Jika PKP Dilaksanakan semula Lagi Banyak perniagaan 'Gulung Tikar" dan semakin ramai yang hilang pekerjaan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peningkatan semula kes Baharu Covid-19 di Malaysia. Susulan daripada laporan statistik tersebut, pihak kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan semua pelaksanaan SOP terutamanya di kawasan-kawasan tertentu dan keputusan tersebut dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan.

Sementara keputusan rasmi masih belum diumumkan, terdapat beberapa orang pakar dalam pelbagai bidang telah menyuarakan pandangan mereka sekiranya perintah kawalan pergerakan (seperti fasa 1) berulang kembali, ramai orang yang akan hidup susah. 

Sumber : Berita Harian 23 Julai 2020

Ramai orang tak boleh keluar mencari rezeki menyebabkan bisnes-bisnes banyak yang tidak boleh beroperasi seperti biasa. Apabila bisnes tak boleh nak beroperasi, akan menyebabkan lebih banyak perniagaan 'gulung tikar'.

Apabila banyak perniagaan gulung tikar, kesannya semakin ramai rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan.

 Sumber : Berita Harian 23 Julai 2020


Kita lihat apa kata pakar?


"Saya bimbang, kerajaan juga tidak mampu untuk memberi bantuan kewangan yang sama seperti sebelum ini" Prof Dr Yeoh Kim Leong, Profesof Fakulti Perniagaan, Universiti Sunway

"Sudah tentu kita tidak mahu kembali ke era PKP dan ini memerlukan komitmen setiap rakyat dan sektor" Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia

Pada bulan Mac lalu semasa PKP (Fasa 1) dilaksanakan, pihak kerajaan telah mengeluarkan kos yang sangat besar untuk menampung keperluan rakyat  Malaysia termasuk Industri Kecil dan Sederhana (SME) melalui: 
  • Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), 
  • Membenarkan pengeluaran akaun 2 KWSP  sebanyak RM500 sebulan selama 6 bulan dan 
  • Moratorium (Penangguhan Pembayaran pinjaman selama 6 bulan). 

Sumber : CABARAN COVID-19, PKP, WFH DAN RECESSION => PRIHATIN DAN MORATORIUM

Jadi, sekiranya PKP dilaksanakan semua, adakah pihak kerajaan mampu untuk memberi bantuan kewangan yang sama seperti sebelum ini?

Kemudian, sekiranya pihak kerajaan nak melanjutkan pengeluaran akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan. Adakah semua orang mempunyai baki yang banyak selepas masing-masing telah membuat pengeluaran sebanyak RM3000 (RM500 X 6 bulan)?

Pilihan yang terakhir ialah dengan melanjutkan tempoh Moratorium.
Nota : moratorium merupakan penangguhan bayaran balik pinjaman, penstrukturan semula baki kad kredit dan pinjaman korporat diberikan selama enam bulan dan akan berakhir 30 September ini bagi membantu individu dan perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Kita semua sedia maklum, tempoh moratorium akan berakhir  pada 30 September 2020.


Sekiranya PKP dilaksanakan, pelbagai pihak akan mendesak kerajaan supaya melanjutkan tempoh moratorium bagi menyelamatkan lebih banyak perniagaan akan terjejas dan juga pekerjaan.

Sumber : Klik Di Sini

Dalam Utusan Malaysia bertarikh 21 Julai 2020, melaporkan hampir 1.9 juta orang di negara ini akan hilang pekerjaan menjelang hujung tahun ini dan lebih membimbangkan, ia turut membabitkan golongan profesional.

Malah, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) me­ngunjurkan kadar pengangguran akan terus meningkat mencecah 12 peratus daripada keseluruhan 15 juta tenaga kerja di negara ini.

Pada Mei, kadar pengangguran mencapai 5.3 peratus de­ngan 826,100 orang hilang kerja setelah merekodkan paras ter­tinggi pada April, lima peratus, melangkaui kadar pengangguran ketika krisis ekonomi pada 1997 (3.9 peratus) dan kelembapan ekonomi dunia sekitar 2008 (4.1 peratus).


Menurut Pe­ngarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan 

"Keadaan ini disebabkan kesukaran majikan membayar hutang dan akhirnya membuat keputusan membuang pekerja bagi mengurangkan beban yang ditanggung syarikat."

“Kita boleh jangkakan pe­ningkatan berterusan dengan kadar pengangguran akan berlaku sebanyak 1.1 peratus pada setiap bulan sehingga Disember."

“Peningkatan ini berlaku berikutan terlalu banyak syarikat yang terjejas dan terpaksa menghentikan operasi."


“Sektor perkilangan dan hospitaliti juga menunjukkan pe­ningkatan kadar pengangguran dengan masing-masing menca­tat sebanyak 23 dan 15 peratus."

“Kadar pengangguran di sekitar Selangor direkodkan paling tinggi iaitu 30 peratus manakala 20 peratus di Kuala Lumpur dengan jumlah keseluruhan pekerja yang diberhentikan sebanyak 15,000 orang sejak Mac dan terus meningkat kepada 50,000 orang pada Jun lalu."


“Jika kerajaan tidak melanjutkan moratorium, insentif atau skim-skim yang diberi, ­lebih ramai yang akan kehila­ngan pekerjaan,”
katanya.


Menurut Shamsuddin lagi, berdasarkan kajian MEF, peningkatan kadar pengangguran juga mengambil kira golongan profesional yang diberhentikan. Didapati sebanyak 60 peratus golongan profesional, pengurusan, eksekutif dan juruteknik telah diberhentikan sejak Mac lalu.

BERUSAHA CARI PENDAPATAN TAMBAHAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK SEBARANG KEMUNGKINAN

Sekiranya PKP dilaksanakan atau sekiranya perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa atau sekiranya kita kehilangan pekerjaaan, kita perlu buat persediaan untuk sebarang kemungkinan. Terdapat beberapa cadangan pekerjaan yang boleh dilaksanakan seperti berikut:
Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita berdoa supaya rantaian Virus COVID-19 dapat segera diputuskan supaya PKP tidak perlu dilaksanakan lagi. Terlalu banyak kesan negatif yang akan kita hadapi terutamanya dari segi ekonomi sekiranya PKP dilaksanakan semula.


Info Berkaitan: