High End Condo di bawah Harga Pasaran (72.86% lebih murah daripada harga asal)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sekarang ni ada semakin banyak rumah kena Lelong, walaupun ada diantaranya rumah-rumah yang baru siap dalam tempoh tak sampai 2 tahun.


Sebagai contoh, boleh tengok High end Condo di tengah Kotaraya KL seperti dalam gambar di bawah


High end Condo di tengah Kotaraya KL 

Tidak dinafikan View bagi unit-unit high end condominium ni memang cantik, design memang Tiptop dan paling best sekali mempunyai lokasi yang sangat strategik. Boleh jalan kaki jer kalau nak pergi ke KLCC. 

Star Residence One , Jalan Yap Kwan Seng. Rumah ni siap pada tahun 2019. Berdasarkan Kedudukan "GPS Coordinates", bangunan ini terletak berhampiran dengan Menara Am Bank dan Menara Public Bank. 



Project ini launching price range : RM1700 - RM2200 per sq. ft. dengan keluasan binaan antara 625 - 2262 sq. ft.

Maintenance fees pula RM0.40 sen per sq. ft.

Fuh!! Mahal betul harga rumah ni. Tidak dinafikan, rumah berhampiran dengan KLCC memang mahal.



High-end Condominium di Star Residence One Dah Ada Yang Masuk Dalam Lelongan Awam

Siapa sangka, rumah yang baru siap dalam tahun 2019 ni dah kena lelong.
Baru setahun. Kondisi rumah dah tentu masih lagi Tip Top.
Sebagai contoh boleh tengok dalam Proclamation Of Sale di bawah..

Unit yang kena lelong ni mempunyai keluasan 710.42 sq. ft.
launching price range : RM1700 - RM2200 per sq. ft
Maintenance fees RM0.40 sen per sq. ft.

Jadi, kita boleh kira berapa anggaran harga rumah ni. Cuba kita ambil harga paling rendah iaitu RM1700 per Sq. ft.

Anggaran Harga Rumah
RM1700 X 710.42
= RM1,207,714.00 (Anggaran Harga Rumah semasa Launching)

Anggaran Maintenance Fees
RM0.40 X 710.42
= RM284.17 (Anggaran Maintenance Fees)

Ini belum kira cukai pintu lagi. Cukai pintu dekat kawasan ni memang mahal. 
maklum lah di tengah Kotaraya KL lah kata kan.

Katakan loan beli unit ini adalah RM1 juta. Bayaran bulanan pada bank tentu dalam RM5ribu sebulan. Campur dengan maintenance RM284.17 sebulan dan sewa parking lot RM250 sebulan. Jadi, paling minimum kena ada RM5600 sebagai komitmen bulanan.

Kadar sewa dekat kawasan ni dalam RM3000 sebulan berdasarkan kepada keluasan unit. Semakin besar keluasan unit, semakin mahal kadar sewa rumah.

Dengan ekonomi sekarang dan juga covid19 ini, masih ramai ke yang mampu untuk sewa rumah tinggi macam ni? 
Sekarang Orang ramai cenderung untuk down grade lifestyle berbanding upgrade. Mereka cenderung untuk mencari rumah sewa yang lebih murah. Biar jauh sikit tapi murah.

Jadi, tak mustahil rumah tu boleh kena lelong disebabkan cash Flow Negatif sehingga RM2600. Itu pun sekiranya ada penyewa. Sekiranya rumah dibiarkan kosong, Cash Flow Negatif akan jadi RM5600 sebulan.
Mana nak cekau duit sebanyak itu?

Sekiranya rumah ni dijadikan sebagai GuestHouse/homestay dengan kadar satu RM300/malam, mungkin boleh dapat pulangan antara RM7,000 hingga RM9,000 sebulan. Baru boleh lepas nak cover komitmen bulanan.  

Berdasarkan kepada Facilities, Rumah ni sangat sesuai untuk dijadikan sebagai Homestay

Tapi, dalam keadaan ekonomi sekarang macam-macam perkara boleh terjadi. Orang yang bergaji besar pun boleh kena buang kerja. Pekerja dalam syarikat penerbangan seperti engineer, pilot, peramugari, dan sebagainya daripada ada kerja jadi tak ada kerja. Daripada gaji lebih RM10 ribu sebulan sekarang jadi langsung tak ada gaji. 

Selain syarikat penerbangan, Syarikat oil and gas pun ada yang terkesan. Peniaga-peniaga ada yang terpaksa tutup perniagaan. Pengusaha-pengusaha hotel, pengusaha-pengusaha Homestay dan pekerja-pekerja industri pelancongan turut terjejas. Terlalu banyak cerita yang anda boleh baca sendiri menerusi senarai pautan di bawah:

Ya! Beginilah keadaan ekonomi pada hari ini.

Lelongan Unit Ini Akan diakan pada 7 November 2020 (Sabtu)

Berbalik semula kepada High End Condominium di Star Residence One , Jalan Yap Kwan Seng yang akan dilelong pada 7 November 2020 (Sabtu), pada Harga Riverse Price sebanyak:
RM880,000.00 (72.86% lebih murah daripada harga asal)

Siapa yang nak try Bid sekali terus menang bolehlah cuba beli unit ini. Dalam keadaan ekonomi sekarang, siapa ada duit senang-senang jer nak dapat beli rumah below market value pada harga macam ni.

Tapi berdasarkan pemerhatian saya dalam "Real Case Study" rumah lelong sebelum-sebelum ini, jarang orang nak masuk Bid harga rumah mahal macam ni. 

Biasanya mereka biarkan dulu rumah tu jatuh harga lagi dan lagi selepas beberapa kali masuk lelong, lepas tu baru mereka akan beli rumah tu. Sebagai rujukan, boleh baca menerusi beberapa link di bawah:

Dekat mana nak dapatkan lebih banyak ilmu "Real Case Study" beli rumah lelong berdasarkan pengalaman sebenar?

Boleh baca panduan ini sebagai rujukan;

Sumber : Klik Di Sini


Siapa beli rumah lelong pada waktu Pasca Covid-19 dan selepas tempoh Moratorium ni memang untung. Tapi masih ramai yang takut nak membeli rumah lelong termasuk juga rakan-rakan saya.

Mereka takut risiko mengalami kerugian. Dalam apa juga pelaburan, risiko memang sentiasa ada. Hanya dengan ilmu sahaja yang dapat mengurangkan risiko tersebut. Kalau sentiasa takut dengan risiko sampai bila-bila pun kita tak kan mampu beli rumah sendiri.

Kalau takut sangat nak beli rumah lelong, boleh beli rumah Subsales. Boleh tengok sendiri keadaan rumah sebelum beli. Nak tahu "Real Case Study" beli rumah subsales, boleh baca panduan di bawah.

Sumber : Klik Di Sini


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat. Terutamanya bagi anda yang sedang mencari rumah pertama.

Terima kasih kerana sudi membaca..

Info Berkaitan:




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)