Kini Tiba Giliran Syarikat Malindo Air pula Mengurangkan bilangan Pekerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam Trending di media sosial Dengan meletakkan ‘hashtag’ #Malindo 

Kini Tiba Giliran Syarikat Malindo Air pula Mengurangkan bilangan Pekerja mengikut jejak langkah Air Asia yang telah pun melakukannya pada bulan Jun yang lalu.




Sumber : Klik Di Sini


Berikutan impak COVID-19 ke atas industri penerbangan, Malindo Airways Sdn Bhd. (Malindo Air) terpaksa mengurangkan sekitar 2,200 daripada 3,200 kakitangan untuk beroperasi pada skala lebih kecil.

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid itu memuktamadkan untuk mengekalkan hanya kira-kira 1,000 pekerja sahaja.

Difahamkan proses pemberhentian tersebut dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang kekal akan melaksanakan bidang tugas berganda bagi menampung kekurangan tenaga kerja.

Tinjauan di laman sosial Twitter dan facebook, mendapati rata-rata bekas pekerja syarikat penerbangan itu berkongsi posting istimewa selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi semalam.

Mereka membuat dedikasi dengan mengucapkan "selamat tinggal" kepada syarikat tambah rendah itu yang pastinya meninggalkan memori serta kenangan terindah kepada mereka sepanjang bekerja di syarikat penerbangan tersebut.

Rata-rata memuat naik pelbagai gambar dan video bersama rakan seperjuangan,
sehingga turut mengundang sebak warganet yang lain. Kesemua mereka redha menerima takdir tersebut serta percaya dengan perancangan terbaik daripada Allah SWT. Dan mereka yakin tentu ada rezeki lain yang menanti mereka di luar sana.
In Shaa Allah.. Sama-samalah kita doakan rezeki mereka..

Berikut merupakan Screen Short Dedikasi ucapan sebahagian daripada mereka yang terlibat hasil tinjauan yang dilakukan di laman sosial facebook dan Twitter


























Sumber : Klik Di Sini


Ramai kena berhenti kerja!. Suka tak suka, kena lakukan sesuatu. 
Di saat ini, yang paling penting ialah SUPPORT daripada masyarakat sekeliling... 

Diharap kesemua mereka yang terlibat dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian tersebut. Yakinlah bahawa rezeki itu di tangan Allah S.W.T. Bila kita kehilangan pekerjaan, mungkin Allah nak bagi kita rezeki yang lebih baik lagi di tempat lain...

Marilah sama-sama kita doakan supaya ada rezeki pekerjaan lain untuk mereka yang terlibat.. 

In Shaa Allah... 

Aamiin...



Info Berkaitan: