[PKP-COVID19] Pandangan Peribadi saya terhadap Ustaz Ebit Lew..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Saya percaya Tak semua orang setuju dengan tidakan orang lain yang mewar-warkan kebaikan yg dibuat di media sosial. Dibimbangi perbuatan tersebut akan mendatangkan perasaan riak.


Saya pula berpandangan begini...
Kita ikut apa yang Rasulullah S.A.W buat...
Bukankah Rasulullah S.A.W merupakan contoh yang terbaik sepanjang zaman?


Sifat Rasulullah S.A.W yang wajib Kita ikuti Ada 4 iaitu:
  • Siddiq
  • Amanah
  • Tabligh
  • Fathonah

Saya tertarik untuk menyentuh Sifat yang ke 3 iaitu Berdakwah (Tabligh)
Menyampaikan kebaikan Dan Mengajak manusia melakukan kebaikan.


Tapi bukan semua orang mampu lakukan perkara yang ke 3 secara face to face (seperti yang biasa orang Tabligh lakukan), terutamanya dalam Tempoh PKP dan PKPB ini.


Jadi, bagaimana cara alternatif untuk kita berdakwah?
Salah satunya ialah melalui media social...


Contoh berdakwah:
  • Ingatkan orang waktu solat Fardhu
  • Ajak orang mendirikan solat fardhu
  • Ingatkan orang supaya solat secara berjemaah di rumah
  • Ajak orang melakukan solat berJemaah (pahalanya 27 kali ganda lebih besar berbanding solat secara bersendirian)
  • Ajak orang baca al-Quran
  • Ajak orang lakukan solat-solat sunat
  • Ajak dan galakkan orang supaya bersedekah
  • Ajak orang berqiamullail
  • Ajak dan galakkan orang puasa sunat di bulan Syawal
  • dan lain-lain (apa juga kebaikan yang tidak bercanggah dengan agama)


Semasa tiada PKP golongan tabligh berdakwah secara aktif datang berjumpa orang dari pintu rumah ke pintu rumah untuk mengajak dan sentiasa mengingatkan orang supaya melakukan kebaikan dan ibadah. 

Tapi bila PKP berlaku, kebetulan pula pada bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan dan Syawal yang didalamnya terdapat banyak amalan-amalan yang disarankan untuk dilaksanakan… Jadi, media social merupakan tempat terbaik untuk meneruskan usaha dakwah tersebut...

Kata orang putih "Walk The Talk"..
Maksudnya kita kena Buat dulu apa yang kita kata..
baru boleh ajak orang lain buat sama...

Kita kena tunjukkan yang kita ni bukan bercakap kosong, supaya dapat dijadikan sebagai contoh kepada orang lain untuk turut sama buat seperti apa yang diperkatakan.

Inilah sebenarnya konsep yang terbaik dalam berdakwah. Bagi saya inilah mesej yang cuba disampaikan oleh ustaz Ebit Lew.
Cuma sebagai manusia biasa, setiap orang ada kelemahan. Mungkin niat asalnya betul, untuk bersedekah dan menolong orang dengan sebanyak-banyaknya supaya orang lain juga akan mencontohi perbuatan beliau. 
Tapi, kita tidak nafikan ada juga kelemahan beliau...

Jadi, kita ambil sahajalah contoh-contoh yang baik, dan abaikan sahaja sekiranya ada contoh yang kita rasa kurang baik.

Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

Ya! bila saya tengok usaha demi usaha yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew, teringat kisah kisah sahabat Rasulullah S.A.W seperti:

Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A - Khalifah Pertama
Menyedekahkan semua harta yang dimilikinya. Sehingga Rasulullah S.A.W bertanya, “apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?”. Abu Bakar menjawab, “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya”.

Abdurrahman bin Auf R.A - Mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa. Sebahagian besar hartanya disedekahkan untuk agama Islam

Saidina Umar Al-Khatab R.A - Khalifah ke 2

Saidina Utsman bin Affan R.S - Khalifah ke 3

dan ramai lagi sahabat-sahabat baginda Rasulullah S.A.W..

Macamana kita boleh tahu sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W pernah mengeluarkan sedekah sebanyak itu? Sebanyak ini?
Kalau mereka bersedekah secara sembunyi-sembunyi...

Tentulah sedekah mereka ada diwar-warkan….
Setuju dengan pendapat saya?

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: Ayat 271)

Jadi, tak salah perkara kebaikan dilakukan secara terang-terangan supaya lebih ramai orang berminat untuk melakukan perkara yang sama. Kita yang tengok kebaikan demi kebaikan, derma demi derma yang dilakukan oleh Ustaz Ebit lew menyebabkan kita pun rasa nak derma sama. Cuma kita tak mampulah nak menderma sebanyak itu. Sebab kita memang tak mampu!

dan yang menariknya. Setiap kali Ustaz Ebit Lew menderma, rezeki beliau semakin murah. Lagi banyak beliau bersedekah, lagi banyak rezeki yang beliau perolehi. Sehingga menjadikan beliau kaya raya. Ini secara tidak lansung dapat menggalakkan lebih ramai orang supaya bersedekah.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah al-Baqarah: 261-262)

Amalan Murah Rezeki

Dalam diam-diam saya juga ada membaca beberapa buku yang berkaitan dengan amalan-amalan yang membolehkan kita dimurahkan rezeki. Antara amalan tersebut ialah :
  • Laksanakan Solat Dhuha setiap hari
  • Baca Surah Al-Waqiah pada setiap hari
  • Bagi makan kucing
  • Dirikan Solat Tahajud dan Solat hajat
  • Laksanakan Solat sunat 2 Rokaat sebelum Solat Fardhu Subuh
  • Bersedekah pada setiap waktu Subuh di tabung masjid
  • Dan-lain-lain
Ada satu tips ni saya suka… Tapi rasa berpeluh nak buatnya.. ๐Ÿ˜…
"Kita disarankan supaya buka dompet kita semasa di masjid, dan kemudian keluarkan duit yang paling besar dan masukkan ke dalam tabung masjid"
Dulu-dulu memang rasa berat jer nak buat tips ini...

Tapi bila kita baca kisah-kisah sahabat, terutamanya Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A yang boleh sedekahkan semua harta yang dimilikinya.
Cuba anda Bayangkan sedekahkan semua hartanya berbanding kita yang disarankan sedekahkan duit yang paling besar dalam dompet kita ๐Ÿค”...

Lepas sedekah, kita masih ada lagi duit baki dalam dompet... Masih boleh berbelanja. Itu pun kita masih tak berani nak buat! 
..
..
Saya pun tak berani sebenarnya… hahaha...
Tapi, saya usahakan juga buat pada setiap waktu Subuh dengan sedikit Trick.๐Ÿคญ๐Ÿคซ

Tricknya begini:
  1. Jangan keluarkan banyak duit cash dan simpan dalam dompet
  2. Sentiasa pecahkan duit RM50 @ RM100 yang ada dalam dompet.
  3. Jadi, pada waktu Subuh bila kita buka dompet tengok nilai yang paling besar cuma ada beberapa keping note warna merah/note warna kuning sahaja… Jadi, ambil note paling besar dan masukkan ke dalam tambung masjid..
Selesaikan?, untuk mengikuti Tips tersebut…. Dan anda cuba buat dulu dan tengoklah sendiri hasilnya nanti.

Ya! Sememangnya tidak dinafikan… Setiap kali kita bersedekah, Rezeki akan hadir ke dalam hidup kita daripada pelbagai sumber yang kadang tu kita sendiri tak sangka… Memang Ajaib!!


Boleh share info ini sekiranya anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada orang lain..

Info Berkaitan: