[Video] Luahan Tekanan Yang Sedang Dihadapi Oleh Lelaki Yang Maut Dilanggar Selepas Rempuh Kilang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita tergempar yang berlaku di Ipoh Perak, tentang seorang lelaki yang maut dilanggar Treler selepas merempuh kilang dipercayai tempat beliau bekerja.


Lelaki tersebut merupakan seorang bekas pengurus kilang dipercayai telah menceroboh dan merempuh masuk ke kawasan kilang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic.

Suspek Merempuh Beberapa Bilik Dalam Kilang
Sumber : hmetro.com.my

Sekiranya anda ketinggalan untuk mengikuti berita ini, Boleh Tonton Semula liputannya di TV3

Laporan Berita di TV3


Menurut laporan akhbar tempatan, difahamkan lelaki berusia 52 tahun telah ditamatkan perkhidmatan oleh majikannya dipercayai menjadi punca utama dia bertindak sedemikian.


Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata

"lelaki itu merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang sebelum membaling botol petrol ke dalam pejabat sumber manusia."


Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin selain pihak kilang sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang.


Kata A Asmadi lagi: 

"lelaki itu kemudiannya disyaki maut dilanggar treler pada 7.45 malam di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu. Dikatakan, dia sengaja melintas ketika kenderaan itu lalu."


Kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di tempat kejadian masih dijalankan.


[Video] Luahan Tekanan Yang Sedang Dihadapi Oleh Lelaki Yang Maut Dilanggar Selepas Rempuh Kilang


Sebelum berlaku kejadian itu, dia sempat merakam sebuah video berdurasi 14 minit dipercayai dirakam sendiri menceritakan dia tidak berpuas hati dengan bonus serta gaji dipotong atas alasan prestasi kerja.


Menerusi video tersebut, selama tujuh tahun bekerja di situ, katanya ini kali pertama dia tidak mendapat gaji serta kenaikan, bonus dan perkongsian ekuiti bermula September.


Dia turut titipkan beberapa ucapan dan pesanan difahamkan buat rakan sekerja dan kaki tangan di kilang tersebut.


Tekanan Ekonomi Turut Dirasai Oleh Segenap Lapisan Masyarakat

Seperti diketahui umum, ramai yang sedang bertungkus-lumus berusaha mencari sumber rezeki untuk menampung kehidupan akibat kehilangan kerja kesan pandemik Covid-19 melanda dunia. 


Orang yang bergaji besar pun boleh kena buang kerja. Pekerja dalam syarikat penerbangan seperti engineer, pilot, peramugari, dan sebagainya daripada ada kerja jadi tak ada kerja. Daripada gaji lebih RM10 ribu sebulan sekarang jadi langsung tak ada gaji. 


Selain syarikat penerbangan, Syarikat oil and gas pun ada yang terkesan.  Peniaga-peniaga ada yang terpaksa tutup perniagaan. Pengusaha-pengusaha hotel, pengusaha-pengusaha Homestay dan pekerja-pekerja industri pelancongan turut terjejas.  


Pada musim getir begini, kadang-kadang ada individu bertindak luar kawalan jika dilanda masalah. Semoga kisah ini dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua.


Sekiranya kita berada dalam situasi seperti lelaki di atas, cuba elakkan daripada melakukan tindakan di luar kawalan. Kalau dah sampai ke tahap tak boleh nak kawal juga, cuba hadiri mana-mana sesi Konsultansi untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi.


In Shaa Allah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Jangan sesekali kita berputus asa berikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian tersebut.


#KitaJagaKita


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.


Semoga bermanfaat.


Info berkaitan: