Pengelasan Baharu Isi Rumah Berdasarkan Pendapatan (2020)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Kumpulan isi rumah B40, M40 dan T20 boleh diperincikan kepada 10 kategori berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata B40 boleh diperincikan kepada B1, B2, B3 dan B4; M40 kepada M1, M2, M3 dan M4 manakala T20 kepada T1 dan T2.



"Bagi kumpulan isi rumah B40, mereka yang berpendapatan bawah RM2,500 boleh diletakkan dalam kategori B1, RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170 hingga RM3,969 pula dalam B3; manakala RM3,970 hingga RM4,849 adalah di bawah B4,"katanya.

Menurutnya bagi kumpulan M40, M1 adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,850 hingga RM5,879; M2 untuk berpendapatan dari RM5,880 hingga RM7,099; M3 untuk RM7,110 hingga RM8,699; dan M4 pula berpendapatan antara RM8,700 hingga RM10,959.

Bagi T20, isi rumah yang berpendapatan antara RM10,961 hingga RM15,039 adalah dalam kategori T1; manakala T2 dengan isi rumah berpendapatan RM15,040 dan ke atas.

"Perincian pengkelasan ini akan membolehkan perancangan, pemantauan dan program yang lebih bersasar dapat dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendapatan antara isi rumah," katanya semasa membentangkan Laporan Penemuan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata, Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 menunjukkan kumpulan B40 pada tahun 2019 merangkumi kira-kira 2.91 juta isi rumah, M40 membabitkan 2.91 juta isi rumah dan kira-kira 1.46 juta isi rumah berada dalam kumpulan T20.

Survei yang dijalankan Jabatan Perangkaan melalui kaedah temu ramah secara bersemuka dalam tempoh 12 bulan bermula Januari 2019 itu melibatkan 7.3 juta isi rumah warganegara Malaysia.

–Sumber : BERNAMA-



Pengelasan Baharu Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah (2020)
Pengelasan Baharu Isi Rumah Berdasarkan Pendapatan (2020)


Secara ringkasnya pengelasan terkini (2020):
  • Kumpulan B40 - Pendapatan Isi Rumah antara RM2500 hingga RM4850
  • Kumpulan M40 - Pendapatan Isi Rumah antara RM4851 hingga RM10,969
  • Kumpulan T20 - Pendapatan Isi Rumah RM10,970 ke atas
Pengelasan Sebelum ini:
  • Kumpulan B40 - Pendapatan Isi Rumah dengan purata bulanan di bawah RM4360
  • Kumpulan M40 - Pendapatan Isi Rumah antara RM4360 hingga RM9619
  • Kumpulan T20 - Pendapatan Isi Rumah RM9,620 ke atas

Untuk memudahkan pemahaman anda, istilah-istilah yang digunakan diringkaskan sebagai:
  • ISI RUMAH: Seseorang atau sekumpulan orang (berkaitan atau tidak berkaitan) yang biasanya hidup bersama di tempat tinggal dan membuat peruntukan (perbelanjaan) untuk keperluan makanan dan lain-lain keperluan bersama. 
  • PENERIMA PENDAPATAN: Ahli isi rumah yang menerima pendapatan dalam tempoh masa rujukan kajian, serta dengan sekurang-kurangnya satu penerima pendapatan. 
  • PENDAPATAN ISI RUMAH: Pendapatan keseluruhan yang diperoleh oleh ahli isi rumah, sama ada secara tunai atau jenis, dan boleh dirujuk sebagai pendapatan kasar. 
  • PENDAPATAN PENENGAH ISI RUMAH: Adalah pendapatan pendapatan “pertengahan” dalam pelbagai pendapatan isi rumah, diatur dari rendah ke tinggi. Sebagai contoh, di Taman Bintang, terdapat lima pendapatan isi rumah iaitu RM5,000, RM10,000, RM15,000, RM20,000, dan RM25,000; Pendapatan isi rumah median ialah RM15,000. penengahan digunakan kerana ia mewakili kawasan yang lebih tepat daripada nombor purata.
  • PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH : Adalah nombor pendapatan “purata” di mana semua pendapatan isi rumah ditambah dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah.

Baru sebentar tadi mendengar ceramah bertajuk 3 Rahsia Kaya dan Bahagia daripada Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit Lew kata, kita hidup di dunia ini satu perjuangan untuk mencari rezeki.
Kemudian rezeki tersebut akan digunakan untuk menyara kehidupan anak, isteri, emak, ayah dan untuk bersedekah.
Mencari rezeki yang halal merupakan satu Jihad dalam kehidupan. Duit yang halal dapat digunakan untuk kegunaan apa sahaja perkara kebaikan termasuk memberi kepada anak-anak Yatim, memberi kepada fakir-fakir miskin dan lain-lain.

Dalam hidup ini Kita selalu disarankan supaya: 
"Beribadahlah seolah-oleh kita akan mati pada esok hari dan berusahalah bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi"

Sebab tu kita perlu sentiasa berusaha untuk menambahkan rezeki yang halal. Sekiranya sekarang ni kita berada dalam kumpulan B40, kita perlu berusaha untuk keluar daripada kumpulan tersebut untuk masuk dalam senarai kumpulan M40 atau T20. 


MASALAH KEWANGAN DALAM KELUARGA MENJADI PENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN KES PENCERAIAN DI MALAYSIA


Bila buka FB je saya pasti akan terbaca pasal kes rumah tangga.

Ada yang dari kawan FB dan ada yang orang share dari page-page viral.

Kes curang lah, kes laki hisap dadah lah, kes bini kena pukul dan macam-macam.

Tapi paling banyak saya baca laki bini bergaduh pasal kes duit dan hutang!

Punca duit bila tak ada ke, tak cukup ke, memang boleh buat gaduh. Nak beli itu ini semua nak kena pakai duit.

Bila baca kes-kes macam ni, mula la saya teringat kisah pasal suri rumah yang berhutang sampai RM500,000!

Sumber : Klik Di Sini

Dah la berhutang banyak, duit pula makin kurang. Bila duit dah tak cukup masing-masing stress dan mula bergaduh.

Jangan main-main sebab benda ni kalau tak jaga, boleh bawa pada penceraian.
Kisah suri rumah tadi juga tak terkecuali tapi dia berjaya selamatkan rumah tangga dia. Bukan setakat Berjaya selamatkan malah Berjaya selesaikan semua hutang yang ada.

Macam mana dia Berjaya buat dan keluar dari masalah semua tu?
Anda wajib baca kisah perjalanan yang dia lalui dan Berjaya setelkan setiap masalah. Cara dan teknik dia langsaikan hutang juga dia dedahkan.

Memang saya syorkan sangat korang baca.
Boleh baca kisah Suri Rumah Bangkit ni kat sini -> KLIK DI SINI




Sumber : Klik Di Sini

Baca kisah penuh beliau disini:
ezy.la/SelesaiHutangSetengahJuta
ezy.la/SelesaiHutangSetengahJuta

Semoga bermanfaat..

Info Berkaitan: