum dalam KWSP adalah sebagai bekalan kepada pekerja di sektor swasta untuk menampung keperluan mereka di hari tua nanti (kegunaan selepas pencen).


Tapi ramai yang berpandangan, sekiranya nyawa mereka panjang dan sempat merasai pencen dapatlah mereka guna duit KWSP tersebut. Tapi, kalau sebaliknya pula berlaku disebabkan Pendemik Covid-19 ini, maka belum tentu mereka berpeluang menggunakan duit KWSP ini apabila sampai masanya nanti.


Jadi, daripada duit mereka dibiarkan begitu sahaja dalam akaun KWSP, sedangkan mereka sangat-sangat memerlukannya pada ketika ini, lebih baik duit tersebut dikeluarkan supaya dapat digunakan untuk menampung keperluan harian mereka.


Pandangan Pakar Terhadap Pengeluaran KWSP Akaun 1 Sebanyak RM10 ribu secara One Off




Untuk merungkai persoalan tersebut, pada pagi tadi Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 telah menjemput Pakar Kewangan dan Hartanah iaitu Dr Azizul Azli Ahmad untuk mendapatkan pandangan beliau terhadap isu yang sedang hangat diperbahaskan pada ketika ini.

Jom sama-sama kita tonton video di bawah untuk mengetahui apa pandangan beliau?


Dr Azizul berpandangan, kerajaan perlu melakukan penelitian dan pandangan secara menyeluruh terhadap golongan yang terlibat sebagai contoh:

Ini disebabkan golongan yang terlibat seperti diberhentikan kerja, terjejas sumber pendapatan dan sebagainya merupakan mereka yang mungkin sangat-sangat memerlukan pengeluaran One Off sebanyak RM10,000 tersebut.

Menurut beliau lagi, pihak kerajaan perlu membuat survey atau pertanyaan kepada golongan yang tepat, bukan kepada orang awam secara random yang mungkin tidak terkesan seperti penjawat awam, profesor-profesor Universiti dan sebagainya. 

Dan beliau mencadangkan juga supaya ada pra syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaaan untuk melaksanakan pengeluaran KWSP Akaun 1 tersebut. Ini disebabkan kita baru berada di Fasa 1 Pendemic Covid-19. Kita tidak tahu berapa lama lagi kita dapat bertahan sekiranya tempoh Pendemic Covid19 ini berterusan dan semua dana KWSP dalam akaun 1 habis digunakan.

Sebelum mengakhiri pandangan beliau, beliau juga turut menyenaraikan siapa yang sepatutnya layak untuk membuat pengeluaran KWSP akaun 1 iaitu:
  1. Orang yang diberhentikan kerja
  2. Pengusaha-pengusaha yang ada tanggungjawab yang perlu dimanfaatkan

Beliau juga turut mengingatkan kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan 2 Fasa iaitu Fasa Penyakit yang sedang kita lalui sekarang dan Fasa Virus Kewangan yang akan berlarutan dalam satu tempoh yang lama mungkin menjangkau sehingga ke 5 tahun

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Untuk sama-sama kita fikirkan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Info Berkaitan:




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)