Peluang Nak Beli Rumah Murah pada Bulan Oktober 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kebanyakan pakar dalam Pelaburan Hartanah seperti Abang EnsemShafie Bustan (aka Pie 2020)Dr Azizul Azli AhmadDato' Nazri MustafaZali AhmadFaizul RidzuanAhyat Ismail, dan lain-lain.. Memperkatakan perkara yang sama iaitu pada bulan Oktober 2020 nanti akan ada banyak rumah-rumah yang dijual pada harga murah-murah dalam pasaran Malaysia.  
Peluang Nak Beli Rumah Murah pada Bulan Oktober 2020

Sumber : Youtube

Sebagai contoh, boleh lihat salah satu pandangan daripada pakar pelaburan hartanah iaitu suadara Faizul Ridzuan yang mengatakan harga rumah akan jadi murah disebabkan Pendemik Covid-19 dan juga ketidaktentuan ekonomi. 


Sumber : Youtube



Tuan Ahyat Ismail juga memperkatakan perkara yang sama dalam setiap perkongsian beliau secara live di facebook. Menurut Tuan Ahyat Ismail, pada ketika ini ramai rakyat Malaysia dalam fasa "bertahan" dengan menggunakan duit hasil daripada Moratorium (pengecualian bayaran pinjaman) selama 6 bulan dari Bulan April hingga September 2020.

Selepas berakhir bulan September 2020, seluruh rakyat Malaysia yang ada membuat pinjaman samada pinjaman peribadi, kenderaan, perumahan dan sebagainya akan mula membayar kembali pinjaman mereka seperti biasa.

Pada ketika ini mereka yang kehilangan pekerjaan, pemilik syarikat yang menghadapi masalah dengan perniagaan, dan mereka yang dikenakan potongan gaji akan menghadapi masalah untuk membayar pinjaman-pinjaman mereka, terutamanya pinjaman terbesar iaitu pinjaman perumahan.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, biasanya pemilik-pemilik perniagaan terpaksa menjual aset-aset yang mereka ada seperti rumah untuk mendapatkan "Cash" disamping untung mengurangkan bebanan kewangan mereka.

Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dan dikenakan potongan gaji juga mempunyai potensi untuk melakukan perkara yang sama untuk "Survive". Jual rumah sedia ada yang berharga RM300K ke atas, kemudian tinggal di rumah yang lebih murah supaya dapat mengurangkan bebanan kewangan yang sedang dialami pada ketika ini.

Apabila dah terlalu ramai orang menjual rumah, "Over Supply" akan berlaku. Penjual rumah lebih ramai daripada pembeli. Keadaan ini akan menyebabkan persaingan pasaran harga rumah akan berlaku.

Semua pemilik rumah akan berusaha menjual rumah mereka pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran termasuk juga para pemaju. Pada masa ini, siapa yang ada "extra Cash" dalam tangan tentu berasa gembira sebab berpeluang membeli rumah pada harga murah.


3 Cara Pembelian Rumah Murah dijangka boleh  dilakukan pada Bulan Oktober 2020


Di dalam pelaburan hartanah, pembelian rumah boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu: 
  1. Pembelian rumah secara undercon (beli rumah dalam pembinaan)
  2. Pembelian rumah secara subsale (beli rumah daripada owner) 
  3. Pembelian rumah secara lelongan.

Tidak mustahil anda boleh membeli rumah murah melalui ketiga-tiga cara tersebut.

1. Pembelian rumah Murah secara undercon (beli rumah dalam pembinaan)

Beli rumah undercon atau rumah baru daripada pemaju. Boleh jadi, rumah
tersebut masih dalam pembinaan ataupun rumah sudah siap, tapi belum habis
terjual. Lalu anda beli daripada pemaju tadi.


Peluang Nak Beli Rumah Murah pada Bulan Oktober 2020
Sumber : Youtube

Rumah Undercon boleh jatuh harga (jadi murah) sekiranya berlaku "over supply". Rumah banyak tak terjual disebabkan harga mahal dan rakyat tak mampu nak beli rumah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kemelesetan ekonomi seperti sekarang ini.

Jadi, nak mengelakkan pemaju daripada menanggung kerugian yang besar, pemaju terpaksa menurunkan harga rumah atau menawarkan pelbagai inisiatif tambahn kepada pembeli-pembeli rumah mereka seperti:

  • Tak perlu bayar apa-apa sehingga dapat kunci (Merupakan inisiatif untuk penjawat awam yang diberikan oleh pihak LPPSA). Sebab tu pemaju dan ejen-ejen hartanah suka jual rumah kepada kakitangan kerajaan. Sebab senang nak lepas loan dan mudah nak dapatkan pembeli.
  • Dapat Cash Rebate
  • Dapat Cash Back
  • Free Duty Stamp (Pengecualian Duti Stamp)
  • Free Deposit (Pengecualian deposit)
  • Free peralatan elektrik seperti aircond, peti ais, water heater
  • Free perabut seperti katil, tilam, set sofa,
  • dan lain-lain

Sumber : Klik Di Sini


2. Pembelian rumah murah secara subsale (beli rumah daripada owner)

Rumah subsale atau lebih mudah dikenali sebagai rumah "second hand". Anda beli daripada pemilik rumah lama pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran semasa. 

Walaupun pemilik rumah menjual rumah Subsale pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran, tetapi biasanya pemilik rumah tersebut mendapat keuntungan pelaburan melalui peningkatan harga rumah. 

Sebagai contoh, pemilik rumah beli rumah pada harga RM40,000 pada tahun 1998. Pada Tahun 2020, harga semasa (market Value) rumah tersebut jadi RM200,000. Kemudian pemilik nak jual rumah tersebut pada harga cuma RM170,000 (RM30,000 lebih rendah daripada harga pasaran). Pembeli rumah dapat keuntungan sebanyak RM50,000. Penjual rumah pula,  dapat keuntungan sebanyak RM130,000 melalui proses jual beli rumah tersebut.

Yang menariknya, Risiko untuk beli rumah subsale adalah sangat rendah. Ini disebabkan anda beli rumah dalam keadaan rumah dah sedia ada. Anda boleh nampak sekiranya ada berlaku sebarang kerosakan pada rumah yang dibeli.

Sekiranya terdapat banyak kerosakan, anda boleh minta pemilik rumah kurangkan harga. Anda boleh berunding harga sehingga anda rasa puas hati. 

Inilah kelebihan membeli rumah Subsale. Sekiranya dapat "Ayat baik" tuan rumah disamping mempunyai ilmu untuk kurangkan harga rumah, In Shaa Allah ada rezeki dapat beli rumah pada harga yang murah.
Panduan Beli Rumah Subsale

Sumber : Klik Di Sini




3. Pembelian rumah murah secara lelongan.


Nak dapatkan rumah murah secara lelongan, anda perlu pergi ke dewan lelongan untuk membida bersama pembidayang lain. 

Biasanya pelelong akan meletakkan harga rezab sebagai harga permulaan. Jika tiada pembiada lain, anda akan dapat beli rumah tersebut pada harga rezab yang biasanya adalah lebih murah daripada biasa.

Untuk beli rumah lelong, anda perlu sediakan paling kurang 30% daripada harga maksimum 
rumah yang anda nak bida.

Katakan harga rezab adalah RM150,000. Nilai pasaran pula adalah RM250,000. Dan anda target maksimum nak bida pada harga RM200,000.


Maka anda kena sediakan RM200,000 x 30% = RM60,000.

Pecahan 30% tersebut adalah seperti berikut:
  • 10% untuk downpayment
  • 5% untuk legal fee
  • lagi 15% standby untuk repair kerosakan dan kos yang anda perlu tanggung untuk keluarkan pemilik rumah lama daripada rumah tersebut.

Malah ada juga hartanah lelong yang mempunyai tunggakan maintenance mencecah ribuan ringgit. Jadi, kena standby duit untuk sebarang kemungkinan.

https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/39
Sumber : Klik Di Sini


TEPUK DADA TANYA POKET, ILMU DAN KESABARAN UNTUK MEMBELI RUMAH MELALUI CARA YANG MANA SATU?

Setiap cara mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Dalam mencari peluang pelaburan yang “terbaik” bagi diri anda, anda perlu jelas nak beli rumah melalui cara yang mana satu?

Sebagai contoh, sekiranya terdapat peluang - peluang (deals) rumah subsale yang jauh lebih rendah harganya daripada harga lelongan, sebaiknya anda belilah Rumah Subsale. Sebab nak beli rumah lelong ada cabarannya. Bila kita dapat rumah ada kemungkinan kita perlukan lebih banyak kos lagi untuk memperbaiki kerosakan sebelum rumah boleh disewakan atau didiami.

Tapi kalau nak beli rumah pada harga yang murah. Hartanah lelong biasanya menjadi pilihan untuk menjana keuntungan melalui pelaburan hartanah.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang lembab, serangan virus covid-19 pula menambahkan lambakan senarai lelongan sekarang ini. Berikutan ramai yang hilang pekerjaan dan tidak mampu untuk membayar pinjaman perumahan mereka di bank. Maka semakin banyak rumah yang akan dilelong.

Sebagai contoh, dalam akhbar Berita Harian bertarikh 25 Julai 2020. Pihak LPPSA telah mengeluarkan senarai rumah Lelong. Boleh rujuk dalam senarai di bawah:


Cuba lihat.. Sekarang ni pun dah banyak list rumah Lelong boleh diperolehi di surat khabar.

LPPSA telah iklankan 6 halaman bercetak rumah rumah yang bakal terlelong.

Dalam senarai tersebut saya lihat, harga rumah lelong paling rendah adalah RM10,000 sahaja!

Ya RM10,000 sahaja.

Lelongan awam akan diadakan pada 15 Ogos 2020 ini. Masih ada masa untuk membaca dan belajar.
  1. Langkah 1 - Beli akhbar Berita Harian
  2. Langkah 2 - Baca panduan LENGKAP SERTAI LELONG (Klik di sini)

Semoga ada rezeki anda dapat beli rumah lelong di bawah harga pasaran.
Kalau dapat rezeki macam ni dah tak perlu nak tunggu sehingga bulan Oktober 2020. Betul tak?

Tapi kalau masih ada modal lagi apa salahnya... Sekarang beli rumah lelong.. 
Pada bulan Oktober nanti beli rumah lelong atau rumah Subsales... Boleh dapat 2 buah rumah murah dalam masa satu tahun...


BERUSAHALAH CARI MODAL BERMULA DARI SEKARANG UNTUK BELI RUMAH MURAH PADA BULAN OKTOBER 2020

Macamana nak cari modal untuk membeli rumah murah pada bulan Oktober nanti? Ada 5 cara yang dicadangkan iaitu:
  1. Buat Kerja part Time (Klik Di Sini)
  2. Tolong Promote tempat-tempat menarik di Malaysia (Klik Di Sini)
  3. Kumpul Duit Moratorium (Klik Di Sini)
  4. Refinancing Rumah Sedia ada (Klik Di Sini)
  5. Melabur Saham (Beli Saham-saham yang sedang Susut harga dan berpotensi untuk naik semula dalam masa terdekat) (Klik Di Sini)
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan dapat membantu rakan-rakan yang nak beli rumah murah pada bulan Oktober nanti..

Good Luck!!

Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)